Tahun ni banyak betul jemputan kahwin kawan-kawan.Mana yang dapat kami attend tu,mmg kami datang la tapi kalau yg jauh-jauh sikit tu mmg susah sikit la.Jadi salah seorang kwn kami (kawan suami aku tapi kawan aku jugak) bakal menamatkan zaman bujang trang tang tangnya pada 10 March ini di Port Dickson.Memandangkan kami mmg sah-sah x dpt nak attend majlis dia,maka hujung minggu baru ni gigih plan turun ke Kemaman untuk jumpa dia dan juga geng2 bas sekolah waktu zaman TATI dulu.
Plannya kesana lepas solat Jumaat.Kalau ikut perancangannya mmg aku dah nak cancel segala memandangkan Damia yg tak berapa sehat,tp memandangkan hotel dah tempah segala maka plan jalan juga.Dan inilah first time aku guna pakai kad cuti2 Malaysia aku.Next entry insyaallah aku cerita pasal kad nih.
Plan asal nak menginap di Awana Kijal namun hampa sbb hotel ni dah keluar dr list so aku pun choose Impiana Resort,Cherating memandangkan location yg tak jauh sgt dari tmpt kami nak berkumpul tu.Memandangkan aku request deluxe room pastu nak bed king size maka dapat la bilik yg harga RM208/night.Ni after diskaun cuma aku pulak lupa nak tanya harga asal bilik tu.Maka bilik pada harga tu,expectation aku suami isteri pun haruslah tinggi.Maka kami gerak dr rumah around 4 pm dan sampai sana lebih kurang pukul 6 pm.
Waktu check in suasana kat situ sungguh la sunyi.Mmg tak byk kereta,eh,tak byk pengunjung.Hihihi!Takpe la.Mak suka.
Inilah ghupenya resort tu.Hmmm.....aku rasa mcm agak lain dr waktu aku datang dulu2 waktu bercuti dgn keluarga.Lain maksud aku bukan lagik gempak tapi lagi....hmmmm......jujur aku cakap bangunan mcm x ada maintanance langsung.Tangga ada yg dh patah,wayar yg berkarat dan berselirat,dan gambaran bangunan ni pun aku rasa mcm sesuai kalau nak bikin filem seram Melayu.
Damia yg excited tgk rumput macam kat rumah sendiri tak ada rumput.Haih!Tapi kalau tgk view dr jauh mcm ni nampak cantik.Tapi kalau tgk dr dekat,ah,malas aku nak cerita lagi.Layankan saje pic2 bawah ni.
Tgk sahaja tmpt parking visitor.Tmpat parking yg langsung tak berturap.Sama mcm dulu.No improvement cuma dulu best sbb dulu struktur bangunan still nampak baru.Kalau dah tak beturap,makanya sah2 takde kotak parking,maka ikut suka hati mak la nak parking lagu mana.
Ini keadaan dalam bilik.Hmm........agak disapointed jugak sbb katil je nmpk best.Lantai mmg lama,tv size screen laptop aku,selipar hotel yg disediakan.............hahaha....selipar jepun.Antara dinding toilet dgn bilik ada satu tingkap yg sebelah terbuka,sebelah tertutup.Serious mcm hotel tak siap.No langsir sbb dia just pakai bidai buluh.Aircond pulak mcm 10 tahun tak service.Kami anak beranak tidur pakai aircond plus kipas pun, no need selimut sbb tahap sejuk dia mcm kau tidur bilik takde aircond.
Dan dalam byk2 aku rasa ini je kot yg paling best pemandangannya.Kawasan pantai dia ni still bersih dan nampak macam terjaga.Ada suara bising2 kat luar tapi bukan suara visitor tapi suara anak-anak pekerja (based on baju yg mak dia pakai) sedang bersantai bersuka-ria kat bawah pokok.
View paling tak cantik tp anak aku ni seperti biasa,itupun nak jakun.Pasir yg ditimbun ntah hapa fungsi dekat tmpat parking kereta.
Datang semata-mata nak jumpa diorang ini.
Datang semata-mata nak jumpa diorang ini.
Memandangkan kami just stay satu malam je,dan malam tu jugak kami berkumpul ngan member2,maka balik hotel just untuk tidur dan rehat sahaja.Ikut plan aku nak jugak pagi tu bwk Damia main swimming pool tapi kalau dah tgk kolam yg facing lobby tu air sikit punya berkeladak hijau,putus mood aku dibuatnya.Kalau dulu ada jugak air yg turun dari bumbung antara lobby atas ke kolam,tapi haritu mmg nan ado.
Maka bersiap-siap,pukul 9 dah angkut semua barang masuk kereta.Hahaha!Lepas tu pergi restaurant dia untuk breakfast.Seperti biasa haruslah buffet cuma choice mmg tak banyak la.Dan makanan pun makanan biasa yg kau boleh dapat kat luar jugak.
Lupa nak snap sblm Ariey makan.Point aku,kalau nak mkn ni kena request kat staff situ pastu diorang akan hantar kemeja.Dah la letak dalam mangkuk porridge,tp nak isi byk benda kat dalam tu,jadi sila bayangkan betapa hazabnya nak makan mee dalam mangkuk besar sikit dari mangkuk Barney Damia kat rumah.Rasa pulak,takat yg aku snap ni,itu je la yg Ariey makan.Mmg x sedap langsung.
Takde choice aku mintak telur separuh masak.Lepas tu Ariey mintak pulak telur rebus untuk Damia.Bayangkan kitorang nak blah baru telur tu sampai tapi still bukan telur rebus,tapi telur separuh masak jugak.Hmmm...mati akal kami nak makan apa pagi tu.Roti canai ada tapi tak menarik.Nak makan yg western mmg tak selera langsung melihatnya.
Ariey ambik muffin untuk Damia.Tak tahu la nak describe macam mana.Dah la rasa tengik,tak sedap.Keras pulak dah macam span cuci pinggan pun ada.Apa chef kat situ tak rasa dulu ke sblm nak hidang?
Ini je yang ok sikit masuk perut yang lain mmg sangat mendukacitakan.Memang kami tak makan byk sbb sibuk nak mengumpat je.Wahahaha!
Maka aku akhiri la dengan pic kabur satu family bg melambangkan perasaan kami pada hari itu yg juga kabur.Hahahaha!Ingat bolehlah release tension tapi kalau mcm ni buat semak otak ada la.Dan sungguh aku rasa tak berbaloi dgn apa yg kami bayar dgn apa yg kami dapat.Itu kira dah dapat diskaun dan harga asal rasanya mahu dekat2 RM300 kot.Hmmm....mmg rasa rugi la dgn RM208/night untuk hotel 4 star mcm yg diorang duk claimed tu.Sigh!
1 comment:
Teruknyer..kira mahal la tuh walaupong diskaun.Tutup jer lah,senang.
Post a Comment