Wooo!Sedapnya kutuk aku.

Amboi!Amboi!Amboi!Inilah yang dikatakan mulut tak ada insuran.Sesedap hati je boom aku.Mmg nak kena karate macam si Jah sebelah tunjuk ni.

Tapi begitulah lumrah alam.Kadang2 kita je sibuk nak fikir2 sblm nak bercakap tapi orang lain sesedap rasa pakai main cakap lepas macam tu je macam aku ni tak ada hati limpa perasaan bagai yg hendak dijaga.Tapi tak apalah.Aku assume je la dia tu belum akil baligh lg.Sbb biasanya kalau tak akil baligh ni orang tua2 cakap otak tak fully loading.

Alkisahnya,ada la satu subjek sem lepas aku kira agak susah la pada aku plus condition aku yg tak berapa nak study hard.Jadi kalau dah study so-so expectation pada result yg akan dapat tu mmg very down to earth la.Senang cakap,aku mmg sedor diri Jah.Aku sedor tahap aku kat mane.Tapi kurang2 aku tak busuk hati takut sangat org lg tinggi result sampai beria-ia nak nafi yg lecturer tu buat test tak guna soalan sama.Aku cuma tanya soalan apa je keluar.Aku tak tanya pun rangka jawapan yg kau dh jawab.Tapi bagi memuaskan hati kau,untuk pengetahuan kau,lecturer tu bagi soalan sejibik dengan soalan yg kau dapat.Harap maklum!

Makanya sblm dapat result lagi aku dah gtau suami confirm failed.Repeat punya paper tu so pandai2 la pulak menyedapkan diri sendiri takpe la failed.Nanti ulang balik mesti result lagi boom.Jadi time aku bukak result aku macam terkejut jugak tengok dapat C.Tapi diam2 aku bersyukur jugak sbb time final mmg aku struggle betul2 paper tu sampai suami sendiri terpaksa stay up semata-mata mengajar aku buat calculation.At least aku tak failed dan pastinya tak akan repeat la.

Pastu nak dijadikan cerita ntah macam mana aku tengok balik dalam portal student,eh,aku bukan dapat C tapi sebenarnya B.Rupanya aku tersilap tengok.Alhamdulillah.Macam mana boleh salah tengok tak tahu la.Mungkin sbb moral dah down sgt2 so aku just acuh tak acuh je tengok.Maka si X tu pun tanya la aku aku dapat berapa.Bila aku beritahu aku dapat B,terus muka dia berubah.Dan paling takleh blah bila dia selamba je kuar statement,"Bukan carry mark akak rendah ke?".Kau bayangkan Jah.Mana aku tak hangin.Punya la dia underestimate aku smpi tahap tu sekali.Dan aku rasa mmg dia bengang sbb result dia sama dgn aku walau dia pung pang pung pang beritahu study giler.Kuakuakua!

Hah!Sebab tu la aku cakap kalau boleh karate aku karate je dia kat situ jugak!Wossshhhh!!!!

No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me