Harga menjadi ibu dan bapa

Dulu waktu mula kahwin rasa tak sabar nak ada anak.Hampir dua tahun berdua dan akhirnya kami dah bertiga.Dan bila bertiga,eh,cerita bertigalah pulak.Dulu sblm ada baby berlebih-lebih rehat sampai stress sbb banyak sgt berehat.Hihi.Skang dah ada anak sampai tak cukup rehat pulak.Adoi!Penat tapi itulah HARGA MENJADI IBU DAN BAPA.Nilai???Tak ternilai banyaknya.*Smile

21 Nov 2011 Damia dimasukkan kehospital kerana doktor suspek dia dapat jangkitan kuman pada paru-paru since dia dah selsema almost 6 weeks tak pulih-pulih.Kalau ikutkan haritu kitorang tak ada planning pun nak bawak dia check up ke hospital memandangkan selama dia selsema + batuk,dia tak pernah sekali pun demam.Dan dalam minggu yang sama juga kitorg sekeluarga baru sahaja pulang dari bercuti dan alang-alang dah ada kat Shah Alam,kami bawa dia ke pakar kanak-kanak iaitu Klinik Adek kat Seksyen 9 Shah Alam.

Waktu Dr.Amdan diagnosis Damia,result yang diberikan mmg rasa dah tak sedap hati due to kahak yg mmg banyak plus dia bernafas pun dah macam orang asma.Maka start la kena nebulizer 4 jam sekali dan syukur la dekat rumah abang ipar mmg ada machine nebulizer tu so tak perlu la kami ulang-alik ke klinik dan just amik ubat dia je.Dr.Amdan bagi tempoh 3 hari untuk Damia pulih dan kalau tak mmg kitorg x dibenarkan balik Trg lagi sehingga la condition Damia memuaskan hati.Dan syukur dalam 3 hari tu Damia cepat pulih and back to normal balik.Alhamdulillah.

Balik la kami sekeluarga ke Terengganu dan seperti biasa bila aku dah mula sibuk dengan kelas,tambah lagi Damia pun dah macam okay,aku pun dah mula ambik ringan pasal bagi makan ubat dia sedangkan Dr.Amdan dah pesan supaya continue lagi.Dan syukur staff dia ada call buat follow up dan remind kat aku supaya beli ubat Ventolin di pharmacy dan fungsinya adalah untuk gantikan penggunaan nebulizer.Bila dah condition Damia dah orait bagi kami,kami stop semua ubat sehinggalah selsema dia datang balik dan dia demam mengejut pukul 4 pagi.Cuak jugak aku waktu tu.Lepas bagi ubat demam ok balik dia then esoknya decide nak bawak ke pakar.Lepas aku habis test paper Consumer Behaviour,terus bwk Damia ke specialist.Dan waktu Dr.Farid diagnosis dia dan waktu tu jugak suhu badan dia 38,aku pun macam pelik asal anak aku demam tiba-tiba.Bila Dr.Farid tanya aku warna bibir normal Damia dan time tu baru aku perasan bibir dia sedikit kebiru-biruan tak macam biasa.

Maka haritu jugak Damia kena x-ray dan resultnya mmg luluh jiwa.Dan berkampunglah kami selama 3 hari 2 malam di Kuala Terengganu Specialist Hospital.

Kali pertama kena nebulizer sangatlah behave maklumlah dah biasa sangat.Kalau sebelum ni kalau tak meraung sampai keluar anak tekak mmg tak sah la.


Petang tu Damia kena cucuk tang sana,cucuk tang sini.Huhuhu.Kesian dia sbb yg pertama kali Dr.Farid tak jumpa urat dia.Berkali-kali Damia duk sebut "Akit,akit!".Sedih pun ada sampai doc pun senyum dengar.Saat dikerjakan.Meraung sampai satu floor dapat dengar suara dia.


Masih lagi rutin 4 jam sekali.


Ini memang dasar sakit tapi ada hati nak lari dari hospital.Hihihi!Tapi dia ni kalau tak ada yang kat tangan tu mmg tak nmpk mcm org sakit sbb sepanjang masa bergerak.Diam time tido dengan menyusu je.

Ini waktu dimasukkan antibiotik.Memandangkan doc bagi dos paling tinggi,Damia cirit sampai 5 kali.Doc kurangkan dos,terus ok cuma time ni Damia mesti mengadu sakit dan doc sendiri beritahu masuk ubat ni mmg ada rasa jugak la tambah lagi Damia ni kira baby lagi.Kesian anak bonda tapi dia sangat behave.Mcm tak caya pun ada.Hohoho!


Time masuk ubat ni pandai dia diam sampai ubat habis.Senyap je baring sambil layan cartoon.Dan duduk kat sini jugaklah selera makan dia ni kemain kuat lagi.Asyik nak makan,nak susu.Sakit ke tak sakit ni Damia?Bahagia je...

Lepak degan ayah merangkap teman bermain sepanjang hari.Ayah je yang tak  jemu layan Damia main sepanjang hari.Bonda pulak asyik mood swing je.Hahaha!


Kalau ayah tiup macam ni,dari ngadu sakit terus jadi tak sakit.Tok moh kah anda Arie?hahaha


Saat bila kami dapat berehat sekejap.Gila susah tidur dia kat hospital ni.Susah satu hal,tidur lambat pulak tu.Jenuh kami duk memujuk sampai ditegur nurse yg datang buat check up.Tapi apa pun nurse masuk check Damia rasanya 2 jam sekali.Mmg kejap2 asyik terjaga la aku laki bini.Itu yg bila Damia keluar je hospital,aku mintak tolong parents aku jaga jap sbb aku laki bini nak membuta.Penat wooooooooooooooooo!!!!!!!!

Dan kat sini aku nak kongsikan la apa yang aku dah lalui dan ini merupakan apa yang aku rasa.Pada aku as a parents:

1-Jagalah kebersihan.Rajin-rajinkan la mengemas rumah,tmpt tidur dan pastikan segala-galanya adalah bersih.Demi anak kita juga sbb rumah bersepah,debu tebal 3 inci adalah tak elok untuk kesihatan.
2-Tips dari Dr.Farid,fav toy anak mcm patung bolehlah balut dengan plastik then masukkan dalam peti ais yg bhgn sejuk beku tu sbb hama & bakteria boleh mati dalam suhu sejuk.
3-Nasihat doc tu jugak,kita tak perlulah nak paranoid sgt sampai segala benda nak cuci pakai Dettol cuma biarlah keadaan persekitaran kita tu bersih segala.
4-Jangan ambil mudah setiap kali anak selsema atau batuk.Aku dah tengok ramai parents yg ambik mudah psl ni dan mula la gelabah bila anak dah tahap kritikal.Time tu kalau agak2 nak nangis tu,simpan je la air mata tu sbb bazir je mengalir kalau dari awal kau tak cegah dulu dan percaya sgt dengan satu doktor sahaja.Kita perlu tanya byk pendapat dan aku hairan bila orang pandai buat andaian sendiri padahal doktor yang dirujuk bukanlan doktor pakar kanak-kanak pun.
5-Spend la sikit duit untuk ambik suntikan tambahan pada anak untuk protect lung,ears and brain diorang.Tak rugi pun sbb untuk anak kita jugak.Suntikan tu pulak mmg hospital gomen tak offer sbb mahal.Jadi amik kat klinik swasta.Mintak advise dari doc kat situ.
6-Anak itu amanah Allah swt maka jagalah dengan sebaik yang mungkin.

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You