2013 and food(ography).Kih!Kih!Kih!

Post terakhir sebelum penutup 2013.Nak kata tahun baru,dah lepas dah sambut 1 Muharram harituh.Fuh!Banyak betul kenangan best dan tak best sepanjang 2013 ikut kalendar omputeh nih namun yang best la lagi banyak dari yang tak best.Hihihihi!Namun masih kupanjat syukur padaMU ya Allah diatas setiap apa yang telah diberikan.Alhamdulillah.

So harini baru nak type2 entry bila si kecik Dian dah jadi sleeping beauty,si besar Damia duk main Ipad tapi macam dah x dengar bunyi music Ipad,I syak dah masuk alam mimpi dah dan bapak pada kedua-dua budak tersebut baru jer masuk alam mimpi.Boleh bini nak urut dahi tanpa disuruh (ini lepas baca satu blog tu dia cakap kalau urut dahi suami tanpa disuruh nanti dapat ganjaran emas disyurga - ini I tak tau la sahih atau tak) Kikikiki!Tapi boleh isteri nak picit dahi dia pi suruh buat geli-geli kat telapak kaki.????Pelik betul.Ini orang ke Shrek ni.Takde deria geli agaknya.Macam I nih mmg sumpah orang takleh sentuh kaki.Nanti mengekek gelak susah nak stop.

Ok.Setelah lebih dua minggu kat KL sana,sekarang dah berada di hometown tercinta.Phew!Elok la dah balik.I kalau kat KL sana nafsu makan jadi kalah nafsu rimau.Semua benda nak.Bayangkan dari pagi keluar rumah,breakfast tapau nasik lemak nak sambal yang taknak kalah punya,lepas tu lunch kat Sari Ratu nasi padang,melantak tak ingat,petang nak cari kuih-muih kat TTDI,pastu malam dinner kat San Fransisco Pizza.Pergh!Esok pulak nak makan kat Ayam Penyet Sunway Pyramid,balik rumah biras tapaukan Korean Cruisine dari Gangnam Restaurant,lepastu beli macaroon,beli strawberry celup coklat kat Rebel (ini wajib.kikikiki!),dan biras punya stock brownies yang tersangat mahveles tak pernah tak ada kat dalam peti ais.Habis jer,dia order baru.Huwarghhhh!Balik dari KL,berat naik mencanak-canak.Tapi suka makan jadi suka cerita pasal makanan.

Lepas tu sebab asyik sangat makan kat luar,sampai naik pening kepala.Kalau duk kat rumah,2,3 bulan sekali pun susah nak makan kat luar.Tapi bila dtg sini,hmmmm.

Tapi serious almost 2 weeks kat KL,70% aktiviti mmg makan jer kerja.Kikikiki!Pergi ke Midvalley haritu tak makan kat situ sebab as usual suami dia ada sakit takleh orang ramai sangat dia cepat rimas tapi boleh pulak pergi tengok bola,takde pulak complain rimas.Sigh!Sanggup dari Midvalley singgah Subang Parade semata-mata nak makan.

Dan antara tengah-tengah minggu tu,sempat pulak belanja family makan kat Nyonya Kitchen.Cerita asal ipar ajak ke Jeram tapi sebab hujan jer sepanjang hari haritu so tukar plan ke Plaza Massalam sudah.Dua kali pergi within a week sebab satu kali tu dari KLIA boleh tersesat,dan sebab lapar sangat takleh nak fikir dah nak makan apa yang cepat orang serve,terus ke Plaza Massalam kat situ ada Nyonya Kitchen dan yang pasti tak mengecewakan.Still sedap macam dulu2 jugak.Dulu I ingat time keje dulu suka bawak orang datang situ sebab mudah dan tak bising.Boleh?Hihihihi.Dan dekat dengan rumah akak kita.


Agenda sepanjang kat Shah Alam tu makan jer kerja.So ada satu haritu pagi2 lagi pergi ke Jaya Grocer cari barang nak bikin homemade pizza dan lamb chop.

Makan!Makan!Makan!Dan ada satu hari tu  kita buat BBQ lamb dan pizza.Pergh!Macam pirahna sensorang.Kejap jer licin.Isk!Isk!Isk!Kalau bab makan,laju jer semua.


Lamb chop ni marinate dengan black pepper sauce pastu pakai campak2 jer dgn bahan lain tapi this time tambah sikit marinate sekali dengan herbs yang Jamie Oliver tu.Pergh!Bau dia mmg sedap la.Herbs khas untuk grill tak kesah la apa2 daging pun.

