Aku dan FB

Harini aku nak cerita pasal Facebook.Cerita aku ni pulak pasal keghairahan orang duk post apa yang diorang ada or beli kat dalam Facebook.Ops!Bukan dengki ok.Tidak sama sekali.Nehi.Tapikan kalau ada yang terbaca ni mesti diorang akan cakap,"Hek eleh!Sakit hati pulak.Udah aku ada ko takde".Alahai.....sudah la kalau kena sound depan2 nih,lagu mana la aku nak letak muka ni.Takpe la.Pinjam topeng Barney Damia la buat cover muka malu 3 hari.

Tapi hakikatnya aku nak tulis jugak sebab aku macam curious satu benda.

Aku selalu terfikir orang yang jenis suka post pic barang yang diorang beli or ada kat Facebook ni,apa yang diorang fikir dalam kepala otak diorang.Adakah ia berniat untuk berkongsi atau kalau tak tunjuk nanti orang tak tahu.Entah la.Atau diorang rasa diorang je mampu pastu orang lain tak mampu atau dengan kata lain sila rasa jeles sekarang.Hehehe!Serious rasa gatal ketiak setiap kali aku tengok orang yang buat macam tu pastu tulis status ," My new set SKII " atau " Koleksi handbag I ".Jenama harus yang class2 ok.Kalau takat kau beli kat Vincci pastu kau nak tunjuk dalam FB,sila serkup muka dengan tudung saji sekarang.Ibaratnya macam itu la.

Ini bermakna FB tanpa kita sedar telah menjadikan kita orang yang riak.Kita harus akui tak semua orang akan suka.Biasa la manusia.Sifat PHD tu memang susah nak buang sama seperti susahnya nak struggle belajar untuk dapat sijil dia.Eh,kesitu pulak.

Tapi kadang2 aku suka tengok juga.Dari situ aku dapat nilai orang tu jenis yang macam mana.Biasanya aku akan avoid untuk rapat as a friend sbb aku cukup tak suka orang yang suka banding2kan barang dia dengan barang aku.Aku memang tak suka.Antara sebab aku tak suka adalah aku ni bukan jenis yang up to date sangat.Contohnya handbag.Biasanya kalau aku ada sebijik handbag,maka itulah handbag yg aku akan angkut kehulu kehilir,tak kira la pergi pasar ke,shopping ke,majlis2 grand kat hotel ke,kenduri kawin ke,aku memang main belasah je.Tak peduli aku apa orang kate,janji aku selesa.Dan aku jenis yang bukan rajin sangat nak match2 baju dengan handbag.Memandangkan aku ada satu je makanya apa pun baju yg aku pakai,handbag tu juga la yg aku angkut.Yea,aku akan beli handbag bila handbag yg sedia ada bakal menemui ajalnya.Hehehe!

Tapi kadang-kadang aku ada juga rasa tak adil la aku nak rasa macam tu sbb mungkin kawan aku tu dulu waktu tak pegang duit sendiri ni,diorang tak dapat rasa nak beli barang2 mahal.Jadi bila dah keje or ada suami yg support segala,pada diorang dah rasa amat gembira dan itu la yg nak canang habis satu dunia tu.Dulu waktu belajar sengkek harap duit loan sstudy je itupun cukup2 makan je.Bila dah dapat kerja,dah dapat apply credit card atau rezeki lebih duit masuk tak putus,maka setiap yg diidam tu semua dapat.Mungkin sbb itulah wujudnya rasa harus canang kat FB ni.Ni si Senah tak tahu lagi nih aku sambar Coach sebijik ni.Harus jeles terus mintak laki beli.Hihihi!

