Tahap servis sektor di Malaysia....satu epik yg tiada kesudahan

Masih lagi dengan MODE: Tak puas hati dengan servis di Malaysia ni tak kiralah jabatan kerajaan or swasta.Sekarang ni dua-dua aku nak kondem.Dua-dua aku nak marah.Satu aku nak marah PTPTN dan satu lagi aku nak marah MAYBANK.Hoh!Lagu tu sekali marah aku.Boleh?

Alkisahnya begini.Aku adalah antara orang yang disenarai-hitamkan oleh Imegresen kerana dengan senang hatinya tak bayar loan PTPTN seperti yg sepatutnya aku harus bayar lepas habis belajar.Kononnya waktu start kerja dulu nak bayar tapi sampai kesudah tak bayar hinggalah sampai surat nama dah disenarai-hitamkan.Ya,aku adalah peminjam yang ingkar.Sila marah aku sekarang.Hihihi!

Dan bila sampainya masa aku perlu membuat passport untuk keluar negara,barulah aura paniks tu datang.Biasa la manusia.Dan aku pun call la PTPTN dan tujuan call tu bukan nak mintak perlepasan ke apa,tapi nak bayar lump sum.Diulang,nak BAYAR.Bukan taknak bayar.Tapi yang aku pelik cara diorang tu macam takmau aku bayar langsai terus.Maknanya diorang lagi suka aku dapat byr ansuran.Motif?Nak kaut untung dari caj bulanan la tu kot.Banyak cantik muka kau.Bila org tak bayar kau bising dan bila orang nak bayar kau buat macam2 prosedur pulak.Takpe.Sabor.Aku pun buat la seperti apa yg disuruh seperti meng"update" statement aku dgn isi form secara online,print,pastu fax.Done.Hasilnya,aku rasa dekat 2 bulan baru statement tu smpi kat aku.Lama gila ambik masa.Dan apa yg aku tak puas hati adalah bila diorg inform yg aku juga akan dikenakan caj tambahan iaitu caj guaman.So aku tanya la berapa caj dia.Jwpn standard "Tak pasti.Nnt akan inform semula".Bikin panas je.Aku ni yg sedia mulut mcm peluru terus attack tapi secara berhemah la.Aku pun tanya la takkan dalam Malaysia ni aku sorang je peminjam sampai nak estimate kos pun tak boleh.Yang bermasalah mcm aku berpuluh ribu kat luar sana.Takkan setiap sorang caj lain-lain.Itupun aku tanya estimate cost dan tak semestinya nilai yg tepat.Terlebih sikit pun aku boleh consider lagi.Selesai yg satu tu.

Kes kedua pulak,dah aku sangkut takleh buat passport selagi tak settle PTPTN,harus la aku kena settlekan jugak.Tambah haru lagi bila agent dah mintak salinan passport kami anak beranak dan cuma aku sorang yg sangkut.Jd mmg masa dah suntuk sgt dan bila aku discuss dgn satu org PTPTN tu kiranya dia advise aku la apa yg patut dibuat.So aku pun jelaskan semua hutang PTPTN aku dan mohon perlepasan nama senarai hitam dipercepatkan.So dia bagi aku harapan la.Katanya Insyaallah boleh settle.Aku pun tak perlu ke KL memandangkan aku boleh bayar melalui Maybank2u.Dan settle byr aku pun buat surat dan terus fax ke PTPTN.

Jadi aku perlulah follow up selalu untuk pastikan diorg tunaikan la janji manismu itu untuk clearkan nama aku kalau dah namanya hutang aku dgn PTPTN pun sudah 0.Serious mak bangga.Hahaha!Bila aku call mula2 dia cakap nak follow up balik sbb diorang perlu check.Call kali kedua org lain pulak angkat dan yg ni aku mmg hangin sbb jawapan serious mcm S***!Boleh sepanjang masa jwb tak pasti,tak pasti,tak pasti.Abis apa yg kau pasti???.Sempat aku tanya namanya Roslina.Dan untuk Roslina,kalau dah kerja bahagian menjawab panggilan customer,tolong la prepare apa yg patut sbb kalau takat nak jawab tak pasti tu baik aku suruh anak sedara aku yg umur 5 tahun tu tolong jawabkan sbb mungkin dia lagi bijak dari kau.Dah la cara cakap langsung tak sopan.Apa dia ingat aku ni adik,kakak dia nak cakap lebih kurang macam tu.Dan kau tak buat kerja ke sampai apapun tak tahu atau berat bontot takleh nak bangun check dgn sesiapa yg tahu padahal setahu aku mesti dia dah mengadap PC dan just check la kat system tu.Satu lagi kalau dah department yg aku fax tu department lain sekalipun,takkan sampai nak update dokumen masuk sampai nak tunggu sampai 7 hari?Apa kau ingat bangunan PTPTN tu 200 tingkat?Ke department customer service kat Klang,pastu department yg senarai hitam tu kat Wangsa Maju?Pelik aku.Dan lepas tu aku call balik walau perempuan jugak yg angkat dan kalau tak silap aku namanya Shila.Dan walau dia pun tak tahu sekurangnya ada jugak effort nak pergi check pastu boleh pulak dia call aku balik untuk update status.Bukan susah pun.Semua maklumat ada kat screen kau tu je.Keesokan hari aku try lagi dan lelaki pulak yg angkat.Lupa dah nama dia (aku mmg selalu tanya nama dulu sbb kalau agak2 kurang ajar,senang aku nak buat complain).Staff lelaki ni pulak tak payah on hold ke apa terus dia check kat system dia then bg jawapan.Dan akhirnya nama aku dah clear.Itu je pun.Settle.Tapi serious penat berhari2 kau nak follow up.


