Part 2:Cuti-cuti Malaysia- Finale

Wah!Mengalahkan drama Korea siap nak ada siri2 gitu.Tapi tajuk entry mmg takleh blah.Hahaha!Maka kami selamat mendarat di Subang Airport lebih awal dari yg dijangka.Mahu tak awal,Air Asia datang dulu,Fire Fly yg gerak dulu.Maklum la flight kecik,cepat je masa nak mengisi penumpang plus x ramai sgt org time tu sbb byk seat kosong.Dah bertolak pagi,time kat airport kat Trg mood nak breakfast mmg x ada maka jejak je kat Subang,moh kita makan dulu.Usha punya usha terus pilih kopitiam sbb yg lain fastfood.Tak kena selera sbb aku orang kampung yg perut asyik nak nasik je.Hehehe!

Makan kat sini tapi kalo nak bg bintang mmg aku bg 1 dari 5.Serious x sedap ntah hapa2.Charge mahal lak tu mentang2 duk kat airport.Chait!Dan pekerja 80% Indon plus Bangla.Melayu 20%.Servis lembab nak tunggu orang panggil 2,3 kali baru nak amik order.Asyik duk sembang gelak gatal dgn mamat bangla.Mentang2 la aku pelancong Malaysia.Cis!


Seperti biasa,dia ni sorang je bersungguh-sungguh makan walau telur rebus je pun.

Lepas isi perut serious tak full 100%,huhuhu,nafsu gajah,kitorang pun gerak cari taxi.Amik taxi melalui pembelian tiket kat kaunter dalam airport.Aku tak pasti kalo menapak tepi jalan pakai laung/angkat tangan tu dia charge berapa tapi yg pasti kitorg kena RM40 ke hotel.Aku pun tak reti nak ckp mahal or murah sbb bkn selalu guna perkhidmatan awam pun.Seingat aku 2 tahun lepas dari Shah Alam ke KLIA dalam RM55 dan aku tak tahu la charge sekarang berapa.Tapi RM40 tu kira perit jugak tu.Hahaha!

Ikutkan perjalanan tak la jauh sangat tapi sbb banyak sangat kenderaan dan apa yg selalu bermain kat kepala otak aku ni,org KL ni pukul brape la diorg masuk and keluar kerja sbb aku rasa sepanjang masa penuh kenderaan kat jalan.Dah la time aku pergi tu hari Selasa.Kalau Jumaat tu boleh la consider lagi.Hahahaha!

Dan disebabkan kitorg sampai awal,sepatutnya check in pukul 1 tapi kitorg dapat check in pukul 10.30 pagi.Tapi ini bergantung pd bilik tu la available ke tak.Just call hotel for confirmation dan jgn memandai pakai redah jer.Dan seperti hotel lain jugak,servis mmg bagus la dan mahu tak bagus kalo kau bg tips byk sampai nak ucap terima kasih 4,5 kali.Mula2 aku pelik jugak asal la mamat yg angkut bag tu kemain beria lagi duk ckp terima kasih,terima kasih.Aku ingatkan kot2 polisi baru kena terlebih polite ke apa,tapi bila tanya Arie rupanya dia bg tips RM10.Amboi,kemain kau yer.Byknya dibagi dah la hotel dah charge utk servis.Haih!Next time RM2 je cukup.

Untuk hotel ni charge satu malam RM288 + service charge sampai RM28.80 + Gov Tax RM17.28.Total utk 3 hari 2 malam adalah RM668.15.Tang service charge tu buat aku hangin asal la laki aku ringan sgt nak hulur RM10.Bkn berkira tapi..................memang berkira pun.Hihihi!

Makanya persoalan kenapa aku pilih hotel ni adalah krn kononnya senang nk gerak kemana2 kat area KL ni.Dlm planning 4,5 shopping complex nak p tawaf tapi hasilnya selama 3 hari tu,2 shopping complex je kitorg pergi.Tak kuasa aku.Penat berjalan.Satu lagi keterujaan tu mmg takde la kalau tmpt yg pergi tu dah sah2 tmpt yg biasa pergi kalau dah 2 tahun aku kerja kat Shah Alam dulu.Lain la kalo tmpt tu 1st time smpi,mode jakun tu yg seronok tu.Hihihi!Tapi pada yg nak hotel yg easy access nak kemana-mana plus mmg niat nak bercuti rehat badan,rehat otak mmg aku recommend la Concorde Hotel ni.Dan harus pergi time bkn cuti sekolah la sbb org tak ramai dan sangat la aman.

