1st week untuk semester 4 yg sungguh la penat!

Wey...asal bila aku hembus nafas je rasa macam keluar wap panas.Takkan aku ada keturunan dragon lak.Tak pun anak Donkey yg dlm Shrek ada mixed donkey + dragon.Ala!Apa yg kau merepek nih.Tak kot sbb dragon keluar api kut hidung.Ni nafas je panas.Cis!.Ni tandanya simpton otw nak demam la ni.Mohon jauh la sbb this weekend teramat banyak la benda yg perlu settle.

Sebelum tu,alhamdulillah akhirnya this semester proses pendaftaran aku amik masa 3 hari je.Kalau sebelum ni kalau tak 2 minggu mmg tak sah.Sakit hati betul.Penat betul mak kehulu-kehilir macam orang hilang anak.Dan dgn semangat berkobar-kobarnya nak settle semua a.s.a.p makanya jalan dimudahkan olehNya.Alhamdulillah.Cuma sepanjang minggu ni macam-macam benda pulak berlaku.Ada yg dah diduga dan ada jugak yang tak terduga.Yang tak terduga tu yg buat aku sempat buat tarian gelek depan Huda sbb lecturer yg ramai orang seriau nak jumpa dia,sekali dia bagi note kat aku.Note yg diprintnya depan mata aku ok.Dan yg buat aku lagi luruh bulu roma bila dia tanya nama aku,dan sah dia akan aim aku pasnih.Tapi bagus jugak sbb buat pertama kali sejak bergelar pelajar,baru hari ketiga bukak semester aku dah pulun study sampai kelas lagi 1 jam sempat lagi study kat cafe.Oh!Aku pun tak percaya dengan diri sendiri yg berubah sebegitu punya drastik gara-gara takut kena soal dalam kelas.Tapi bagusnya ada jugak.Ia menaikkan semangat aku tau.Huh!Lecturer ni sbnrnya sangat ok cuma dia strict sikit dan biasa la asal lecturer strict je budak2 mula la nak aim mcm2.Suka buat spekulasi.Takde keje.Tapi aku suka dia mmg dari dulu lagi dan bukan sbb dia bagi note kat aku ke apa.Tapi mcm kembang hidung jugak la sbb aku yg 1st ada.Rebut2 nak photo copy note aku tuh.Kalau charge ikut kepala ni kaya aku leh cover yuran.Huk!

Dan dalam kelam-kabut aku untuk minggu ni juga ada la aku teringat satu lagi conversation aku dgn sorang lagi lecturer nih.Aku letak je la Dr. X.

Aku: Dr,saya nak tukar group.
Dr. X:Kenapa kamu nak tukar group?
Aku:Saya clash kelas sbb saya student yg pernah extend.
Dr. X:Boleh tukar kalau ada yg setuju nak tukar suka sama suka dgn awak.
Aku:Ada!Ada!Ada! (Confident level mmg tak leh blah!)
Dr. X:Macam mana awak tahu dia nak?
Aku:Sebab dia beritahu saya dia nak.
Dr. X:Habis apa nama dia?
Aku:Errrrr..... (Serious aku lupa nama classmate aku tu.Tapi sbb lecturer dah renung mata aku so aku bantai jawab je la). Nama dia Jet.
Dr. X:Jet??
Aku:Mana saya tahu nama dia apa sbb orang panggil dia Jet (Ini adalah jawapan mintak penampar ok?)

Tapi apa yg pasti lecturer tu tak sempat nak balas balik sbb dan-dan je aku mintak permission nak call kawan aku tu.Wooo...lecturer tu nampak garang woooo.Tapi moral of the story sila be more alert dgn sekeliling sampai member yg selalu duk sekali dalam kelas dgn aku boleh aku tak tahu nama dia.To Jet,nama betul kau akak akan pahat betul2 kat dalam otak akak ni.Jangan mare!Hehehehe!Tapi awalnya aku ingat lecturer tu garang ke apa,tapi sbnrnya tak.Bila dia tanya sbb apa aku extend,dan aku beritahu aku cuti bersalin terus nada dia low balik dan terus ok.Lega mak!Mak tak boleh la orang tinggi2 suara.Mak ada genetik gigil taktau warisi dari siapa.

Walau apa pun,this week berlalu dgn flying color.Cis!Flying color la sangat ingat dapat result Dean List la kononnya.Takpe......apa yg penting?Bukan kerjasama tapi semangat untuk belajar.Gila susah.Mana aku nak study kat rumah asal baru je parking bontot kat kerusi nak study,budak kecik tu sibuk sekali nak duduk atas riba.Nak lukis la,ajak tengok Elmo la.Macam2.Nak tunggu dia tido baru study,lagi tak pukul 11 malam mmg tak tidonya dia.Budak kecik ni jarang tido awal kecuali penat sangat main waktu petang tu.Arghh!Stress betul aku.Kalau lewat sangat alamatnya studo la aku bukan study.Siang hari dah penat kejar sana kejar sini kat fakulti.Bila balik mmg totally exhausted la.Hmmm....skang masih fikir macam mana la aku nak manage study aku for this sem.

Dan begitulah seadanya.......................

Dan kalau tak mengusik orang bukan Damia namanya.Ini lagi aku stress.Dah ramai mana ibu bapa (Ewah!) cuba menyelamatkan anak mereka dari anak aku ni.Kalau tak cakar,mesti kena gigit.Ini lagi satu genetik mana tak tahu la.Oh!Mungkin ada bau-bau bacang dgn Edward Cullen dlm Twilight tu kot.

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You