Bila dah namanya MANUSIA

Minggu lepas rumah aku terputus bekalan air.Sehari berlalu tak rasa apa-apa lagi sebab rumah aku ada dua tangki extra so tak jejaskan rutin harian lagi setakat itu hinggalah dah masuk sehari lebih bila air tangki pun makin kurang dan berakhir dengan air kuning berkerak sampai habis merah-merah badan bahana air kotor.Bila dah jadi mcm tu terus terlepas dari mulut bercakap dengan seorang kawan,"Aku kalau tak ada elektrik kira orait lagi la tapi kalau takde air memang haru la dengan nak amik wudhu pun susah,lagilah parah kalau time tu jugak sakit perut segala".Itu kata kita waktu itu.

Nak dijadikan cerita lagi bila baru tadi elektrik pulak terputus.Aish!Lately byk pulak masalahnya.Setengah jam awal orait lagi tapi bila Damia dah start merengek sbb panas takleh nak tidur hati mula berdetik,"Aku prefer takde air la dari takde elektrik".Pulak.

Ironinya,mana satu sebenarnya yg lebih penting?

Dan baru aku realize sebenarnya dua-dua adalah penting.Dua-dua melengkapi setiap satunya.Dan waktu itu baru aku sedar dengan kehidupan kita juga.Setiap satunya membawa kepentingannya sendiri.Misalnya......

Hari yang panas terik,bila keluar rumah confirm rasa panas muka,sakit kepala.Tambah rencah dengan berpeluh segala.Aduhai!Rimasnya.Tanpa sedar mengomel sendiri.Dalam diam minta hujan pula.

Bila hujan turun,lain pula cerita.Habis tergendala semua kerja.Baju bertimbun tak dapat jemur.Bau hapak merimaskan hidung.Isk!Detik hati,"Alangkah baik kalau cuaca panas".Minta aku dalam diamnya.

Nah,itulah hakikatnya kita MANUSIA.Tak pernah rasa cukup tak pernah rasa syukur,segalanya mahu dipertikai.Segalanya tidak betul disitu dan mungkin juga salah disini,ronggak dihujung,capek ditengah,berlubang dimana-mana dan macam-macam lagilah namun apa yang pasti segalanya mahu dipertikai dan kadang2 terlupa bilamana ada juga sesuatu itu berlaku atas kehendakNYA.

Dan disini aku sedar,betapa naifnya aku sebagai manusia kerana jauhnya sikap ingin selalu bersyukur sehinggalah terhantuk barulah tersedar.Jika tidak terus hanyut seperti arus yang mengalir terus tanpa diketahui dimana penamatnya.Doa aku moga aku sentiasa sedar dan berpijak dibumi yang nyata.Dan aku mohon agar sentiasa menjadi seorang insan yang sentiasa bersyukur kehadratNYA dengan setiap apa yang aku ada dan bukan menjadi seorang  yang hanya tahu mengeluh dan terus mengeluh tanpa ada usaha mencari penyelesainya.

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You