Aku memang tak reti nak snap pic bilik since bilik yg aku amik ni adalah bilik biasa cuma request nk katil size king.Maklum la bertiga.Tak sanggup aku nak letak anak kat bwh sbb confirm carpet diorg bkn bersih sgt pun.Keronyok2 cadar tu,itu keje Damia.Tak nyempat2 nak sepahkan bilik.Toilet tak amik la gambar sbb aku tak rasa apa yg kagum sgt smpi nak snap pic toilet tu takat toilet mcm kat rumah aku jugak cuma takde bath tub sbb aku faham la hotel Concorde ni hotel lama plus nak ber"bath tub" bagai,book la bilik premier.Lift asing ok.Uhuks!Bilik kecik ni pun dh kena RM288/night tak termasuk caj lain lg ini ada hati nak booking bilik RM600/night.Dalam mimpi boleh la.

Dan sbb musabat aku pilih hotel ni pun sbb si Arie nak hotel yg senang akses ke KLCC dan tmpt yg sewaktu dgnnya.Tapi kalo rasa nak bukak pintu terus nampak KLCC harus choose Mandarin Oriental Hotel la tapi yg tu caj lebih lagi la dan Arie pun ckp jgn nak mengada taik kuda.

Seronok betul dia lari kehulu kehilir.Last2 waktu kitorg dah siap nak keluar jalan2,budak kecik ni tidur.Maka tunggu la dia bangkit dan jam 3 baru keluar ke KLCC dan perut dan menyanyi tak ingat serious lapar betul.

Pandangan dari tingkap bilik

Jenguk bawah nampak kolam.Bukan part kolam yg best tapi part tengok orang yang duk mandi kolam.Ramai betul mat salleh dgn Arab menginap kat sini.Tu yg laki sendiri 10 minit sekali nak jenguk bawah konon nak tgk org ramai ke tak sbb nak bwk anak mandi pool.Cis!

Gerak ke KLCC walau bdn still penat.Damia still mood mamai so sgt la behave duk dalam stroller.Kalau tak mau dia suh aku duduk pastu dia yg gigih nak tolak.Menginap di sini nak dapat taxi tu mmg mudah since kau just gtau je kat boy depan pintu tu yg kau nak taxi.Nnt biar diorg duk prit!prit! panggil taxi.Dan kat sini la baru kitorg tahu yg kalo budget yg ada so-so je naik je taxi yg biasa dan jgn gatal nak pilih taxi color biru kalau tak silap sbb tu taxi exclusive dan caj diorg mcm siot je mahal.Bukak pintu je dkt meter dah start RM6.Kitorg amik taxi biasa terus ke KLCC baru RM4 lebih.On the way balik terambik yg executive tu hah amik kau kena charge berbelas-belas ringgit padahal KLCC dgn hotel dekat gile.Jalan kaki pun boleh.Kalau tak disebabkan ada Damia mmg bantai jalan kaki je.Baru la orang kata sight seeing.

Dan malam tu ber"dinner" bersama Rifhan.Dinner kat hotel je sbb ikut plan asal Rifhan ajak ke Pavillion (aku tak pernah jejak lagi.Huhuhu!).Tapi memandangkan Damia yg macam terlebih gula,aku tukar plan dinner kat hotel je la.Dan untuk dinner ni aku tak amik buffet sbb charge dia dalam RM70++  utk seorang dan aku laki bini bukan jenis makan banyak pun so sgt tak berbaloi.Ala carte sudeh.Dan makanan dia sedap jugak la tp tak la aku kata 10 bintang penuh.Aku bg 7 bintang la.Hehehe!

Tengah kitorang duk seronok sembang tetiba datang la satu group nyanyi kat tepi meja kitorang.Time tu aku pandang Rifhan,Rifhan pandang aku.Aku pandang laki aku kononnya feeling adakah kanda buat surprise mcm dalam citer omputeh tu bilamana dekat restoren ada dua couple tetiba org datang nyanyi pastu waiter datang bawak dessert pastu kat dalam dessert tu ada cincin 24 juta macam cincin Semah.Pastu perempuan tu terharu,pastu comolot pastu live happily ever after.Cis!

Hakikat,apa kejadah laki aku nk buat surprise sbb percutian ni adalah percutian nak rehat badan,rehat otak dan tak ada kena mengena dgn nak celebrate anniversary bagai.Kau mimpi la Fiey.Rupanya mmg kerja diorang datang dari satu meja ke satu meja.Oh!Malunya sbb aku tersyok sendiri pulak.Kuikuikui!Tapi apapun,persembahan live diorg mmg best.Suara mmg kalo takat nak compete dgn bebudak AF,Mentor tu mmg jauh lagi sedap suara diorang la cuma aku tak pasti diorang ni Sabahan or Indonesian sbb dgr dari gaya bertutur. Dan gambar makanan tak terfikir nak snap sbb sibuk sangat nak berpot pet pot pet maklum la aku lama gile tak jumpa si Rifhan.Kali terakhir waktu raya haritu.Sampaikan Arie dgn anak naik dulu ke bilik sbb penat tunggu aku.Penat ke takde geng?Hehehe!Nak buat mcm mana malam tu Fawwaz tak dpt join sbb dia ada trainning basketball.

