Aku ramai kawan.Ya,ramai kawan.Maka bila ramai kawan bermakna aku ada bermacam-macam jenis kawan.Jadi hari ni aku nak cerita pasal kawan.Lebih spesifik,aku nak cerita pasal kawan perempuan.Memandangkan kawan perempuan aku terdiri dari pelbagai bangsa,pelbagai agama maka aku spesifikkan lagi kepada kawan perempuan yang berbangsa Melayu dan dilahirkan sebagai seorang Islam.
Ringkaskan cerita aku ada kawan perempuan yang bertudung dan ada juga yang tidak bertudung dan yang aku nak point ini adalah yang tidak bertudung.Maka apabila tidak bertudung kemudian ditegur supaya bertudung,jawapan biasa yang kita akan dapat adalah,"Aku tak mahu hipokrit la".Baiklah.
Dulu aku tak tahu apa maksud "hipokrit".Maka aku cuba cari maksud "hipokrit".Lebih mudah difahami maksud hipokrit itu adalah berpura-pura.Maka aku terfikir.Apa kaitannya dengan bertudung menutup rambut dengan ketidaksudian diri untuk menjadi seorang yang hipokrit?.Apa relevannya?Itu waktu aku masih naif.Masih kurang cerdik mungkin.
Dan kini bila dah cerdik sedikit,baru aku dapat faham dan relate dengan maksud kata-kata mereka itu.Oooooo....panjang ucapnya bagi menunjukkan,ya,saya sudah faham.
Tapi hari ini,satu situasi mudah yang merujuk kepada si dia yang berkata dan akhirnya memakan dirinya sendiri.Faham maksud aku?Kurang faham?Ok.Aku letakkan contohnya.Tidak,aku letak realitinya.Itu lebih mudah rasanya.
Si kawan perempuan ini tidak ingin bertudung kerana belum bersedia dan tidak ingin menjadi seorang yang hipokrit/berpura-pura.Dan itu katanya.Dan akhirnya yang aku rasa dia sudah termakan dengan kata-kata sendiri bila..................
Kenapa waktu hari besarmu pandai pula kau memakai tudung sewaktu majlis AKAD NIKAH namun kau bogelkan kepala semula sewaktu majlis BERSANDING.Ada perbezaankah?Kenapa kau berdandan cantik rambutmu untuk ke mana-mana majlis KERAIAN tapi kau kelam-kabut mencari sehelai tudung bg menutup rambutmu sewaktu menghadiri majlis KEMATIAN/KEAGAMAAN.Ada perbezaankah?Nah,seperti yang aku kata.Kau yang sebenarnya yang hipokrit/berpura-pura itu.Aku cuma senyum sampai telinga.Orang kata senyum,tak perlu kata apa-apa.
No comments:
Post a Comment