Entry tiada punca

Orang kata bagus kalau treat anak macam kawan.....

Sebab tu la aku selalu spend main sama-sama dengan Damia.Seronok sangat rasa.

Tapi kadang-kadang sampai lupa diri pun ada....

Maklum la ketua budak la katakan...

Main bubbles.Muzaffar paling excited dgn melihat gaya larinya.Hahaha!

Ops!Ini bila ibu lebih dari anak.Bagus anak ni sbb tunggu mak dia kat bawah.Agak2 takut mak dia tertonggeng ke apa,boleh dia tolong sambutkan kat bawah tu.

Ini yang aku duk fikir macam mana la tetiba selipar tu boleh ada kat tgn dia sbb rasanya sebelum dia turun kat dari gelongsor tu elok je selipar tu melekat kat kaki.

Maka selesailah satu petang spend time kat playground ni sbb kesian sgt dgn Damia tiap kali keluar je mesti tunjuk2 nak main buai ajuuu ajuuu.Ikutkan bukan jauh pun dari rumah abang ipar aku ni.Takat selang sebuah rumah je pun.Hahaha!

Cukup la tuh seronok2 main kat playground sekurang-kurangnya walau aku tak sempat nak bawak Damia berjalan kemana-mana selain daripada jumpa doktor kat Klinik Adek tu (sampai Damia mcm dah biasa sgt dan tiada lagi drama air mata siap dengan rela serah diri),kami mmg lepak rumah je.Arie je la kehulu kehilir settle hal2 yg sepatutnya diselesaikan tu.Takpe la nak,esok harap tak hujan kita pergi Genting Highland pulak.Damia mmg 1st time pergi la ni.Sblm ni mmg tak pernah bawak dia.Tak kesah la sbb kami suami isteri mmg praktikal.Misalnya waktu Damia baby lagi tak adanya kami bawak dia pergi zoo misalnya kalau balik2 kami laki bini jugak yang excited lebih tapi anak tak tahu apa-apa lagi.Dan tanpa plan,bila kakak aku offer,terus join la sbb aku fikir mesti anak aku ni happy sbb cousin2 dia ada sekali.Sbb sblm ni kalau kami ketempat yg mmg untuk kids sekalipun,kalau Damia sorang-sorang,jangan harap la dia nak join budak-budak lain.Confirm sepanjang masa duk peluk kaki aku je la jwbnya.Paling tak tahan ajak aku join sekali.Oh man!Tapi sekarang bila dah besar ni,social dia agak bagus.Tak la takut orang lagi.

Walau jarak playground dengan rumah selang sebuah rumah je tapi gatal pergi dengan kereta bagai dan terus zoooommmmmmmmmmm,eh,tak pasal2 singgah Tutti Fruity.Sbnrnya lately aku selalu tgk org post kat FB pasal Tutti Fruity ni siap gambar,siap mention berapa rege yogurt yg diorng beli.,siap ada testimonial lagik.Bagus la sbb tolong buat marketing free.Dan walau konon-kononya aku tak amik port  la tapi sekali terpengaruh jugak.Hambik kau!Sbb dah terpengaruh aku ajak la Sarah ke Tutti Fruity kat Bukit Jelutong ni.Selama ni aku tengok je setiap kali melintasi kedai Tutti Fruity or stall kat mall mana2 dan tak pernah singgah pun.

 Dan lepas beli,dah rasa semua,erm,untuk aku tak ada la boom sangat rasa dia.So-so je.Dan aku pernah jugak terfikir benda kalau dah mahal,maka tak semua org mampu nak makan selalu dan bila ada yg mampu beli,dan dah beli benda mahalkan,pastu mula la claim,sedap gile woi,faveret aku nih dan ada la yg sampai termimpi-mimpi la kononnya teringin nak makan padahal benda tu biasa aja.

Aku berani cakap macam ni sbb sem ni aku belajar Customer Behaviour.Relate la sikit kan.Kadang2 manusia ni ada benda yg dia tak suka pun sbnarnya,tp sbb trend,tetiba je jadi fanatik,jadi suka la apa dan yg pasti nak la show,"Kau ada????Hahaha.Dan yg pasti kalau relate dgn orang Malaysia sendiri,benda-benda mcm ni ibaratnya still new.Tak semua tmpat ada dan selalunya area KL,Johor,Penang.Dan misalnya pembesaran seseorang itu kalau datang dari keluarga berpendapatan rendah or mmg keluarga yang mana parents dia tak la expose sgt anak2 dia macam bwk pergi holiday bagai dan bila si anak dah besar,dah belajar tinggi,dah kerja bagus,kerja kat Kolumpo lagi,ini yg aku nmpk seolah2 diorang ni berlumba-lumba nak tunjuk siapa best @ siapa lagi expose.Itu yg keluar statement,"Ada tak restoren Ayam Penyet kat Kemaman ni.Teringin la nak makan" walau hakikat dia mesti tahu yg restoren Ayam Penyet tidak pernah wujud di Kemaman dan mungkin satu hari nnt akn ada (nnt aku proposed kat Abg Mat Said).Dan aku assume la mungkin dia nak beritahu yg dia dah keje kat KL kan,so selalu la makan kat Restoren Ayam Penyet.Hmmm....Ingatkan kalau macam Alexis,TGI,Chillis bla bla bla.

Dan disini aku ambik Tutti Fruity ni sbg contoh sbb aku tahu ada yg kat luar sana mmg suka betul dgn produk dia.Aku tak la ckp tak sedap langsung dan ia lebih pada aku sendiri yang mmg tak suka yogurt dan ramai yg lain mmg suka yogurt.Dan aku sendiri pernah face situation dimana aku ke Sushi King dan jujur aku cakap aku mmg tak suka Japanesse food dan aku pun just temankan seorang teman yg mmg suka makan sampai berpinggan-pinggan dia boleh habiskan.Dan nak dijadikan cerita ada la seorang ni aku rasa dia tak suka pun sbb dari cara makan dan nak menelannya  pun nmpk payah ,aku dah boleh agak dia tak suka tapi berkali-kali nak sebut,"Sedap,sedap".Tapi sbb tak nak ngaku dan mungkin takut down grade kot sbb kawan2 kebanyakan ckp sushi best.Hahaha!Kesian pulak aku tgk sbb aku rasa itu mungkin kali terakhir dia ke restoren macam tu.Untuk aku kalau sushi jgn dioffer tapi offer kat kakak aku sbb dia mmg makan.Aku ni tekak budu mana lalu Japanesse food bagai sbb soup dia,wasabi dia sampai sekarang aku trauma nak makan.Serik.

Dan sampai takat ni baru aku perasan yg aku dah tersasar dari landasan.Selalu macam tu padahal cuma nak cerita "Satu hari spend time dengan Damia ke playground".Hahahah!Chow..........Dan seperti biasa entry yg tiada makna.

No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me