Muka penat anak dara I.Diam je dia.Sungguh berhemah dia malam tu cuma part org datang nyanyi tu dia panik sekejap maklum la tak biasa.Darrrrsssss.....

Cerita esok paginya seperti biasa kalau menginap kat hotel mesti dapat breakfast free.Malas nak cerita panjang sbb sama je mcm tmpat lain.

Muka tak cukup tidur.Ikut kiraan aku apa yg dia mkn pagi tu harus tak sampai RM10.Sungguh tak berbaloi.Sikit benor makannya seperti biasa.Nasib free.

Sama la mcm aku cuma nafsu makan lebih 40% dari Arie.Hahaha.Tapi omellete dia sungguh sedap cuma muak sbb terlampau byk letak cheese bedebah.Damia makan lagi tak berbaloi takat corn flakes kat rumah pun boleh makan.Hahaha!Cuma up sikit bila dia makan yogurt you.Kat rumah haram tak mahu makan.

 Aktiviti petang seperti biasa main pool.Aku bg dia main sekali je sbb dia selsema.Tu pun atas belas ihsan sbb setiap kali jenguk dari tingkap,Damia tunjuk2 nak pergi bawah.Kalau tak mmg jgn harap la aku nak gigih bwk turun.Ikut aku mmg nak rehat je sepanjang masa.Keluar pun malas.Nasib Arie mentioned nak shopping ni.Tu yg gagahkan diri jugak bersiap.Perempuan,perempuan!

 Malam kedua dinner kat hotel jugak.Tak larat dah nak keluar.Dan 2nd day baru perasan rupanya hotel ni sebelah dgn Hard Rock Cafe.Tu je nak bg tahu.Dan untuk second time ni aku request la kat diorg lagu Hotel California.Mentang2 duk hotel.Mengada betul.Tapi tak mengecewakan.Mmg layan habis la.Hehehe!


 Kata nak cerita pasal travel.Ni baru teringat nak snap pic makanan kitorg.Tak ada yg hebat pun.Order makanan biasa kat restoren biasa pun ada.Aku mintak wanton noodles dan Arie as usual nasi ayam.Kata nak cuba spagetti ke apa,kirim salam je la.Paling kuat pun dia mintak steak or sewaktu dengannya.Ya,suami saya mmg susah sikit bab makan.

 Malam tu Damia aku order juga la since dia nampak mcm nak makan.Tapi dalam menu tu dia guna perkataan dalam filem2 Walt Disney so aku pilih la Pirates of the Carribean dan yg sampai adalah fish and chips.Sila nangis sekarang.Aku ingat apa la tadi.Tapi aku juga mungkin nangis jugak lepas tu sbb anak aku just mkn fries dia je.Sia-sia la aku order beria.Takat nak makan fries je bonda boleh beli 8 kilo fries bg kamu mkn goreng kat rumah.Isk!Isk!Isk!Tengok kat gambar dah say no kat baby chair.Feeling dah besar la tu.

Lepas makan lepak2 kejap plus malas nak tengok anak aku duk tarik2 loket salib ada anak Filipino  meja sebelah yg sombong giler mak dia plus samada pengasuh bdk tu atau sedara mara dia.Yang ni lagi sombong lebih dari pasangan laki bini Filipino tu.Kejap2 duk panggil Princess.Hek eleh!Datang Malaysia konon nak suruh nampak mcm kaya la, dgn short julur2 kain jeans mcm org miskin x mampu beli seluar.Ntah2 kat Filipina sana kau duk rumah setinggan je kot.Tak pun kau mmg kaya la sbb tu sombong walau dressing pakai t-shirt lusuh seluar lusuh (bajet dressing aku tu class sgt la).Hihihi!Mat salleh situ orait je bagi anak dia main dgn Damia.


 Pandangan malam melalui tingkap bilik.

 Layan Damia jap yg sibuk tunjuk tu apa,ini apa.

Hari last pic ni dekat lobi hotel.Check out sudeh.Dan satu yg kelakarnya aku laki bini plan nak bwk si Damia ni pergi Aquarium dkt KLCC tu siap surf tiket bagai2.Tapi bila dah masuk Shah Alam baru sedar asal tak pergi.Hurm...sorry la Damia.Nasib la kau dapat parents yg selalu tak ikut plan.Nasib kau tak pandai nak demand2 lagi.So ayat biasa "Tunggu dia besar sikit la nnt baru bwk"Jangan la time  kami bwk tu kamu dah umur 12 tahun.Hehehe!

Maka itulah percutian kami yg mungkin pada orang lain tak best mana pun.Hahaha!Tapi orait la untuk kami sekeluarga : )



1 comment:

Rafhani said...

Best best best.bercuti kat mane2 asalkan bkn rumoh sdr mmg best.bila nok pindoh ostolia.bulih aku plan gi cuti dinung.accomodation n travel cost mung support deh.aku kuor blanja flight ticket jer.wokeh?eh,aku plok excited lebeh nih.

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me