On weekend ~ Oh apple!


Last Saturday berangkat la kami dengan misi menjejak kebun epal.Kikikiki!Ok kita pusing balik dan letak andai kalau mat salleh datang Malaysia,kita jejak buah pauh.Hihihi!Tahu buah pauh?Tak tau?Google please.

Biasa la benda takde kat tempat kita so ada sedikit teruja disitu.

Jadi dipagi Sabtu yang indah,cuaca yang indah,syukur tidak hujan sbb kat sini takleh nak ramal.Ahad mungkin hujan,pastu straight seminggu kepanasan,pastu tup tup macam harini,Isnin,hujan sepanjang hari.Terbantut misi nak menjemur segala kain baju.Maklum la baru balik bercuti,kain baju dua bakul oiii!Jadi nak tak nak terpaksa humban dlm dryer sbb space nak jemur kat belakang rumah ni terhad sgt.Kalau tak hujan boleh jemur kat luar.

Jadi harini takmau cerita pasal house chores or hujan tak hujan tu,tp nak cerita pasal berhujung minggu dengan melawat kebun epal.Ewah!

Haritu kita bgn awal semata nak prepared makanan.Bawak bekal siap2.Maklum la kat sini restaurant dia bukan boleh suka-suki jer walk in.Hehehe!

Jadi destinasi kita haritu adalah ke Sutton's Farm.Boleh google SINI.Perjalanan yang memakan masa selama 2 jam dan lebih kurang 198 km macam tu la rasanya.Tak la jauh sangat rasanya.

Tapi make sure sebelum pergi adalah baik kalau call or email dulu ladang ni.Sebab pernah terjadi pada satu family dari Malaysia jugak,datang jauh dari Brisbane ke sana semata-mata nak petik epal,sekali buah dia kecik2 jer lagi.Terus nangis.Kikiki!Maklum la jauh perjalanannya.Actually farm ni kalau tak silap private farm kot.Rasanya la.



Cuaca yang baik dan nyaman sekali pada haritu buat makin bersemangat kami nak ke sana.Nampak dashboard sbb I duk kat belakang.Huhuhuhu!


Menikmati pemandangan kiri kanan yang sangat indah.Tapi kalau ada camera canggih sket mungkin boleh shoot cecantik lagi view ni semua.Tapi sbb just bergantung ngan camera hp je pastu snap lebih kurang macam ni jer la hasilnya.Hihihihi!Tapi rasa nyesal gak sbb byk sebenarnya view yg cantik2 tp tak sempat nak snap.Maksudnya mmg snap,tp gambar yg jd tak masuk object yg di aim.Hahaha!Boleh lagu tu?

Seperti yang selalu I cerita,bumi Australia ni sangat la luas.So perjalanan dari satu tempat ke satu tempat mmg jauh.Sepanjang perjalanan haritu,selepas kami dah melepasi bandar Brisbane,makin lama makin susah nak jumpa kawasan perumahan.Cuma ada sekali masuk satu bandar kecil then kat situ baru la nampak byk rumah.Kalau tak satu padang yang luas sayup mata memandang,baru nampak satu rumah.

So skang baru faham perasaan suami yg pernah kena drive selama dua hari sblm sampai ke tempat shutdown.Boleh time pergi dia drive dgn kawan dia,tp time balik dia cabut lari blk naik flight sbb tak sanggup nak tempuh lagi 2 hari perjalanan balik.Nasib la kawan dia tu org sini so dia macam tak kesah sangat drive sensorang atau ayat mudah kena tinggal.Kikiki.

Dan sepanjang perjalanan haritu,mmg banyak jumpa farm house or motel disekitar.Eyyyy,teringinnya nak pergi.Stay kat farm house dengan padang rumput yang menghijau pastu dikelilingi tanaman yang menghijau.Subhanallah.Indahnya bumi Allah swt.


So beautiful!Baru Australia.Takleh bayangkan lagi kalau New Zealand.Phew!


Kalau kat tempat kita ni ibarat melintasi lebuhraya Grik la.Pemandangan lebih kurang macam ni jugak.Kikiki!


1st check point.Ahaks!Ada orang nak terkuncil pulak so kena stop dulu la.


The girls yang well behaved sangat haritu.


Masih tak puas menikmati panorama sepanjang perjalanan dan lebih kurang jam 10.30 pagi rasanya,kami pun sampai ke destinasi yang dituju.

