Adakah zaman remaja anda indah?
Untuk aku teramat indah.Hehehe!Lebih-lebih lagi zaman sekolah.
Orang kata waktu remaja jiwa tengah panas,
Dan syukur walau jiwa panas membara sekalipun,ketakutan pada ma abah tu lebih dari segala,
Alhamdulillah berkat rasa takut dan respek itu,aku kini jadi ORANG,bukan jadi mambang.Hihihi!
Kini bila dah menginjak usia yang dua tangga lagi nak masuk ke angka 30,
Aku suka kenang balik setiap moment yang pernah ditempuh dulu,
Tak la kata segalanya berjalan seperti dirancang,
Namun masih mampu buat aku panjatkan kesyukuran,
Kerana dalam perjalanan itu aku temui ramai orang-orang yg telah membentuk aku pada hari ini,
Sigh.Senyum sendiri
Imbau zaman sekolah menengah,
Dan aku bandingkan dengan pencapaian hidup mereka-mereka yg pernah aku kenali,
Yang rapat mahupun yang hanya senyum sahaja sebagai medium tanda menegur,
Aku dulu disekolah duduk dikalangan mereka yang biasa sahaja,
Tak ada yang istimewa,
Digilai ramai?Ah,jauh sekali.Siapalah yg suka dengan gadis yg tak pernah kemas dgn uniformnya : )
Hebat akademik?Rasanya average sahaja : )
Tapi itulah aku.Bahagia dengan dunia aku.Waktu itu,dunia aku dan Rifhan.Sama-sama gila.
Teringat waktu sekolah dulu,
Ada geng-geng yang gah,
Jangan dicari pasal,kelak kau menyesal,
Tudung singkat,kain labuh,jalan mendada,lengan disingsing,
Pada mereka ikut peraturan sekolah itu sangat tak cool,
Suka "sound" or kutuk orang merata,
Pada dia semua orang tak kena dimata,
BF adalah perkara wajib harus ada
Hari ini tersenyum aku,
Kerana mereka yang gah waktu sekolah dulu rupanya biasa sahaja mereka,
Kerjaya tak se gah waktu mereka disekolah dulu,
Biasa-biasa sahaja,
Aku bukan la berniat nak mengata,
Cuma nak buktikan bahawa itulah kehidupan,
What comes around,goes around
Teringat cerita seorang teman sekelas.Teman aku ini datang dalam keluarga berada.Dia pernah dikutuk seorang teman yang lain yang memanggilnya "perempuan kampung" hanya kerana teman aku itu pakai lip gloss.Dan hari ini teman aku itu gah dengan kerjayanya dan kini menetap di luar negara.Namun teman yang satu lagi yang dulunya waktu sekolah berasakan dirinya begitu "hebat",digilai ramai (pemain bola katanya),pada hari ini hanya seorang wanita bekerjaya yang biasa aje,dan gaya..........mmg totally OUT.Itulah jangan dihina orang.Apa hina sangatkah status seseorang yg dari kampung sedangkan yg berkata-kata itu pun hakikatnya juga ORIGINALLY from kampung serupa macam aku juga : )
Namun syukur sekurangnya aku tiada moment seperti remaja dibawah dimana apabila usia menginjak ke angka 30,baru terasa menyesal kenapalah kamu pernah bergambar dengan gaya ini : )
Anda kelihatan coolkah dengan gaya ini?
Aku pun dulu gila-gila remaja,tapi tidaklah sebangang macam budak-budak kat atas ni!Kononya dah cukup ganas la tu.Eiiiiiiiiiiiiiii............takutnya aku.Ganas,ganas,ganas!
Percayalah,panas macam mana pun jiwa remaja,mereka yang selalu lawan guru,langgar peraturan sekolah,tak siap kerja sekolah,rebel tak kena tempat,tak akan berjaya pun mereka dalam hidup,memang level biasa sahaja dan tak seGAH zaman sekolah dulu.Jadi sila malu dengan diri sendiri sekarang sbb dulu kamu bukan dikagumi pun malah hakikatnya dibenci.
No comments:
Post a Comment