Situasi ini buat aku berfikir

Kalau ke Giant Kuala Terengganu dan pergilah ke section yang jual susu formula for baby,anda akan perasan pekerja yang handle that section,the one yang handle the cash register adalah seorang OKU.OKU ini adalah lelaki dan bercermin mata.Actually ada dua sebenarnya cuma haritu waktu aku pergi beli susu Damia,just ada seorang  je.OKU yang satu ni agak pro active tapi yang sorang lagi memang lembam sbb dari cara dia buat kerja memang agak lambat.Bila dah kita sedia maklum macam tu maka harap bersabarlah menunggu.

Kira baguslah sbb management Giant bagi chance pada OKU ni untuk bekerja kat situ.Dan waktu aku tengah pilih susu tu tetiba datang kawan pekerja tu la sbb pakai baju Giant jugak,baik punya timing waktu kerja terus parking bontot kat area susu tu lepas tu ajak mamat OKU tu borak.Banyak sangat kot masa terluang agaknya.

Memandangkan haritu adalah awal bulan maka topik perbualan adalah "Gaji dah masuk weh!".

Maka si perempuan pun usha la mamat OKU tu dengan pujuk supaya mamat tu belanja dia makan.Kata gaji baru masuk.Hahaha!Tapi tu bukan point aku nak bercerita kat sini.Point aku adalah jawapan mamat OKU tu.

Sambil susun susu,mamat OKU tu jawab.

"Tak dapat la nak belanja sebab duit gaji dah bahagi-bahagikan.Mana nak simpan sendiri,lepas tu bagi mak sikit",dia menjawab tenang.Terus diam perempuan tu.Patut kau yang sempurna la belanja OKU.Hihihihi!

Terkesima aku kejap.Hmmm....kita yang sempurna ni pun kadang-kadang tak konsisten bagi duit kat parents tapi dia yang serba kekurangan masih mempunyai rasa tanggungjawab yang cukup tinggi pada parents dia.

Dan time tu jugak terus aku terbayang anak-anak yang lagi sanggup mintak mak bapak spedo segala lepas tu malas pulak kerja.Kira dari kecik ditatang terus kena tatang sampai tutup mata agaknya walau Allah swt kurnia tubuh sempurna sihat sejahtera.Yea,kalau dah umur layak bekerja tapi mintak duit mak bapak lagi,itu bukan tatang namanya tapi itu sudah jadi menatang.Hahahaha!

Menatang dalam bahasa Terengganu adalah curse yang orang gemar guna untuk melambangkan betapa teruknya orang/sesuatu itu tapi pada masa yang sama boleh juga digunakan untuk haiwan.Wahahahahaha!



Sources Yahoo!

No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me