Lamanya tak menulis.Nak buat mcm mana,masa yg tidak mengizinkan.Aku pun baru je selesai segala test,assignment,quiz dan juga urusan rumah dan hal2 lain.Syukur padaNya kerana semua berjalan lancar.Dan bulan ini adalah bulan yg amat penat memandangkan boleh dikatakan selang dua minggu aku wajib ke Shah Alam dan last week dlm masa seminggu dua kali aku dan keluarga ke Shah Alam.Penatnya tuhan sahaja yg tahu dan nasib aku baik kerana setiap Ahad aku mmg tak ada class.Lega.Tapi yg tak leganya bila setiap Isnin kelas aku straight dr pagi smpi petang kalah budak sekolah.Maka aku istiharkan Isnin adalah hari bingung sedunia.Dan 5 bijik text book confirm dlm beg.Dan nasib baik la aku drive sendiri dan kalau tak mmg hazab la duk kehulu kehilir dgn beg berat tu.Kurang2 aku boleh la letak buku dlm kereta kalau subjek tu dah settle class dia.Dan ini juga jwpn aku kenapa aku maintain x naik sangat badan walau pernah mengandung and beranak.Hehehe!Sebab setiap hari bakar lemak sambil bwk beban kat belakang tambah lagi kalau kelas kat tingkat tiga atau kelas yang jauh sikit pastu kena menapak jalan kaki.Tak ke exercise namanya.Bagussss!
Dan satu yg buat aku binggung lagi adalah untuk kali ini dah masuk kali kelima aku kena ketumbit tmpt yg sama.Mmg stress betul.Mata aku mmg bengkak plus gatal dan paling sakit telinga bila org buat joke yg point aku duk mengintai org la ni,itu yg ketumbit naik kat mata.Mmg tak sayang mulutkan?Dah insuran ke mulut2 tu?Hehehe.Sekali aku doa suruh korang kena jugak baru tau.Astaghfirullah.Tak baik mintak doa yg bukan 2.Tapi kalau korang kena jugak,ok la.Kurang2 aku ada geng.Hahahaha!Dan masuk kali ni dah 5 doktor aku jumpa.Tapi tak jalannnnnn.Dia hilang kejap pastu naik balik.Tension btol aku.Dan skang ni still bengkak merah mata sepet mcm baru lepas kena tinju.Sadis.
Tak berakhir disitu,lagi buat aku tak cukup rehat bila Damia yg asyik flu on off on off.Tapi takleh salahkan si kecik tu jugak.Cuaca yg tak menentu plus surrounding sepupu sepapat yg masing2 produce cendol sendiri tu,plus aku dan suami yg travel kehulu kehilir,mana tak kena flu dia.Bila naik kereta dh kena direct aircond,doktor kata dia mungkin allergic.Bila naik flight aircond atas kepala plus space yg kecik dan kebarangkalian nak dapat penyakit tu mmg besar.Mcm2 jenis manusia yg ada.Udara pun pusing2 dalam tu je.Mana nak sehat dan don't expect kau naik MAS takat nak dapat kacang free dgn juice segelas tu,tiket mahal pastu seat yg kau duduk tu bersih sangat dari debu.Nehi.Bunyi mcm tak puas hati jer kan tapi mmg pun.Hahahaha!Tapi mesti ada yg ckp kalau nak selesa sgt naik la business class.Ok.Tunggu kalau aku dah kaya mcm Semah ok? : ).Duduk yg economy pun hazab nak request business class.Tapi kadang2 walau Air Asia tak provide food tp selesa juga sbb MAS pun seat dia sempit juga dan mungkin sbb perjanan tak jauh rasanya.Sbb kalau yg long distance mmg selesa la.Apa la buka cerita psl flight pulak.Kalau dah blur,mengarut je benda yg keluar.Biasa la.Aku mmg perempuan yg suka tulis tanpa ada spesifikasi sbb tu BM aku B sbb aku selalu melencong lari dari tajuk utama.Hahahaha!
Ok la.Malas la aku nak tulis panjang lagi sbb next entry aku nak up entry pasal holiday as per request dari geng-geng bas sekolah aku kat UMT nung.Orait.Chow!
1 comment:
lagi info tentang ketumbit - Radang Punca Ketumbit
Post a Comment