Keprihatinan kita dlm menangani isu sosial

Wah!Tajuk sudah ala-ala seperti dalam majalah-majalah ilmiah gitu.Dulu la kan,kalau time-time sekolah dulu (bukan sekarang pun macam tu jugak ke?),biasanya baik dalam suratkhabar atau magazines,nampak je tajuk iras-iras gini,laju je tangan skip ke page lain.Tapi kalau nampak tajuk utama " Rumahtangga artis 'A' retak gara-gara orang ketiga", cepat2 belek kat page mana berita tu terpampang,confirm senget-senget kepala baca.Khusyuk dia sampai habis satu muka surat wajib khatam.Biasa la.Sbb tu mmg aku pun.Hahaha!Tapi tu dulu ok sbb skang aku mmg prihatin.Itu yang asyik Go Green!Go Green! tapi kalau tidur nak beraircond bagai,hari Sabtu malas nak shopping sbb beg plastik kena bayar,pergi kedai tapau nasik pakai polisterine dan macam2 la yg pada hakikatnya prihatin pada mulut sahaja namun tidak pada tindakan.Tapi aku rujuk aku la,aku.Bukan kau,bukan dia.

Jadi bercakap pasal prihatin,inilah yang aku nak cerita tentang betapa prihatinnya satu blog hiburan ni yang gigih mengupas isu permasalah sosial pada harini dgn menunjukkan betapa tidak setujunya mereka dgn satu drama dari Korea yang dikatakan membawa unsur-unsur yang tidak baik kepada masyarakat terutamanya remaja.Tak silap aku kononnya drama tersebut mempunyai unsur-unsur negatif seperti LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender) yang tidak sesuai untuk tontonan umum.

"Perhatian kepada ibu-bapa yang mempunyai anak-anak yang sangat meminati drama-drama cinta Korea. Tak kurang juga kepada yang anak mereka suka menonton K-Drama secara online.  Kerana kini sudah ada K-Drama yang mengandungi unsur-unsur negatif yang boleh mempengaruhi minda anak-anak di rumah".Dipetik dari Oh!Bulan dan kalau nak Exercise mata sikit,sila baca disini.

Drama yang bertajuk “Daughters of Club Bilitis” ini menggambarkan kehidupan tiga pasangan lesbian. Drama ini bertujuan untuk menggambarkan hubungan lesbian di dalam semua generasi, bermula dengan pasangan lesbian berumur lingkungan 50 tahun, Choi-ran dan Choi Hyang-ja, 30 tahun iaitu wanita bekerjaya Han Go-Eun dan Oh Se-jung, dan pelajar sekolah tinggi Se-yeon Jin dan Ahn Ji-hyun.

Dan apa yang membuatkan aku nak gelak sambil geletek ketiak Damia adalah........................



Habis yang kat atas ni tak ada unsur2 macam tu?Elok je tayang.Ni kena rujuk Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga ni.Kena tanya pendapat dia ni.Kalau ikutkan Glee ni kat Malaysia ni dah jadi macam satu fenomena pulak.Kalau tengok kat KL,siap ada Glee Flash MOB lagi dan byk lagi la.Tu belum campur publisiti secara besar-besaran yg dah dibuat tak kira la apa jenis media pun dan lagi haru siap menjadi tontonan seisi keluarga lagi.Sila nangis sekarang kalau kau mmg seorang yang prihatin.Aku tahu sbb aku pun tonton.Jelas tiada keprihatinan disitu.Heks!Skang tak tengok dah sbb bukan best pun.Denial.

Tapi kalau ikutkan banyak lagi sebenarnya filem2,drama2 macam tu aku malas nak list nnt dah jadi macam satu kerja pulak aku nak buat list bagai.Aku banyak kerja lain lagi la.So pandai-pandai la cari sendiri.

Dan point aku kat sini,aku bukan nak perlekehkan apa yang diorang buat tu.Niat menyedarkan masyarakat tu bagus cuma apa yang aku lihat kat Malaysia ni,setiap satu isu yang dikupas biasanya penyelesaiannya hanya sekerat jalan.Nak bunyi lagi dramatik,just warm-warm chicken shit sahaja.Tak pun relieve cough at the ladder in your Tok's house.Hehehe!Biasanya kalau yg nampak jelas,berlumba-lumba nak tunjuk kononnya aku la prihatin,tapi yg hidden biasanya orang lebih suka diam tanpa bersuara.Dan begitulah seadanya.

Aku bagi contoh sikit la.Dalam 2,3 bulan lepas ada keluar psl isu seorang remaja yg mengaku dah tak dara.Heboh dalam blog dan akhirnya sampai ke pengetahuan Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat,Dato' Seri Shahrizat.Siap masuk dalam WHI lagi.Bincang punya bincang namun penyelesaian?Takat tu je la.Takat tayang muka 15 minit kononya aku la prihatin tapi lepas tu isu tu mula dilupakan masyarakat.Hasilnya,benda yang sama berulang semula over and over again,dah macam lirik lagu pulak rasanya.Over and over again.Lagi sekali,over and over again...

Mode: Apa la yg aku merepek ni.

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You