Drama series~

Hola!~

Harini nak cerita general issue.Kikikiki!

Harus diakui drama yang mampu membuat air mata,air liur,air hidung meleleh kebanyakannya adalah drama dari Asia  especially drama Melayu,Filipino dan Indon.Tapi itu tidak mewakili diri ini kerana I bukan peminat tegar drama2 bersiri ini cuma hanya secara tidak langsung menontonnya apabila ada seorang kat rumah ni dah macam lekat gam kat sofa setiap kali drama2 ini keudara.

Setelah diselami apa yang menyebabkan I mencik sangat dengan drama2 ini adalah:

Jalan cerita yang hampir sama

Kalau drama Melayu tak habis2 dengan kahwin paksa,cinta mendapat tentangan,beza antara dua darjat dan sebagainya.

Kalau drama Filipino pulak,tak habis2 dengan dendam,berebut harta,anak tertukar time kecik,dan beberapa scene yang  mampu buat suhu badan naik mendadak secara tiba-tiba.Better stand by termometer kat tepi.

Kalau drama Indon pulak,ambik balik point kat atas.

Dipendekkan cerita,3 serangkai ni sama jer plot cerita.Balik2 konflik yang sama cuma watak jer berubah.Tapi yang herannya ramai jugak fans.

Syabas Astro kerana sejak2 ada Bella ni banyak tayang drama Filipino ada isteri makin lambat masak lunch.Kalau tak lambat,awal gila masaknya sampai lauk lunch mungkin dah siap pada waktu sepatutnya kita breakfast.Kikikiki!

Paling dasyat,punyalah kusyuk menonton sampai kalau time tu tetiba kau nak tanya mana letak belacan,confirm remote control atas kepala.Begitu sekali fokusnya pada drama tersebut.

Kalau drama Melayu pulak,yang tayang time orang sibuk nak maghrib tu,kat wall FB bertalu2 masuk update status.Menjiwai watak la katakan sampaikan ada yang memasang impian kalau boleh nak kahwin dengan orang yang mempunyai ciri2 mcm watak dalam drama tu.Sampai lagu tu sekali penghayatan.Puih!

Kalau drama Indon pulak,kau tak akan jumpa begitu baiknya manusia hinggakan kalau kau curah air taik sekalipun dia bisa berkata,"Aku ngak apa-apa sih!".Macam celaka tak kau rasa???I rasa macam tu sbb rasa macam tak logik wujud manusia yang terlalu baik hinggakan orang dah ugut bunuh pun kau masih lagi nak berlembut dengan orang tu.Huh!

Jadi I ingat nak suggest la mana2 yang willing nak buat tesis kaji pasal ni,kenapa orang2 kita berminat sangat dengan cerita2 macam ni.Nak kata isi masa lapang?I rasa macam lagi sakit otak.Dan paling haru kalau ada yang terbawa-bawa sampai kedunia realiti.

Tapi serious la.Daripada cerita2 macam ni takde membina sahsiah diri yang baik pun selain dari memburukkan lagi keadaan apabila pemikiran stereotaip masyarakat kita yang asal mertua atau ibu tiri mesti jahat dari zionis.Kikikiki!

Sumpah susah nak jumpa cerita yang mampu melahirkan masyarakat kearah perkara yang lebih positif.Bukan nak point cerita omputeh tu bagus sangat cuma contoh drama series seperti Parenthood,I rasa lagi banyak perkara baik yang kita boleh ambik.Mana yang tak sesuai jgn la amik bulat-bulat.Tapi at least mampu mendidik masyarakat dan bukannya buat masyarakat jadi bertambah kolot dan pemikiran pun jadi statik kat situ jer.

Itu yang buat ramai gadis2 yang ibarat duduk dalam mimpi maklum la mengharap mendapat seperti apa yg dilihat dalam drama yang ditonton.Bukan takat gadis jer,yang berstatus isteri pun sama.Isk!

Dan satu lagi drama dari Amerika Latin.Takde satu pun yang membina selain dari nak show off breast sape paling power,scandal bla bla bla.Arghh!Tapi ramai jer orang suka.

Jadi kalau nak tonton,tonton la,takde sape nak larang,tapi tak perlulah sampai terbawa-bawa.Adoi!

Hensem dak?Kikikiki.


Eh?I pun terjebak jugak?Hahahaha!

No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me