Hujan oh hujan


I rasa musim panas dah nak berlabuh tirainya.Harap macam tu la.Sebab dah drag almost two weeks kot.Tak tau la.I'm not expert bab kaji cuaca ni.Kalau bab kaji catalog,expert.

Skang dah 2,3 hari asyik hujan jer.Jadi sejuk la jugak memalam tu tapi tak la sejuk mana pun.Mcm musim hujan kat kampung sana jugak la.Isk!

Hujan itu rahmat tau.Cuma I kalau hujan ni satu jer la yg duk main kat kepala otak ni,lagu mana la nak hantar Damia ke kindy.Maklum la takde kete.Kete yg ada tu pun kete company dan harap nama jer Wolkswagon bunyik cam gah sangat tapi dua seat.Ciss!

Aiii!Lambatnya nak beli kete,eh,lambatnya nak tunggu May.Ada something special on May tapi takyah bising dulu la.Hahaha!Time tu la baru decide nak beli kete ke tak.Kalau tak usah kau mimpi disiang hari.Naik la kau bus tu.Hukhukhuk!

Jadikan pagi tadi lepas Subuh sambung tidur balik.Pastu jaga jam 7 tapi kat luar lebat gile hujan.Hmmm....fikir punya fikir punya fikir,dapat jugak idea canggih iaitu cutikan jer la Damia harini.Wahahaha!Keji sangat.

Pastu tarik selimut sambung zzZZZ...tapi rasa mcm tak lama sgt dialam fana cintamu...tetiba dengar suara kecik kejut mak dia suh bangkit sbb nak gi sekolah.Adoiii!Kat luar hujan dah macam slow dah tapi jam dah 8.16 am kot.Sah2 I dah termissed bus time tu.Itu ah time rutin naik bus setiap kali kesekolah.

Jadi sebab taknak bg anak fikir negative,I bangkit jgk la prepare dia nak ke sekolah.Tp harini siap berbeg galas lagi sbb nak lepak rumah Sarah.Malas ah nak ulang alik balik takut stuck dlm hujan.Jadi Dian kita takyah mandi dulu.Hahaha!Wangi baby I pagi tu.

Lepas settle siapkan bekal Damia,letak Dian dlm stroller,kami pun gerak.Memula pergi bus stop depan rumah dulu check masa bus sekali dah terlepas daaaa.Kena tunggu dlm 20 minit kot lagi baru ada jd inilah pertama kali I berjalan kaki pergi bus stop 25.Phew!



Kat area rumah.Nampak tak cuaca yg tak berapa nak cerah ni.Tapi sejuk la udaranya tapi.I like.Sejuk lite-lite gitewww kata orang.

I dah cerita sebelum ni kebanyakan kawasan kat Aussie ni berbukit-bukit.Jd dari stop 23 nak ke stop 25 tu jalan dia memang mampu pecah la lelemak tegar yg bertahun bertapa tu.Before this sbb terlalu cinta kat lemak sanggup amik bus semata2 nak ke stop 25 tu pastu dari stop 25 tu amik lagi bus lain straight ke sekolah Damia.

Jadi sbb harini dah terlepas bus jd decide jalan kaki jer la ke stop 25 tu.Tapi dia punya penat ya rabbi,semput kau.Fuh!Memang mencabar la tapi nasib bwk stroller.I takleh bayang jalan kaki naik bukit tu sambil carry Dian.Mau sampai kat stop 25 terus pitam.

Jadi sebab rajin sikit malam ni I gambarkan la keadaan tu dlm bentuk lukisan.Ini kalau Picasso tengok ni harus nangis.

Phews!Semput woiiii!Sampai je stop 25,terus rembat air dlm beg anak.Tp nasib la tak tunggu lama sgt,bus pun sampai.Lega.Jd masa yg diambil within 20 minutes je dah sampai ke sekolah.

Time nak turun bus tu pulak ada scene kelakor.Selalunya setiap kali bwk stroller I selalu keluar dgn cara pusingkan stroller tu supaya mudah nak turun so takde la mcm nak humban anak keluar dari bus.Jd duk syok sgt tarik stroller I pun ucap la thank u kat driver bus tu (benda biasa mcm semua org buat).Sekali bila I angkat kepala tgk,eh,mana pak cik driver ni.Hilang pulak dia.Hahaha!

Rupa-rupanya pak cik driver dah tercegat berdiri kat luar bus nak tolong angkatkan stroller si Dian sbb gap antara divider ngan lantai bus tu agak tinggi.Ok.Double thanks la utk pak cik driver sbb susah payah turun.Muahahaha!Jd kena ckp sekali lagi la sbb tadi I cakap sensorang rupanya.

Jd lepas hantar Damia terus ke rumah Sarah lepak sampai jam 2 lebih.Pastu gerak nak g ambik Damia.Memandangkan cuaca mendung awan yang berarak,terus decide after pick up Damia singgah kedai jap beli payung.Alang2 tu beli toothpaste Damia sekali.Nampak sangat Damia tak gosok gigi haritu.

Dah ambik Damia dengan jalan lajunya sbb takut hujan turun,masuk dalam kedai beli apa yg patut.Beli apa yg plan la pastu gegas ke bus stop.Dah nak naik bus baru perasan rupanya I tak beli pun payung walau dh letak dlm list tp yg I beli adalah handwash.Alahai!Selalu sgt mcm ni.Lain yg plan,lain yg beli.No wonder la suami selalu tegur.Kikikiki!Tau I letak mana list brg tu???I letak kat dalam otak.Kikikiki!Kata genius.


Sempat lagi pow mak dia.


Ini dah on the way balik dengan berjalan kaki dan ini dah jalan nak kerumah.Cuaca still mendung tapi kalau dah sampai sini lega la.Kalau hujan pun sempat lagi la nak terjah berlari masuk ke rumah,


Fuh lega.Dah sampeiii!

Dah sampai rumah,banyak pulak kerjaan nak dibuat.So sebelum tu siapkan si Dian pastu I pulak siapkan diri sendiri.


Dah siap mandi tengok budak kecik ni boleh zzzZZZZ depan tv.I letak sini sbb nak Damia tolong tengokkan adik.Patut la tak dengar bunyi suara.Membuta rupanya.Penat dia mengalahkan orang yang pergi sekolah.

Olololo!Nak angkat letak ke katil pun rasa tak sampai hati.Kesian.Bekas2 sepah tu as usual la bebekas kakak dia yg bwk ke kindy td.Banyak kali dah ajar everytime balik dr school terus letak dlm sink.Tapi tetap jugak nak sepah2kan macam ni.


Ini caught in action.Senang hati sangat kau nak omak mandi pastu kau pergi ratah Nutella makan macam tu jer yer.Bahagia sangat kau nak.Lepas snap pic nih terus rampasan kuasa berlaku.Banyak cantik makan Nutella ratah macam tu jer.Mementanglah kat sini murah.Haish!

I tak tau anak orang lain macam mana.Tapi anak I kalau terlebih gula dia mmg jd super active pastu susah nak tidur.Sama la jgk kalau dia makan coklat bapaknya.Udah bapaknya bkn reti beli size kecik2.Mmg stress la.

Ok.Itu je.Sekian terima kasih.

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You