What goes around,comes around

Aku tak tahu sama ada sekarang ni aku nak senyum macam Boo kat sebelah,lompat bintang atau buat muka selenge je ibarat tak ada apa yang berlaku walau hakikat memang ada sesuatu yang berlaku pada hari ini.Nak kata tragedi tu tak ada la cuma aku teringat dengan satu lagu si Justin Timberlake (pejadah la nama kayu campur tasik nih!),"What goes around,comes around".

Aku recall balik apa yang berlaku 7 tahun lepas.Lama jugak tu namun tak pernah lupus dari kotak fikiran aku.Dulu aku ada seorang kenalan rapat.Ceritanya bermula bila tiada angin tiada ribut,tiba2 aku didatangi sms yang aku boleh cakap telah membuatkan hati aku panaszzz takleh nak cerita.Sbb panaszzz tu adalah dengan suka hati mak bapak dia je kutuk aku mentang2 la dia time tu boleh masuk IPTA pastu aku lak terkontang-kanting nak masuk kolej sbb x layak apply IPTA sbb result tak best.Bayangkan aku punya la stress kawan2 kebanyakan semua dapat IPTA tp aku nehi,yilek,habuk pun tarak.Dah la sedih,tetiba ada mangkuk datang nak sakit2kan hati aku.Dan sepanjang malam la aku duk berbalas msg dgn mangkuk tu.Bila ingat balik apa bodoh la aku duk layan dia.Macam abah aku cakap,tak usah dilayan orang bodoh kalau taknak masuk kategori bodoh jugak tapi malam tu aku pulak serah diri masuk kategori bodoh.2,3 hari jugak aku takleh tidur mengenangkan asal la sahabat aku tu tergamak buat aku macam tu.Kalau fikir andainya niat dia nak bergurau kot,tp pada aku tu bukan gurau.Tu jenis mintak penyepak free namanya.

Tapi dalam sakit hati aku dengan dia,rupanya ada hikmah disebaliknya.Walau jalan aku untuk mengejar ke menara gading,ewah!penuh dengan jalan yang berliku-liku (assume kau lalu jalan kampung bukan highway),penuh onak dan duri (sedapkan ayat),ala,senang cerita walau lambat dari kwn2 lain siapa sangka jejak jugak kaki aku ke IPTA walau sblm tu kena homeschool la,masuk kolej,kerja dulu namun pada aku,akhirnya!Alhamdulillah.Walau susah dengan pregnant time sem 1 plus aku student tua kena compete dgn belia muda remaja tapi aku puas hati.Serious aku rasa satu level dalam hidup aku dah complete.Tapi level lain tak complete lagi la.Dan sbb hinaan kawan aku tu la aku jd makin bersemangat dan telah menjadikan aku bersungguh dlm membuat sesuatu.

Dan kat sini aku bukan nak bangga diri cuma apa yg aku nampak walau jalan aku tak smooth macam org lain sekurangnya duduk aku adalah lebih baik kalau nak compared dgn kawan2 yang lain.Termasuk la yg kutuk aku tu,kerja pun biasa2 aje.Aku bukan nak menghina atau memperlekehkan rezeki Allah swt yg diberikan pada dia cuma pd aku kalau nak ingat balik hinaan dia pada aku dulu,dia sepatutnya sekarang ni busuk2 pun dah ada bisnes sendiri dan drive Jaguar pastu ada rumah harga juta2.Tu kalau nak dipadankan dgn apa yg dia hina aku dulu la tapi hakikat sekarang,macam tu la,biasa2 aje dan sembang je yg lebih.

Jujur aku pernah berada dlm situasi dimana aku tidak mahu berjumpa atau bersemuka dengan kawan2 sekelas aku kerana malu.Aku rasa terkebelakang.Aku rasa useless.Aku seronok dgr butir percakapan mereka.Iya,mereka waktu itu gembira.Aku rasa macam kecik sangat.Kalau muat masuk dalam celah batu macam ketam aku rela waktu itu.Namun harini,segalanya berubah sewaktu aku berjumpa semula kebayakan mereka.Tapi skang kalo jumpa aku dgn confident la.Tak ada malu macam dulu sbb dulu diorang bangga sbb layak masuk IPTA namun harini yg aku tgk masih kebanyakan mereka tergagau cari kerja yg sesuai.Ada juga yg tak ada pilihan walau kat U kursus lain,tapi sbb susah nak dapat kerja,kerja tanpa guna kelulusan yg ada.Lagi sadis bila yg jenis pung pang pung pang kalo bercakap siap ada master lagi namun dapat kerja yg tak seiring pun dgn kelulusan yg ada.Makin kebelakang ada.Sbb itu la mulut harus jaga.Jangan suka perlekeh orang sbb esok lusa kita tak tahu apa yg berlaku.

Ya,ini aku budak yg pernah homeschool sbb tebal muka nak pergi sekolah sbb result tak bagus dan abah terpaksa bayar guru yg datang mengajar kat rumah,ini dia budak yg apply masuk kolej sbb tu je yg layak buat dia tapi sekurangnya hari ni budak tonggong pada mata kau itu,sudah selesa dikerusinya sendiri.Dan aku tidak perlu hina orang sbb aku tahu "What goes around,comes around".Walau kita sudah lama saling bermaafan,tapi luka itu walau tak besar tapi masih terasa gurisnya.

Dan yg buat aku senyum rupanya ada betul cakap abah aku.Abah aku pernah cakap,kadang2 dalam hidup ni kita tak perlu susah payah pun nak balas balik atas setiap perbuatan tak baik yg orang buat pada kita kerana sooner or later orang tersebut akan terima balasannya juga tak kira la on the spot kena balas atau makan tahun baru berbalas.Segalanya kita berserah pada Allah swt.Sbb tu dalam Islam kita diajar supaya sentiasa bersabar.SABAR.Dan harini tanpa niat pun ,tu pun lama baru aku perasan,YA,orang itu turut rasa apa yg pernah aku rasa dulu.Walau ia tidak disengajakan namun aku rasa sedikit lega.Aku rasa terbela.Yawn!

2 comments:

Ahmad Nizamuddin Abdullah said...

tahniah. dulu aku pung malu ngn kawan-kawan. tapi silap sendiri. pilih aliran yang tak mampu. kalau tahu, dari sekoloh amik seni. tp ikut cadangan mok suh amik science stream. then mmg payoh ponteng sokmo.

tapi alhamdulillah. Allah maha pemurah walaupun dok la kaya skrg. tp alhamdulillah Allah bnyk permudahkan. Selesa lah jugok berbanding sesetengah orang lain. hebat dlm spm dan di university dok bermakna hebat jugok di alam lepas tu dan lepas lepas lepas tu.alam dalam kubur...

:)

Syafinaz said...

Ya Allah,nizam.Rupanya kita sama.Umi minat seni sbb cita2 nk jd interior designer.Amik science sbb kwn2 kebanyakan science stream.Malu ah kalo amik art.Dulu malu dgn diri sendiri padahal org x kate apa pun,last2 lening pun malu dgn diri sendiri jugok.Hehehe!

Tapi xpe la.Past is past.Kalo ikut skang pun,course hok amik lasung xdok kena mengena dgn science.

Itulah dia.Allah swt itu maha adil.Sama la aku pun skang.Bukan la kaya cuma selesa kalau nak dibandingkan dgn kawan lain yg dok kutuk tu la.Alhamdulillah walau jalan tuhan bg tak semudah mereka sblmnya.

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me