Last time berkesempatan berbuka bersama my sister di Shah Alam.Disebabkan tengahari tu tanpa dirancang,kami pergi bershopping sakan tambah lagi bawak Damia,Rafhanah,Amani dan Hakim so dapat dibayangkan la penatnya harus 8 kali ganda penatnya.Totally exhausted.Sampaikan rasa nak berjalan pun tak larat.Tapi walau penat macam mana pun,no excuse tetap harus masak dirumah sbb suami kita tak suka lauk beli kecuali terpaksa sangat atas sebab yang tak dapat dielakkan.
Maka bila badan penat,produktiviti pun akan turut menjunan dum dum dum.Makanya harus fikir juadah berbuka yang paling simple dan senang dibuat tapi apa yang penting berbaloi bagi perut nasik macam aku laki bini.Hehehe!
Jadi saje la nak berkongsi resepi quick meal yang tempoh masa nak buat tu pun tak sampai satu jam plus siap boleh guling2 lagi depan tv.Jd apa salahnya kita pakat mencuba.
1st recipe adalah " Nasi goreng ikan tenggiri"
1-Beberapa ulas bawang putih (depends pd taste masing2 dan kalau aku suka banyak) - tumbuk sampai halus.Tak perlu kisar sbb kalau kisar teksturnya jd terlalu halus makanya rasa garlic tu jd makin kurang
2-Telur
3-Ikan tenggiri - ambil isinya shj kemudian cincang halus
4-Minyak untuk menumis
5-Garam secukup rasa
6-Nasi
Cara-caranya:
Panaskan minyak,masukkan bawang putih tumis smpi naik bau,kemudian masukkan isi ikan tenggiri,telur,nasi kemudian garam.Tak perlu serbuk perasa bagai.Simple jer kan?Tung tang tung tang...done!Tak perlu goreng lama2 pun.Bau dia memang menusuk kalbu la wa cakap lu.
Hasilnya inilah dia.
2nd recipe " Ayam bakar tak tau nak describe sbb semua rasa ada.Hehehe!"
Bahan-bahan untuk sos perap:
Osyter sauce
Kicap masin
Sweet sour sauce
Honey
Black pepper
Mixed herbs
Parsley
Tambah lemon or yg sewaktu dengannya la.Kasik masam2 sikit.
Semua tu gaul sekali.Kuantiti ikut suka hati.Pastu potong la bawang besar satu labu,tapi potong besar2 dan juga potato dan garlic then tabur je kat atas.Perap sekali.Aku bantai sekali taruk terus limau nipis / lemon dgn kulit2 skali time nak marinate.Nak bakar je aku remove la kulit limau nipis / lemon.Perap dalam 30 minit or 1 hour pastu bakar dalam oven.Lebih kurang 1 hour juga,the chicken is done!Then ready to serve.
Biasanya kalau bakar ayam tak buang kulit,dia agak berair sedikit.Kalau totally remove the skin,ayam tu agak kering sedikit.Up to u.Anggap la itu adalah sosnya dan better kalau asingkan sblm dihidang sbb ia agak berminyak since kita guna mentega yg disapu pd loyang sblm ayam tu dibakar.
Memandangkan tiada langsung green disitu,maka haruslah kreatif sedikit tambah lagi bila mood malas datang,just guna sahaja salad.Seimbangkan? : )
Jadi,ia adalah combination yg menarik untuk " Nasi goreng ikan tenggiri dan juga ayam bakar tak tau nak describe sbb semua rasa ada".Lagi sedap kalau tambah mayonisse perah sedikit lemon as a sauce untuk ayam.Selamat mencuba.
1 comment:
hehehehe..
cayalah..menu cepat dan sodap dilihat..
shopping baju raya Damia ke?hehehe..
Post a Comment