Walau tak update sgt dgn teknologi,tapi impian tetap ada.Wahahaha!



Iphone 4s

Saje je letak pic Iphone 4s dulu.Teringat waktu mula-mula Iphone ni keluar mmg meleleh la air liur tengok orang guna dan mula la pasang angan-angan nak beli tapi effort ke arah tu mcm menabung ke mmg tak ada la punya.Tak kuasa aku tapi aku selalu la duk cerita pung pang pung pang kat sorang kawan aku ni betapa bestnya kalau aku dapat beli satu.Tapi itulah,dah macam aku punya moto "Tak salah berangan sbb bukan kena bayar pun".Huks!

Nak pakai Iphone 4s macam mana kalau seumur hidup aku waktu umur 26 tahun baru dapat satu hp baru itu pun abah aku bg hadiah sbb sedih sgt tgk hp aku kejap2 mati.Tapi itupun hp tu asalnya dia yg bagi jugak sbb dia dah bosan guna then nak beli hp baru.Maka aku merasa la pakai Nokia E72 baru yg abah aku bagi.Hakikatnya sebut je smartphone sbb sampai sekarang aku tak tahu sgt pun nak guna.Balik2 call,sms,tu je.Aplikasi lain sampai laaaa niiiii tak habis explore lagi.Hahaha!Sblm2 tu mmg aku pakai hp lama yg mmg org lain taknak,hands down kat aku.Kalau nak suruh aku guna loan belajar beli hp mmg kirim salam la sbb aku lebih prefer shopping baju dari tukar hp baru.Hahaha!Dan seingat aku dalam tahun 2005 tu,aku mmg pakai hp cokia jenama Nokia pastu siap kena perli lg sbb tak ada bluetooth.Tapi ada aku kesahhh???Dan satu lagi aku pun bukan jenis yg fanatik dgn hp pun sehingga aku tengok Rifhan pakai Iphone itu yg baru aura miang nak hp baru tu mengeletis sekali.Membuak-buak la bak kata org perasaan tu.Kononnya la.Tapi waktu Steve Jobs meninggal itu hari,aku punya perasaan nak tu mmg datang balik kalau dah tgk hari2 org post kat FB features dia,org post kat blog betapa bestnya hp tu,,macam2 la tapi kejap je bila.......Eh,aku tengok kat blog orang duk cerita pulak betapa bestnya Samsung Galaxy Notes yg lagi best............................pada aku la dan  ia amat sesuai untuk aku as a student yg tak berapa nak cemerlang ni tapi gaya takmau kalah.Hahaha!

 Samsung Galaxy Notes


Aku nak list la kenapa aku mesti ada handphone Samsung Galaxy Notes ni:

1-Aplikasi yang best.Ok,walau aku ni selalu lambat pick up dgn teknology sekurangnya hp yg byk aplikasi ni dapat membantu aku dr segi mengurangkan tabiat buruk suka tengok gelagat orang sekeliling.Kurang2 aku dah boleh avoid dr membuat dosa mengumpat dan dosa mata.Gila saiko! 

2-Aku pun teringin jugak nak gtau kawan2 kat FB aku baru check in masuk Giant nak beli selipar,baru check in masuk Secret Recipe nak beli cake take away je pun tp kat status mention "lepaking" hahahaha,baru check in toilet awam sbb tercirit and etc.Setakat ni smart phone je mampu buat mcm tu.Kau mampu??

3-Senang aku nak save note tiap kali lecturer bg note2 penting sbb sblm ni kalau pakai notes pad tu asyik hilang je note aku.Hek eleh!Hakikat,kau tu rajin tulis note ke? Dan senang jugak aku nak buat list brg2 keperluan tiap kali shopping groceries kalau tak sblm ni selalu sgt terlupa.Maka tak perlu la ulang-alik ke kedai banyak-banyak kali.Kukuh tak alasan?

4-Hp ni dia ada aplikasi boleh crop2 lukisan,boleh design2 lukisan,kiranya mcm-mcm la pastu senang la aku kalau ada free time tu duk conteng2 apa yg patut kalau tak sblm ni aku suka tunjukkan bakat seni terpendam aku kat muka surat pertama buku rujukan.Kenapa muka surat pertama?Suka hati aku la...buku aku.

5-Untuk menunjukkan aku dah upgrade diri aku sbb aku dh bosan selalu kena kutuk sbb tak parallel with the technology (Sumpah word parallel tu smpi sekarang aku takleh nak sebut.Lidah kejung!).

6-Baru nampak rugged beb.Tak kesah la kalau tiap kali lunch makan nasi dgn sayur taugeh je janji nampak cool.Cool sangat la.Biar papa asal bergaya (motto hidup paling bangang pd aku).

7-Sbb bila ada hp best mesti akses internet dia pun best.Nnt boleh baca any updates,tak la nmpak jakun sgt sampai tak tahu Yusri dgn Lisa Surihani tu bakal berkahwin.Ada aku kesah?Hehehe.Dan kurang2 aku tahu la harini episod last dramaTentang Dhia pastu hero dgn heroin dia mati kejung.Al Fatihah.

8-Aku sudah boleh mengurangkan kapasiti buku yg perlu dibawa.Bye-bye note pad dan segala buku catatan aku yg byk versi tu sampai kadang2 aku pn tak dpt nak reconize mana satu buku nota Ekonomi dan mana satu buku nota Marketing.Adus!

9-Eh,dah sampai 9.Ingat nak list lima je tadi.

10-Sbb best.Dah cukup 10.Sekian.



No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me