Over excited sampai lupa nak snap pic kat pintu masuk.So I cerita yang kat dalam terus la.Kikikiki!

So caj yang dikenakan untuk setiap seorang kalau nak masuk ladang epal tu adalah sebanyak $2/pax.Pastu diorang akan bagi satu beg setiap orang untuk memudahkan kerja nak mengutip buah2 tu nanti.Jadi takyah sumbat bebanyak dalam baju la,poket seluar la,dalam beg la haper.Kikikiki!

Jadi kekdahnya kutip la seberapa banyak yang kau nak kutip.Takde limit.Yang ada cuma caj yang akan dikenakan selepas kutip tu adalah $2.50/kg.Jadi haritu kitorang berjaya kutip lebih kurang 7 kg.Malas nak rakus sgt mengutip sbb siapa nak habiskan bila bawak balik rumah nanti.Skang ada satu besen lagi kat rumah ni walau my parents dah ambik sikit,dah bagi jiran sebelah rumah sikit dan bagi kat student kat sini sikit.Alahai.Tapi byk lagi berbaki.Hmmm.


Ini antara produk kat sini iaitu Apple Juice.Rasa pun yummeh!Tak beli pun tapi beria gi rasa.Hahaha!Takpe,Sarah dah borong berbotol-botol,


Board ni menceritakan segala-galanya.Kalau sampai sini,silalah menelaah semua info sini.Sbb mak tak kepoochi sgt,so mak tak baca.Just tgk sekilas pandang macam tu jer.Hahaha!


An apple.Kata Damia.


Tak petik guna tangan,tp guna mulut.


Ini baru sebaris.Apa yang ada kat sini adalah berbaris-baris.Tak larat oiii nak buat lawatan tapak untuk semua sekali.Pakai main terjah secara random jer.Kat sini ada banyak jenis epal.Nampak mcm tak merah tu jangan disangka tak masak.Mungkin sbb jenis macam tu kot.Tapi kalau rasa,mannnissss oiii.Tapi itu apa yang abah kita cakap la.Sbb I just rasa satu jer sbb paranoid sgt takut sakit perut.Mana la tau kat buah tu disembur racun serangga ke apa.Kita ambik ngap terus tak reti nak basuh dulu.Kikikiki!I petik satu,sampai berkilat kulit epal duk gesel kat seluar sebelum ngap.Hahaha!


Ini spesis color merah.Epal ni dia satu pokok kalau berbuah mmg banyak gila.Kat tempat kita kalau mempelam pun takde la satu tangkai nak tumbuh semeriah macam ni.Boleh pulak buat comparison mempelam dgn epal.Sigh!


Damia so happy that day.Pic first tak sure pokok apa tapi nampak mcm cherry.Dan yg second tu anggur.Dan third tu for sure la apple.


Pic wajib.Family picture!

Dian pun sporting habis.Diam jer dlm stroller.Teruja jugak agaknya.


Tgk pic hujung.Buah delima.Meriah yang amat.Kalau la ada pokok delima macam ni kat rumah mesti best.I like pomegranate.

Tak lama mana pun kami kat dalam ni sbb tetiba hujan renyai2 walau tak lama pun.Leh jer nak stay lama sikit cuma risau Damia & Dian la.Dan sbb terkena hujan tu kot,dua2 skang dah selsema.Jadi dah kutip epal semua,masuk kat dalam restaurant diorang untuk menerai beberapa dessert dari apple.Dah tgk ingredient dan ada a few yang kitorang confident boleh makan.


Pilih jangan tak pilih.


I order apple pie tapi lupa pulak harganya.Rasanya mmg sedap.Just perfect sbb normally pie ni,isi dalam semua orang boleh buat dan yg buat spoiled rasa kadang2 pastry dia.Tapi yg ni mmg sedap.Highly recommended.

Ok.I ada next stop lagi lepas dari Sutton's Farm ni tapi dalam next entry la citer.Skang ni berblogging pun ada limit masa tak mcm dulu dah.Taip pun takleh nak karang lelama sgt.Paham2 je la orang ada anak kecik dengan yang tak berapa nak kecik ni.Hihihi!

Ok.Bai.

2 comments:

rostina76 said...

Bestnyeeeee tempat ni. Nak g jugakkkkkk. Nanti bwk kami plak ye.ngeh3x

Unknown said...

Datanglah kak ros : )

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You