Tragedi pagi Selasa

Ini yang baru dikatakan tragedi.Tapi bukan tragedi Oktober atau tragedi kuda belang jenguk pintu kereta tiba2 lagu ni.Cuma similirity aku dengan kuda belang ni adalah lobang idung kembang kempis dan senyum nampak semua gigi macam cik de sebelah sbb tahan malu.Haih!

Ceritanya bermula dipagi hari yang tak berapa nak hening bila abah tiba2 call dari Pulau Pangkor mintak aku call ayah Rifhan suruh beritahu ayah saudara dia kemalangan kereta dekat Kelulut.Ya,dgn mamai itu gigih aku cuba call sana call sini dan ternyata usaha aku berjaya.Dan untuk abah aku,please save nombor Rifhan's daddy.Selalu lupa.

Selepas itu dengan sepantas yg mungkin terus bersiap sbb kelas pagi tu start pukul 9 pagi.Nak drive ke UMT kalau bawak maintain 20 km/jam mungkin petang Rabu baru sampai.Serious tipu!Hahaha!Tapi aku seperti biasa pemandu berhemah harus bawak kereta pun berhemah walau kejap2 nak jwb telefon.Cik polis trafik sila jangan marah sekarang.Sesungguhnya saya dalam keadaan yg tidak rasional pada ketika itu.Tiba-tiba.Tak ada kena mengena langsung.

Jadi time sampai kat fakulti tu jam dah hampir pukul 9 pagi.This time harus salahkan guard sbb suka sangat tahan kereta aku mentang2 la aku bawak kereta comel (padahal kereta takde sticker UMT).Sehingga Isnin depan (kalau permohonan sticker tu lulus la) aku akan menjalani rutin normal setiap pagi ditahan guard tanya soalan sama nak confirm samada aku ni staff ke student.Skali aku jawab aku dekan baru tahu.Senang cerita kan?dan lepas ni mesti takut nak tahan aku lagi.Itupun kalau penipuan aku tu berjaya la.Dekan fakulti mana?Erkkk....

Maka lepas park secara comel kereta aku tu,kalau orang yg kenal aku la,aku ni jenis alah sikit kalau kedudukan kereta senget tak ikut garisan parking.Mesti usaha juga sampai nampak elok je duk tengah2.Baru puas hati.Itu yang selalu lambat masuk kelas tu.Alasan lagi.Kalau tak salah kereta,mesti salah guard,dan kalau tak salah guard mesti nak salah ayam yg tetibe melintas tengah jalan maka kena slow bg laluan kat ayam tu dulu dan sbb tu la selalu lambat masuk kelas.Diri sendiri tak pernah salah.Hahaha!

Dan kat sini la tragedi bermula.Mula-mula aku nampak classmate aku Shimah.Bila nampak je dia aku terus aim dia.Itu yg dia masuk kelas aku pun pakai masuk jer then duk sblh dia.Tapi syukur la aku tak laju kedepan sbb spot fav aku dalam kelas mesti kat depan since mata rabun ayam macam org tua.Sbb peluh2 berkejar,aku park je punggung kat seat belakang.Mula2 aku macam pelik asal lecturer lain.Tapi berat mulut nak tanya.Maklum la kelas baru masuk minggu kedua.Tak semua lecturer aku dah jumpa.Lecturer tu pun open slide dia kat screen.Aku dah macam pelik bila nampak yg tertulis kat depan adalah Purchasing.Aik?Bila masa pulak aku amik subjek ni.Aku check kat buku pulak International Marketing.Ah!Sudah.Still bengong lagi.Aku pun tanya Shimah bukan ke lecturer yg ajar subjek ni Puan Marhana ke?Bila Shimah jwb bukan la lecturer lain la yg ajar.Still blur lagi.Apa yg bangang time tu,laju pulak aku potong nama Puan Marhana.Pastu aku terasa nak check kelas.Rupanya aku silap masuk kelas.Boleh?Sepatutnya kelas aku kat sebelah.Alah bala betul!Tak tunggu lama,aku aim agak2 lecturer tu tunduk muka or pandang lain,aku mesti cabut sblm kawan2 lain perasan aku silap masuk kelas.Mana boleh diorang tahu.Nnti jadi hot topic pulak.Kurang2 3 minggu tak habis wey.Adoi!

Hasilnya kononnya nak masuk on time tapi aku dah terlambat 15 minit untuk kelas International Marketing.Nasib Puan Marhana tu ok.Tak marah2 sbb lambat.Moral of the story,please la lebih alert dengan keadaan sekeliling.Owh man!!!

Dan tentang kemalangan pagi tu,alhamdulillah tok sedara aku selamat cuma kawan dia disebelah penumpang dan juga seorang mangsa yg menaiki kereta Alza putih telah meninggal dunia ditempat kejadian.Kemalangan tu membabitkan kereta Mercedes dan Alza yg bertembung secara berdepan.Ikut cerita kereta Alza tu potong tak lepas.Al-Fatihah untuk mereka yg telah pergi.

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You