My wishlist for 2014

I bet setiap kita pasti ada wishlist masing-masing.Tak kesahlah dari sekecil-kecil benda hingga sebesar- besar benda tapi impian tu tetap ada.Macam I la.Tak habis2 dengan wishlist sampai kadang2 naik rimas pulak suami dengan kita.Muahahaha!Nak buat macam mana.Orang yang terlebih masa lapang ni memang kuat verangan.Part time job gue tuh!

Kita punya wishlist,panjanggggg hoi!Lagilah sejak fulltime housewife.Hari-hari duk berangan jer kerja.Hahaha!

Actually my wishlist ni takde la sampai boleh kena serangan stroke kalau suami baca.Ala semua benda yang more to mak-mak yang suka.Dan latey yang asyik bermain kat kepala hotak ni adalah ketidak sabaran untuk mempunyai dapur sendiri.Serious rasa excited sangat bila ada dapur sendiri.Keinginan selama bertahun-tahun.Bukan takleh buat kitchen rumah mak ni macam kita punya kitchen,tapi bila ada sendiri punya tu yang best tu walau my own kitchen nanti mampu bergesel bontot sebab space yang kecik T______T.Memang kecik.Tapi tak kesahlah kecik pun.a

Tapi itu masih tak buat I down hokkey tapi makin excited ada la.Dalam rumah,kitchen adalah my fav spot.For me,memasak boleh hilangkan stress tapi makan banyak masakan sendiri mampu menambahkan stress pulak sebab gemuk.Kikikiki!

Memandangkan kehidupan nanti lebih banyak tertumpu pada anak dan rumah (taktau la kalau tetiba dapat jawatan lain pulak),jadi my wishlist semua benda yang ada dirumah.Bahasa mudah,peralatan rumah dan bukan perhiasan diri.

Sebab tak ada makna I nak collect handbag,collect shoes ke bla bla bla sbb kebanyakan masa I berada dirumah dan my BFF haruslah suami dan anak2 jer.Collect barang2 tu nak jalan2 kemana?Hakhakhak!Kalau untuk kepuasan diri ok la kot cuma tak berani lagi nak mintak handbag baru sbb suami baru jer belikan handbag baru dan guna tak sampai lagi setengah tahun.Kikikiki!

Dan ini merupakan my wishlist yang mmg dah lama diidam-idamkan cuma taktau la bila nak dapat.

MIXER

Kitchen Aid stand mixer.I love baking.Seriously I really want this!Wahhhh!!Rasa macam pernah tengok ini bukan sekadar mixer tau tapi mampu bertukar jadi mesin buat pasta tapi mungkin ada la extension dia kot.Didatangkan dengan banyak warna,tapi I love this color.2 hari lepas ada tunjuk kat suami mixer ni.Time tu kitorang kat Empire Subang.Tapi boleh dia buat muka penyu masa I tunjuk ni.Siap cakap ala kat Aussie berlambak.Ayat berlambak tu takde maknanya kalau tak disertai,"Nanti kanda belikan".Owh!Namun ayat itu tak lain hanyalah ilusi penulis semata.

DEEP FRYER


Tefal deep fryer and I think this is a must!Kena bodek suami nih sebab sampai bila nak bersilat kat dapur.Kikikiki!Relevan tak alasan walhal mak kita,tok nenek kita bertahun goreng2 apa saje pakai kuali jer.Hahaha!Atau mungkin I boleh guna alasan,sampai bila asyik nak lap dapur sebab berminyak.Boleh?

Tapi benda alah ni bukan itu sahaja tujuannya,kalau tak silap ia juga mampu meminimunkan penggunaan minyak.So bolehlah kita guna alasan faktor kesihatan pulak bagi menghasut suami agar beli ini.Wahahaha!

BREAD MAKER


Inipun I rasa a must!Phew!Sekarang ni mmg addict sangat menroti.Dan sure rasa best gila bila mampu bikin roti sendiri so takyah beli kat luar dah.Tak kisahlah apa jenis roti pun sebab bila dah ada benda alah ni,mesti lagi kreatif.Hahaha!Dan proses mengguli pun boleh guna mesin jer buat,tak la penat sangat I nak knead the dough.Woish!

SEWING MACHINE
Tetiba dari peralatan dapur,masuk mesin jahit pulak.Serious I mmg nak belajar menjahit.Kalau tangan keras sangat takleh menjahit baju,pandai jahit sarung cushion dan langsir pun dah rasa sangat bersyukur.Memang teringin nak amik kelas cuma tak tahu bila.