Ini after marinate I grill dulu lepas tu baru masuk oven.So cara tu I dapat daging yang agak tender and juicy.Yummeh!Gravy mcm biasa,jangan bazirkan baki marinate tu.Lepas tu biras buat coleslow.Kalau ada mashpotatoes lagi best kot tp tak larat dah.Lagi nak buat pizza lagi.


Sepatutnya buat dough untuk 4 pizza tapi dough tak naik sgt so dapat bikin 3 pizza jer.Takpelah.Janji semua dapat rasa.

Dan sekarang ni kat Bukit Jelutong dah ada Baskin Robin.Alah kassim!Kalau dulu paling dekat kat rumah akak I tu,yang dalam Plaza Massalam.Tapi sebab malas nak masuk parking punya pasal,so macam malas sikit la nak beli tapi sakang ni duduknya kat Petronas Bukit Jelutong tu T - T .Kikikiki!Pantang  nampak,mesti paksa suami turun beli.Hahahaha!

Dan I taktau la kenapa sekarang ni asyik craving something yang manis2.Itu yang lompat bintang bila tau Komugi ada bukak kat Subang Parade.Macaroon dia best la pulak walhal sebelum ni tak suka gila makan macaroon especially yang jual kat dot dot dot.Takmau mention kat sini.Kakakaka!Manis dia ya rabbi.Ibarat say hello to diabetis pun ada.Kikikiki!

Macaroon dari Komugi.Sedap tapi takleh makan selalu.

Tapi itulah dia.Dah jadi sweet tooth pulak.Durian crepe dari tak suka jadi suka,brownies pun dari tak suka jadi suka.Suka makan cakes,suka makan ice cream.Haish!

Sampaikan pergi Midvalley haritu semata-mata nak ke Ausinno beli cadar.Suami tanya nak beli apa lagi?Semua refuse sebab dalam kepala otak duk fikir mana la stall yang jual any cupcakes,macaroon,ice cream etc.Pastu nasib la suami ajak turun bawah dan tak semena-mena nampak butik Arzue terus kena heret masuk.Tapi nak beli inner jer pun sbb pengaruh rakan sebaya.Hahaha!Mula2 tgk awat cantik sangat color inner kawan I tu pakai.Sanggup PM dia kat FB tanya mana beli.Kikikiki!Itulah perempuan.


Strawberry,pisang,apple celup coklat dari Rebel.Semata-mata ke Empire nak beli nih.Hahahaha!Haritu beli sampai 24 strawberry,6 pisang.Kikikikiki!


Inilah inner dari Arzue.Anak dah nangis so tak leh lama2 sangat nak pilih color.Inner dari Arzue ni color dia sangat cantik dan material dia sangat lembut.Kira orait la.Beli 6 jer dulu sbb inilah 1st time nak try pakai tudung syria.Inner ni pun boleh padan dengan shawl.

Cadar dari Aussino.Ni testimonial pengguna tegar sejak dulu.Material kain dia mmg elok dan paling penting long lasting dimana color dia makan tahun la kalau nak pudar.So tak perlu selalu sangat beli cadar.Kikikiki!Jimat tu.Cuma kalau Inspire,kualiti kurang sikit jer dari Ausinno punya tapi still ok la.Motif beli cadar,suami suh beli katanya takut mahal kat sana.Motif sangat.Tapi tetap kena beli jgk nnt.Mana boleh ada satu jer buat ada yang terbabas kencing,muntah etc,kena ada spare jugak.Kikikiki!

Jadi itu jer la cerita penutup 2013.Seperti biasa hanyalah coretan surirumah sepenuh masa.Kat sini I realize ada certain peoples yang tak suka pada blog yang cerita pasal kehidupan seharian seolah-olah nak tayang cerita kita pada dunia katanya.Tapi pada I tak kesahlah orang nak cakap apa.Lain orang lain pengisian dia.Dari blog ni jugak I dapat kawan yang boleh berkongsi rasa.Kikikiki!Nak kongsi pasal kerjaya,tak kerja so cerita diri,keluarga dan anak2 jer la jawabnya.Nak tulis something yang boleh bagi inspirasi pada orang lain tak reti.Kikikiki!Jadi andai ada yang terbaca ini,kalau tak suka feel free to leave this blog.Tiada paksaan pada sesiapa yang nak baca.Tak suka just click the X button.Selesai.Senyum sokmo hokkeh.Jangan fikir berat2 nnt serabut otak tak bagus untuk kesihatan.Kikikiki!

Semoga 2014 bersamaan 365 hari membawa lebih seribu kemanisan pada kami sekeluarga.In sha Allah.


1 comment:

SUwithlove said...

Rajin2 la update.... Saya suka blogwalk... Tapi thesedays ramai bloggermoms dah suam2 kuku... Bosan...

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me