Ukur baju kat badan sendiri

Pepatah ukur baju dibadan sendiri,aku selalu sematkan dalam diri waktu zaman mula-mula kawin dulu.Iyalah.Dulu kahwin gaji bukan besar sgt pastu menyewa pulak area Bukit Jelutong Shah Alam maka namanya jer sewa rumah apartment tapi isi dalam ada yang basic jerk.Huhuhu!

Tapi waktu tu dah tahu tak senang mana maka aku mengambil pendekatan iaitu berbelanja mengikut kemampuan dimana menerima dengan hati terbuka bila Abah sendiri bagi handphone insteads of beli sendiri sebab bila duit tak berapa nak ada maka tetiba jadi cheapskate semua benda nak berkira.

Tapi aku tak rasa malu pun pakai handphone yang dah canggih sebenarnya tapi dah 8 langkah la tertinggal dari teknologi semasa waktu tu.But I don't care.Pada aku janji aku tak perlu beli sendiri.Hihihi!

Kalau nak buat muncung 8 depa kat suami semata-mata nak handphone best boleh aje sbb Ariey kelemahan dia takleh tgk muka mintak penampar dari aku.Hihihi!Tapi sebab fikir waktu tu banyak lagi benda nak didahulukan dan lebih penting dari handphone canggih segala maka....................

Kuburkan sahaja keinginan itewwww.

Dan bila ada rezeki lebih baru la aku pakai handphone canggih.Tapi canggih kewwww?Baru je Samsung Galaxy S III launching.Sila hantuk kepala kat dashboard kereta sekarang.Kalau bab teknologi mmg tak terkejar la aku.

Sebab tu aku pelik dengan kawan aku sorang ni,baru nak merasa 1st gaji tapi dah sibuk fikir nak tukar handphone.Siap tanya pendapat mana yang best Iphone 4s atau Galaxy Note?Erkk....pada aku kalau gaji 4k sebulan tu kau nak beli public phone ke lantak la tapi gaji pun so-so lepas tu 1st gaji pulak tu kau nak habiskan macam tu je.Lainlah parents kaya-raya,boleh jugak mintak diorang belanja.Hihihi!Entah apa la kawan aku ni fikir.

Sebab aku kalau boleh taknak jadi macam yang aku tengok tadi.Pakai handbag Louis Vuitton tapi bila cucuk duit kat atm duit takmau keluar sebab baki tak mencukupi lepas tu nak cover malu tunjuk marah-marah kat mesin.Jangan marah mesin sbb mesin takde perasaan.Hihihihi!Tapi think positive la,mungkin duit dia 8 juta cek tak clear lagi kot.

Kau mampu beli anak kasut sekolah cap Louis Vuitton?Itu Rozita Che Wan je yang mampu.Ah!Mintak oksigen,mintak oksigen!







P/s:Aku tak pernah rasa pun dengan pakai handphone mahal orang yang guna tu akan nampak seperti orang kaya.Hahaha!



No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me