Susah sebenarnya hidup dalam penafian~

Harini kat FB status macam ni dipost oleh dua tiga orang dalam friend list aku.
“Aku terima nikahnya dgn si dia binti si ayah dia dengan mas kahwinnya RM..”

Itu yang tersurat. tersirat? ini dia,

“Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bkn lg ibu bapanya tanggung, & aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Kalau gagal, maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniyah melibas aku hingga pecah badan aku”

Dan aku seperti biasa suka amat baca tang comment orang2.Hehehe!Makanya seperti biasa ada yang setuju dan ada juga yang tidak bersetuju.Bukan tidak bersetuju sebenarnya.Pada aku ia lebih kepada satu hakikat yang mana kita cuba menafikannya termasuk aku juga.

Tapi sekurangnya aku hargai apa yg kawan2 aku maksudkan ini dan aku tidak mengatakannya salah malah berterima kasih kerana ia sedikit sebanyak menyedarkan diri sendiri juga dan tanpa sedar terbit rasa simpati pada suami sendiri.Kerdilnya aku rasa diri aku disisi Allah swt.Sungguh.Naifnya aku.

Cuma satu je yang aku takleh terima bila ada juga yang komen menegur si tukang post itu agar tidak menge'post' lagi status sebegini.Hehehe!Ada juga yang macam tu.Tapi sebenarnya memang susah kalau kita cuba menunjukkan sesuatu yg pada dasarnya cuba mendidik.Biasanya orang akan lebih gemar mencari kelemahan daripada cuba mengambilnya dari sudut yang positif.

Masyarakat kita dia lebih gemar judge orang dari berfikiran positif.Contohnya,seorang penagih tidak layak menasihati orang lain kerana dia juga adalah seorang penagih.Maksud aku kat sini,kau kena pakai pakaian yg menunjukkan kau warak dgn mengekalkan perlakuan kau dari dulu smpi sekarang adalah seorang yg amat baik ataupun kau ada status ustaz/ustazah barulah kau layak nasihat orang.Kalau kau dressing macam Bob Marley pastu kau nak ajak orang solat confirm kau kena boooo punya.Hehehe!Tapi aku lak rasa macam tak kena pulak contoh Bob Marley.Contoh ini ibaratnya seorang wanita Islam yg memakai skirt pendek lagi 3 inci nak nampak spender pastu duk pung pang pung cerita pasal azab bagi wanita yg tak tutup aurat.Aih!Tak seswaiii...tak seswaiiii!Kat sini aku cuma nak cakap walau teruk macam mana seseorang itu,kalau dia cuba nasihat kita,soal suka atau tidak,dengar je la.Takyah la kritik lebih2.Atas muka bumi ni tak ada satu pun manusia yang sesempurna kejadian.Semuanya pasti ada kelebihan dan kelemahannya.

Point aku kat sini sebenarnya,apa yang cuba diutarakan oleh kawan aku tu adalah benda yang betul cuma dari sudut penerimaan orang lain itu yang seolah-olah sedaya-upaya cuba menyangkalnya.Ibaratnya hakikat sebenar namun cuba dinafikan.Itu aje pun yg aku nak kata.Sekian.


Image Yahoo!

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You