Selera besar~

Hujan renyai-renyai diluar belum ada tanda nak berhenti.Matahari pun masih malu-malu nak keluar jadi banyak lagi pakaian yang masih lembap tak kering sepenuhnya.Mana ruang yang boleh digantung segala kain baju,dimanfaatkan sebaiknya.For sure la sesi jemur baju dalam rumah.Dining room cuma dua kerusi jer available kalau nak guna.Hahaha!

Begitulah setiap kali musim hujan tiba.

Harini ada kenduri kahwin dikejiranan sini tapi tak tahu apa relevannya bila ada kenduri je automatik dapur pun tak berasap.Hahaha!

Jadi tadi minta Abah bungkuskan nasi ayam dan rojak ayam.Tapi pulang hampa kedai tutup katanya.Jadi haruslah ada 2nd plan.Jadi marilah bersilat didapur.

Memandangkan mmg dari awal tiada niat untuk masak for lunch,jd ikan ayam semua beku dan ambil masa untuk defrost balik.Perut dah lapar nih.Nak guna khidmat microwave.sudah berbulan-bulan ia berhenti berkhidmat mungkin habis usia agaknya.

Jadi apakah lauk mudah dimasak cepat dimakan?Bukan maggi hokkey.

Jawapannya mestilah SARDIN.Hohohoho!Singsing lengan,pakai apron,meh ler bersilat didapur.Tak istimewa mana pun lauknya tapi istimewa la untuk perut orang yang tak jumpa nasik dari semalam.Hihihihi!

Sardin ni sedap jugak kalau sesekali makan cuma jangan makan selalu.Tak elok sangat.

Jadi berjaya jugaklah masak beberapa lauk untuk lunch harini.


Sayur campur goreng.Pemanisnya cuma guna cendawan butang dalam tin bagi menggantikan ayam,daging atau any seafood yang selalu orang taruk dalam sayur.Hanya gunakan perencah kiub ayam dan sedikit air,cuma tumiskan dulu dengan bawang putih terlebih dahulu.Lain2 bahan takde.Just nice rasanya.Done.

Lauk utama,sardin.Cuma tumis bawang besar,cili dan bawang putih.Nak bg berkuah tambah air pastu tambah sikit sos tomato,sos cili,garam sikit dan air.Ada sesetengah orang,dia goreng dulu ikan tu.Lagi sedap katanya.Bergantung pada citarasa masing-masing.Done.

Lauk sardin tak lengkap pulak rasanya kalau takde telur dadar.Nak kembang punya pasal,I campak masuk blender jer.Bila gaul dgn bawang dan cili besar,tuang dalam kuali,kembang dia,mak aihhh!Sekembang pipi yang tukang goreng tu.Done.

 Ini wajib la nasik.Takkan nak makan dgn roti pulekkss!Hiks!

Dan akhir sekali mana buleh lupa,sambal belacan mak kita.

Alhamdulillah.Rezeki dihari Sabtu.Tapi lepas makan tetiba teringin nak makan ubi kayu rebus pulak.Semalam mak rebus ubi ling-ling (dah rebranding namanya dari ubi keling).Sedap jugak cuma tak selemak ubi kayu rebus la.

Haish!Nanti mintak abah pergi beli la kat pasor.Hmmm..kalah org mengandung selera nak makan itu ini.

Macam semalam la.Kes mimpi makan ayam KFC.Boleh I mimpi ada orang hulurkan satu pinggan ayam KFC yang still panas2 lagi kat kita.Kita pun apa lagi,ambik la dah orang hulur.Tapi tiba-tiba bau mashammm!Pelik jugak.Bila terjaga,hambik kau.Rupanya tangan Dian yang bersarung mitten dia duk kat muka I.Patutlah bau mashammm!Puih!Potong stim betul la.

Tapi still jugak rasa nak makan.Try usha KFC kat Marang ni,sekali ramai pulak orang.Mungkin sbb weekend kot sbb biasanya tak ramai.Malas nak beratur,decide beli ayam goreng ready made Ayamas tu tapi sumpah tak kena dgn tekak.Mmg sblm2 ni I mmg kurang suka.Jadi hampa jugak cuma alhamdulillah rasa craving tu dah takde cuma teringin nak makan roti sardin pulakksss.Halahaiiiiii!

Ok.Chow!


2 comments:

saya said...

Salam...samalah kita, walao moden camne or diet camne pon, nasi tetap menjadi pujaan hati. Sehari tak jumpa nasi rasa tak lengkap cycle harian tu rasanya. Tapi sardin n telor dadar mmg laok penyelamat setiap kali emergency..

Tengku Damia said...

Sardin pun boleh consider as lauk penyelamat : )

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me