DINING WARE


Serious I tak pernah ada koleksi sendiri.Dulu waktu awal kahwin,ambik set Corelle mak sbb baru kahwin,duit gaji tak banyak nak spent untuk benda2 macam ni.Kesian!Hahahaha!

And I fall in love with this dining ware set with the iris classic design.


Lagi la bertambah jatuh chenta bila sama design pulak dengan set lauk nih.Aduh!Duh!Duh!Duh!

TABLECLOTH 

Bunyi macam kelakar sikit sebab tablecloth pun masuk dalam impian????Hahahaha!Yes.I memang mabuk dengan checkered design nih.Slurp!Lap ailiyo.Bukan takat tablecloth,skang duk bayang picnic cloth pun kalau boleh nak design ni.Melampau.Hahahaha!


Bukankah cantik tu bila diletak pada dining table.Mungkin setakat ni I tak datang lagi mabuk pada kain lace,bunga-bunga bla bla bla.Bagi habis mabuk yang ni dulu.Lain tu,later.Hahaha!

SPICES RACK

Tak dapat dibayangkan mempunyai rak khas untuk segala rempah ratus dengan label.Phew!Owh!I love cooking too.

FLOUR JAR


Yea,inipun impian jugak walau mesti ada yang cakap,eleh,ini bersepah ada jual kat luar.Ya,ya,ya.Memang bersepah kat luar sana cuma bezanya penutup dia tu antara kedap dengan tak jer.Kalau musim panas lembap ni,mudah rosak la apa yang diisi kalau tak kedap udara.Actually kat Ikea berlambak.Ok.Nnt kita serang Ikea diBrisbane walau suami awal2 warning Ikea kat sana besar gila sampai tak larat nak pusing.I taktau pasal tu sbb tak pernah pergi lagi.Last year I di Brisbane singkat sangat.Banyak lagi bangunan yg I tak sempat ukur.Hihihihi!Brisbane,tunggu aku datang for a second time.

I memang teringin jar macam ini untuk mengisi segala tepung-tepungku atau apa2 sahaja yang sesuai diisi.Tapi yang duk bayang kat mata memang nak isi tepunglah.Ini semua pengaruh dari Anna Olson.Hamboih!

Jadi itulah my wishlist tak tau la dapat fulfill semua atau tak.Berangan dulu sebab ingat ada bapak saudara pernah cakap.Berangan tak kena bayar.Hahahaha!Tapi memang la berangan tak kena bayar cuma,buang masa jer la.Kikikikiki!



Dan apa yang pasti,walau belum tercapai semua,dapat jugak ini bila suami offer nak belikan dan yang pasti malam dapat tu terus tidur sambil senyum.Hahaha!Ceritanya,setiap akhir tahun,as ususal mesti ada YES.Kat mana2 pun ada dan lagilah dengan Christmas Eve ni,mmg harga runtuh la.Dan kalau kat Aussie ni,kalau dibilang SALES,mmg SALES gegila la.Jadi suami offer nak beli dulu set Corelle ni.Memula x setuju kononnya nak pilih sendiri.Iyalah,suami bagi pic mana yg sempat dia snap jer.Dia suh pilih.Bila kita pilih,dia pulak cakap tak lawa.Tapi nasib baik la dia umpan bunga yang dia berkenan tu ada sekali untuk set lauk.Lepas dia tunjuk pic,terus senyum balik walau sebelum tu kemain sentap.Iyalah,mana tak sentap,dia suruh I pilih corak mana yang berkenan,bila kita pilih yang kita suka,dia pulak complain corak tu tak lawa.So I majuk cakap dia pilih jer la,kita terima jer.Tapi sekali rupanya husband kita lagi ada taste dari kita.Pandai pulak matching- matching.Tapi orait la jugak pilihan dia.Lawa jugak la walau dalam hati menggeletis nak pilih sendiri.Siap snap gambar bagi tgk kat kita eh sekali mak kita pulak nak jugak.Sorry la mama.Beli sendiri nanti.Kata next year nak datang Aussie cuma harga la tak berani jamin dapat harga runtuh macam ni atau tak sbb time tu dah masuk January.Kuikuikui!


3 comments:

Anonymous said...

Alamak, wishlist tuk dlm rumah je dah byk. Blum wishlist tuk barang yg boleh bwk kluar rumah plak kan?

Hahah.

Tengku Damia said...

Hahaha!Barang keluar rumah punya wishlist bakal menyusul.Kikikiki!

SUwithlove said...

Askum. Salam perkenalan. I tgh cari info on KA mixer uk, then stumble upon ur blog. Hampir sama la apa yg ada dlm kepala ni for my 2014 'project' ... Hehehe.... Do visit my blog :))

StayAtHomeMom juga, tapi dah berjuta2 tahun.

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me