Jam 2 pagi...Ding!Dong!

Jarum jam menunjukkan ke angka 2 pagi.Jeng!Jeng!Jeng!Aku masih lagi terbuntang bijik mata dok tunggu ngantuk tapi tak ngantuk2 jugak.Stress betul aku kalau asyik lagu ni.Mana tak stress kalau depan mata kita sorang terlentang,sorang meniarap dgn bahagianya tapi aku dari tadi duk keras lagi bijik mata.Maka bila mengalami kesukaran untuk tidur ni,mula la akal panjang fikir macam2.Bukan fikir pasal hantu bonceng dan seangkatan dgnnya ok.Tak kuasa aku.Tapi duk fikir kalau aku berkira2 nak puasa esok,maka adalah baiknya kalau aku bersahur sekarang.Janji esok takde la aku duk update 10 minit sekali kat laki aku duk tanya jam dah pukul berapa dan berapa lama lagi nak maghrib.Adoi!

Maka aku pun terus la godek2 apa yg patut kat dapur tu.Namun hampa kerana apa yg tinggal hanyalah nasik semata-mata.Lauk semua nehi!Dukacita betul.Baru terbayang2 diruang mata sambal udang.Jadinya option yang ada hanyalah roti yg bakal expired besok.Makan je la selagi kulat tu tak ada.Kalau ada pun buat2 la tak nampak sbb tu je pun roti yang ada.Sob!Sob!Sob!Dan tengah duk asyik mengunyah sambil layan blues tu,tetiba aku ternampak ini..........................

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tapai

Image haruslah dari Goggle sbb aku tak sempat nak snap maklum la nafsu gajah mana buleh tahan2.Terus ngap on the spot.

Sebenarnya tapai ni mak aku bawak balik ntah dia rembat dari mana ntah.Tapi dia cakap ada orang kasi.Maka ceritanya,selepas Aidilfitri haritu aku mmg kemaruk sgt dengan tapai ni.Kalau ikutkan bukan tahun ni je aku kemaruk.Tiap tahun pun confirm aku cari punya.Dan dalam seminggu ni aku macam duk terbayang2 benda alah ni.Kiranya siap berkira-kira nak ajak suami ke pasar Kedai Buluh,Bukit Payung.Kenapa harus pasar itu?Ini kerana biasanya kat situ mmg banyak kuih2 tradisional yg dijual.Sedap dan murah lak tu.Kalau tak ada aku rasa pasar Chabang Tiga adalah destinasi seterusnya.Kiranya niat weekend ni mmg nak heret la dia p carik tapai ni.Itu baru niat tup tup mak aku bawak balik.Alhamdulillah.Memandangkan aku gatal tekak sangat nak minum slurpy kat 7 Eleven ptg td,makanya niat nak ngap petang tadi ditunda ke malam last2 lupa sehinggalah aku baru terperasan mak aku tinggal tapai tu kat atas meja.Jadi apa lagi.Makan tak ingat macam makan time hari raya.Makan tengah malam pulak tu mintak2 jauhlah tetiba sakit perut ke apa.Hazab wei kalau cirit-birit esok dah la lusa aku ada program dgn club kat UMT.Mohon jauh!Dan kalau ikut rasionalnya,apa kejadahnya aku perlu mkn tapai tengah2 malam macam takleh nak tunggu esok.Hehehe!

Bila duk makan tu la aku teringat la zaman arwah tok aku masih ada.Dulu setiap kali raya atau ada majlis tertentu,gigih dia buat tapai ni.Tapai dalam daun getah ok.Pastu sibuk la anak2 cucu nak bungkus sama.Dan aku teringat lagi satu pantang kalau nak bungkus tapai,orang period takleh bungkus kalau tak tapai merah.Sampai sekarang aku tak tahu apa kena mengenanya tapai dengan period cuma aku buat hipotesis sendiri la mungkin diorg risau pasal hygiene kot maklumla org period mean datang kotor so byk kali kena masuk toilet kena cuci.Ini andaian aku la sbb rasanya aku pernah je bungkus time aku period tapi elok je tapai tu.Putih seperti biasa.Tak ada pun merah ke apa.Hihihihi!

Jadinya tercapai juga keinginan aku nak makan tapai ni.Dan jangan buat spekulasi aku mengidam ke apa.Tak ada ok.Just gatal tekak je terasa nak makan dan itu yg makan terus tak ingat.Tengok jam kat dinding baru sedar pukul 2 pagi dan terus redha je la.Lepas makan terus kemas meja then p toilet.Dalam gelap duk mengagau suis lampu tup tup pap!!sesuatu jatuh atas aku.Terus joget wakka wakka eyy eyy!Gilos!Cicak der.Ingat apa tadi.Tanjat boboi!Geli aku.Nasib kau lari jauh.Kalau still duk dalam lingkaran satelit aku time tu,confirm kau arwah malam ni jugak.

Dan itu je la yang aku nak story pun....Terima kasih kerana membaca!Hahahaha!

2 comments:

Lady RaRa said...

sedap plak dah tapai..

awat aku pi baca entry ni pagi2 buta tatau..mana nak cari tapai pukoi 4 pagi ni?

cis

Syafinaz said...

Hah Mrs.Raina,

Untuk mencari tapai jam 4 pagi mmg mustahil.Hehehe!

Esok hang cari la kalau teringin yer.Karang dok menitik air liuq karang.Apapun tq sanggup singgah dipagi hari.

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me