Cerita aku dan kereta

Semester baru,azam baru,kereta baru.Hahaha! (sangat mengada ok!).Tapi takpe la.Dah nak buat macam mana kalau umur masuk 28 tahun baru nak dapat kereta sendiri dan itupun ihsan dari suami.Tunggu duit aku sendiri rasanya 2018 belum tentu lagi dapat merasa kereta sendiri.

Cerita pasal kereta,mengimbau kenangan pertama kali dapat kereta,yg ni pulak ihsan bapa sendiri.Dari tadi asyik ihsan dari orang.Memang kesian la kat aku ni kalo diikutkan.Hihihi!Kereta pertama adalah kereta abah aku dia bagi aku pakai selepas aku kahwin.Waktu tu aku baru start kerja kat Shah Alam.Ikutkan aku just request motor je memandangkan tmpt kerja aku dgn rumah yg aku sewa dekat Bukit Jelutong tu cuma 2 km je jaraknya siap boleh balik rumah tidur sekejap setiap hari Jumaat time staff lelaki pergi solat Jumaat.Gile dekatkan?Hehehe.Jadi yg pertama tu adalah Proton Waja.Tapi permintaan aku nak motor tu telah ditentang keras oleh abah sendiri.Tak tahu la kenapa.Balik2 ayat dia,bahaya.Jadi akur je la dah alang2 orang dah offer tu.Dah ibarat orang mengantuk disorongkan bantal la lagaknya.Jd tak ada isu share kereta la.Ariey time tu dah ada kereta sendiri.Kereta dari zaman belajar TATI lg,dan mestilah Bumble Bees....heh tak....aku auta........Perodua Kancil..Aku tak letak "jer" kat belakang sbb kami mmg syukur sgt ada kereta ni walau kwn2 lain time tu dah ada kereta yg lg best dari kami.Aku tak pernah rasa kereta ni adalah kereta "biasa-biasa".Ini adalah krn kereta ni adalah yg paling best pernah kami ada.Hahaha!Kereta yg byk menggamit kenangan zaman susah senang kami nak mulakan hidup di bandar besor.Sob!Sob!Sob!Cuma kereta ni tak sesuai untuk abang ipar aku sbb gila azab kalo dia bwk sbb rapat kepala dgn bumbung.Hehehe!Nak buat camne kalo genetik besor.Hehehe!Tapi berlagakkan kitorang sbb baru kerja dah ada dua bijik kereta walau orang tak tau satu lagi ihsan dari bapa sendiri.Tenkiu daddy.Akanku balas jasamu itu dengan membeli kereta impianmu walau permulaan ni biarlah aku beli kereta model mainan dulu.Ala,bg up sikit semangat tu.Hikhik!

Dan selepas aku balik Terengganu semula untuk sambung belajar,kereta seterusnya adalah kereta abah aku jugak sbb Proton Waja tu aku sempat pakai satu sem je lepas tu telah dilanting-lantingkan pada akak aku puleks.Maka berkongsilah kereta aku dan abahku.Gila berlagak pergi kelas naik Toyota Camry hingga pernah surat permohonan sticker kereta aku ditahan sbb Bahagian Keselamatan buat siasatan kat aku kononya aku ada orang bela.Sungguh melampau sekali tuduhan tersebut hingga terasa mahu sahaja aku lingkupkan meja pengawai kat situ biar dia menulis kat atas lantai.Hahaha!Kot ye pun call la suh aku mai buat penjelasan ke apa tak pun biar aku bawak sekali "Sugar Daddy" aku tu.Tunjuk bokti sbb mmg selama ni mmg aku dibela "sugar daddy" a.k.a laki aku la.Tak pasal aku kena tunjuk kat diorg kad nikah aku.Tapi takpe la.Diorang mungkin nak menjaga pelajar kat sini.Harus fikir positif ok?Dan apa yg pasti,malaun mana la yg biar diri dibela sampai orang lain dapat taik sama.Tak tahu la aku sbb tak pernah pulak kenal mana2 student yg kena bela ni dan kalau dah kena bela takkan dia nak gtau aku kot.Hahaha!

Habis cerita takat tu.Dan memandangkan aku dgn aabah aku asyik berebut kereta je,maka Ariey pun decide la untuk beli satu kereta untuk aku.Maknanya kereta aku sendiri!!Eh,betol ke ni? (perasaan waktu mula-mula dia gtau aku).Serious mcm tak caya.Terus lompat bintang sorang2 kat dalam bilik.Gembira hokkeyyyyyyyyyyy!Maka bila dah namanya kereta aku maka segalanya aku la yg harus pilih.Jadi Ariey pun cakap ini untuk hadiah sempena birthday aku tahun ni.Isk!Tq walau pada aku untuk seumur hidup aku ini,dialah hadiah yg paling mahal aku pernah dapat.Ececece!Dan-dan je.Tapi mak sukeeeeee.....Apapun,syukur padaNya untuk rezeki yg Dia kurniakan pada kami sekeluarga.Alhamdulillah.

Jadi tak ambik masa sgt,untuk beberapa jam pilih kereta mana yg aku nak,test drive aku jugak yg kena drive sbb Ariey cakap kereta aku so aku la yg kena test best atau tak,dan percaya atau tak,hari yg sama jugak pergi bank utk loan.Gila drastik!Tak tercapai akalku kalau pikir balik.Gilos!Lps dah decide color apa aku nak dan process loan ambik masa dalam 2 weeks je rasanya............dan...................sila ambil kereta anda.


 Dulu aku pernah rasa zaman aku kecik lagu ni sgt tak releven

"Papaku pulang dari kota,
Papaku belikan kereta,
Kereta kecil warna merah,
Bolehku bawa ke sekolah (bdk zaman sekarang bawak kete g sekolah)
Pom!Pom!Pom!Kereta kecilku berbunyi,
Jangan harap nak naik free,
Silala bayar tige hengget..Wahahaha!"

Tapi zaman sekarang ni macam sesuai pulak dgn aku.Uhuks.




5 comments:

najmi said...

FOrd fiesta!!!!! "leleh airliuq"

najmi said...

Ford Fiesta "leleh airliuq"

Rafhani said...

Adekah entry abg ipar itu merujuk kepada lakiku? Sila bg penjelasan..hahahaha.Mung ok ahh,hadioh besday keta baru,aku besday dapat gok kete,tapi balik2 kete buruk.Keta buruk hok terbaru pun kira hadioh besday thn ni gop.Nak nak taun hadioh kete,tp dua tiga kali masuk bengkel baru okey.Hahahahahaha

Syafinaz said...

Mie,kena amik jugok la ser : ) Br ada geng!

Syafinaz said...

Orait la tu every year dapat hadiah kete dr abg bob.org lain laki dia bg kete labi jer.hehehe

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You