Sempena Hari Raya 2011 ni cerita rasanya masih sama seperti tahun-tahun sebelumnya.Kalau nak cerita balik tahun ni turn kampung mana nak kena raya dulu,tak ada maknanya sbb jarak antara rumah aku dgn ibu mertuaku tak sampai 15 minit pun.Pagi raya tu kalau takat nak ulang-alik 15 kali pergi balik pun tarak halllaah!
Cuma setakat ni pagi raya biasanya mmg kat rumah aku dulu la memandangkan rumah mertua dah sah mmg penuh.Maklum la 13 orang adik-beradik dan tahun ni 1st day raya,semua ada.Caya la.Last year ada juga yang tak ada.Biasanya 3rd raya ada tapi jarang la cukup semua 13 orang.Macam satu kakak ipar aku tu,last year raya ketiga baru ada kat Malaysia sbb 1st raya beraya kat rumah mertua dia di Brunei.Tahun ni cukup semua.Senyum mummy.
Ini pic kami dipagi raya haritu.Tahun ni seperti biasa harus sedondon.This year 1st time la Damia berbaju kurung.Last year tak sbb aku tak tempah pun memandangkan dia time raya tahun lepas baru pandai merangkak.Tak ada maknanya pun anak aku tu jadi tukang lap lantai bergerak.Bila dah boleh berjalan ni,baru comel berbaju kurung bagai.Tapi bila tengok balik pic ni,baru aku perasan baju kitorang sedondon jugak dgn langsir mak aku yg kat bahagian atas tu.Haish!
Ini adalah sesi biasa dipagi raya iaitu saling bermaaf-maafan sebelum sesi melantak tak ingat pastu lepas raya ketiga baru nak menyesal bagai berat naik mencanak-canak,perut buncit bonjol pastu dan-dan nak buat liposuction la,bla bla bla!
Sesi ni patut sedih tau tapi aku pun tak tau asal semua orang macam duk gelak-gelak je.Apa dosa korang sikit sangat ke kat mak ayah kita ni?? *Muka serious.Aku tuju kat lagi 3 ketul adik-beradik aku tu.Heh!
Ini part suami aku pulak salam.Damia seperti biasa kalau dia dah start "Yayah,yayah!".Buat la macam mana sekalipun even kau umpan note sekeping 50,mmg tak jalan.Berkepit je la jwbnya.
Maka selesai la sesi salam minta ampun bagai dan lepas aku tengok pic ni,tu pun kalau tak silap aku pic ni dicopy masuk laptop aku raya ke 4 rasanya,dan baru aku perasan aku lupa nak mintak ampun dgn suami aku time raya pertama tu.Aish!Macam mana boleh lupa ntah.*Muka serious lagi sekali.Kakak aku kalau kau tengah baca sekarang,jangan nak gelakkan aku sbb kau pun sama tak mintak ampun kat laki kau jugak.Wahahahahaha!
Takpe la.Jap lagi aku minta maaf.Ala,bukan sekali setahun pun nak minta maaf dgn suami.Sblm tidur pun aku minta maaf jugak kat dia kecuali dia membuta dulu.Kalau dia dah tidur aku tak kejutkan dia la.Takut jugak aku karang ngah mamai-mamai tetiba ada orang buat pengakuan karang,lain lak jadinya.Hahahaha!
Ini pic anak dara aku yang sungguh poyo dipagi raya takmau pakai baju raya.
Seperti biasa separuh raya dia mesti dah masuk baju raya yang kedua.Dan sejarah tahun ni,Damia beraya pakai baju je,kain dia suh tanggal.Mungkin sbb pinggang kain baju kurung dia tu ketat sangat.Aku dah gtau kat tailor tu tapi mungkin dia lupa kot maklum la baju anak aku sorang je punnnnn dia jahit.See?Sabor je la.Kalau banyak boleh la aku consider sikit.Isk!Tak baik la marah-marah.Dah la akak tu setuju amik lagi seminggu nak raya pastu charge RM10 je pun itu pun aku nak bising complain macam-macam.Dasar.Hahahah!
Maka itu sahajalah cerita raya aku.Yang lain aku malas nak story sbb aku ni busy orangnya.Wahahahaha!Jadi aku akhiri dgn pic raya family sebelah suami aku.Tahun ni 2 orang tak ada dalam gambar sbb dua-dua balik rumah mertua masing-masing.
Dan inilah keluarga besar suami : )
Location:Rumah Tengku Suhaimi - Batu Burok,Kuala Terengganu.
1 comment:
yerlah fiey,dok ingat mtk ampun nge bobeb.doh br nok mtk ampun org mari doh beraya.dakper ah,aku mitok duit jerlahhh- kakak
Post a Comment