Cerita kedua dgn Maybank.Aku tak tau la kalau aku sorg je ke yg rasa tapi aku rasa lately staff Maybank agak poyo.Misalnya haritu aku nak bukak akaun anak aku.Bila aku tanya procedur dia cakap just bg My Kid dgn IC aku pun dah cukup.Pastu kalau nak tabung free kena letak min dia 1K kalau kurang tak dapat tabung.Tapi cara cakap serious berlagak.Hek eleh!Tapi takpe.Sabau.Aku pn naik la keatas nak keluarkan duit.Kena naik atas sbb jumlah banyak kena keluar ikut kaunter takleh keluar ikut mesin.Jumlah keluaran haritu adalah dalam 18 juta.Tipu.Aku keluar berapa takat yg aku nak guna la.Bukan aku ni byk duit pun.Lain la Semah duit banyak.

Jadi bila aku pergi balik,aku cakap la nak buka akaun anak.Lepas tu dgn muka berlagaknya dia jwb tak bleh sbb aku tak bawak salinan surat beranak.Pulak???Tadi staff sorang tu cakap lain,yg ni ckp lain.Kalau cakap awal2 kan senang.Apa tak ada prosedur standard ke sampai yg ni cakap lain,yg tu cakap lain.Dan bila dah patah hati aku pun bawak diri ke CIMB.Kat sini takyah surat beranak.My kid pun dah cukup dan kalau  masuk rm250 pun dah boleh dapat tabung.Takyah nak tunggu 1K.Aku tak kesah sgt sbnrnya psl tabung ni cuma cara bercakap tu mcm kita ni as customer tak mampu sgt.Kalau duit tak ada tak perlu la aku gigih nak pergi bank.Senang aku suruh laki aku bikin tabung buluh je.Lagi multi purpose.Satu simpan duit,satu lagi buat hempuk muka staff Maybank yg berlagak tu.

Dan satu kes lagi psl nak dapatkan document since rumah kitorg dah pun dijual.Sob* Lap air mata.Aku sayang rumah tu.Itulah harta pertama kami.Kalau tak silap aku dah berminggu-minggu Arie duk follow up dgn staff Maybank Shah Alam.Mula2 cakap dah process pastu tunggu kena tunggu manager sign dulu.Follow up lagi,manager pulak cuti.Follow up lagi,staff yg buat tu pulak cuti.Follow up lagi,staff yg sama medical leave pulak.Dah la document tu urgent nak guna sbb kalau boleh sblm fly harus settle apa yg patut sbb tak kuasa nak habiskan duit semata-mata nak balik Malaysia just untuk sign document.Kalau tempat tu dari rumah aku ke Kuala Berang takpe la jugak.Sigh*Sepanjang hari si Arie bermuram durja sehinggalah kakak aku advice pergilah tulis complain.So pagi tadi lepas Subuh Arie usaha jugak hantar complain tu dan hasilnya tak mengecewakan bila pagi tu jugak staff Maybank HQ call dan gtau document tu dah settle  sebenarnya.See?Nak kena gertak baru nak laju.Kalau tunggu,Isnin ni belum tentu dapat.Dan bila dah panas si Arie suruh diorg je arrange dgn lawyer kitorg supaya collect document tu harini jugak.We dont care sbb dh lama tunggu.Dan cool balik bila staff tu mohon maaf byk kali.Kitorg ni bukan la zalim sgt,tapi benda yg sepatutnya leh settle buat la seperti yg sepatutnya.Jangan duk main lepas tgn je.Tak kesah la nak cuti ke apa,settle la kalau dah kami gtau nak urgent dan satu lagi bukan tempoh masa kitorg bg tu harus kena settle dlm masa 3 hari ke apa,tp hampir 3 minggu lebih.Bayangkan.


Dan aku rasalah bukan susah nak baiki kualiti servis ni sbb yg paling penting kita as customer harus tahu apa hak kita.Jangan malas2 nak buat complain sbb kalau diam je mmg naik kepala la diorg ni.Biasanya org kalau tak kena dia tak akan tahu mana silap dia terutama mereka2 yg mmg involved dgn orang ramai.Sila tahu TANGGUNGJAWAB anda.


Image Yahoo! 
 Jangan biasakan diri kerja macam ni.Kalau macam ni,bkn takat pencen umur 60 tahun tak layak,kerja 3 hari pun dah bwk rugi pada company.Hihihi!



No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You