Dan biasanya,tuan empunya diri akan gembira setiap kali ada orang komen.Yang ni betul2 berlaku aku tak tipu.Ada la sorang perempuan ni,dia beli complete set SKII.Jadi kau dapat bayangkan la kalau SKII punya produk tak adanya 30-40 hengget nih.Harus lebih dari 1k or hampir nak 2k la.Sila putus urat kentut sekarang.Makanya berduyun2 la org akan komen dan tak ketinggalan pasti ada komen yg menunjukkan betapa tak mampunya diorang nak ada produk ni.Kiranya hanya mampu berangan je la.Maka tuan empunya diri pun jwb,"U,mana mahal.Tak mahal la.Affordable ok.Just RM1,300 jewwwwwww!",tolong pjgkan sikit muncung kau time baca nih.Pastu akan ada org lain komen balik,"Oh,tak mahal sangat la u.Orait la harga macam tu.Standard ah".Ni ciri Senah takmau kalah ni.Nak lebih jugak dia.

Itu cerita produk.Ini cerita bila ada yg dah mampu beli rumah sendiri pulak.Biasanya diorang akan letak tajuk,"Teratak kami","Pondok kami" or macam2 lagi la.Apa kata kalau kau letak je,"Rumah kitorang baru beli.Banglo lagi.Kau ada??",sentapkan??Hehehe!Lepas tu berduyun la komen.Biasanya tuan empunya diri akan sedaya upaya nak tunjuk kerendahan diri diorang.Maklum la tak mau menunujuk-nunjuk.Nanti orang cakap bangga diri pulak.Biasanya diorang akan komen balik,"Ala,kitorg beli murah jewwwww!!".Hello,kalau rumah teres dua tingkat more than 200k tu,murah kepala hotak lu la.Kalau murah rumah PPRT.Tu baru murah.Tapikan,dah kalau diorang org kaya mesti la takat 200k tu lekat kat celah gigi je kan?Eh,mak pulak yang sentap.Dan nak tunjuk kerendahan diri sangat bila tiap2 kali post mesti ada nak tanya suggestion nak renovate rumah la,apa la.Ye la .Dia je ada rumah orang lain tak ada.Bila ada yg tegur,terus sentap.Itu yg selalu sangat keluar statement "Wall saya,jadi suka hati saya la nak tulis apa.Kalau tak suka,sila remove fren".Baiklah.Wall kamu tapi mata aku jugak yg baca.Hihihi!

Dan dalam friend list aku sendiri pun ada dua orang perempuan ni yg suka sangat tunjuk apa barang yg dia beli.Beli kasut Clark pun tunjuk.Sampai ada juga beli seluar Levi's pun gtau dlm FB.Mungkin dia rasa dia je kot mampu.Kiranya semua benda la nak hebah kat orang.Kalau tak gtau kat FB org tak tahu.Nak suruh orang tegur time dia pakai segan kot.Pada firasat aku la.Dan ada juga barang yg dibeli dioversea pun nak tunjuk sama.Iya,dia je yg mampu berholiday sampai oversea,sbb org lain tak mampu.Tu belum lagi campur yg mampu shopping kat Pavillion,KLCC and etc la pastu harus posing kat fitting room dan tunjuk mana2 barang yg diorang nak beli.Kalau ada yg pergi dgn kawan2,lepas pic masuk FB maka ada la sesi aku puji kau,kau puji aku dan begitulah seterusnya.Pic ngah shopping dgn paper bag jenama2 mahal jgn lupa tunjuk tau.Kau ada???

Panjang pulak entry aku.Adakah ini entry berbaur dengki?Tidak.Ini entri aku tulis sbb aku rasa meluat.Sekian terima kasih.Lega rasa lepas tulis entri.Hahahhaha!Nak marah?Ada aku kesah???

P/s:Jelas entri ini tiada kesinambungan.Penyelesaian takde kerana ia lebih pada luahan hati aku.Chow!


Image from Yahoo.com

2 comments:

Mince4AM said...

huhu
dunia persaingan...wanita
suami hanya terkedu
dan sesak nafas

Syafinaz said...

Yea...betul tu : )

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me