Drawing

Mengimbau kenangan zaman kekanak,ewah.I dulu waktu kecik2 time belum mumayyiz lagi,I suka sangat melukis.Dulu time kecik kalau taknak bg I kacau orang,silalah bagi pen dgn kertas dan lepas tu confirm zup zap zup zap melukis.Dan bakat melukis ni I taktau ikut sape either mak atau ayah sbb I rasa neither my mom nor daddy,dua2 tak tau melukis pun rasanya atau saje taknak tunjuk bakat terpendam taktau la.Hahaha!Dan dalam adik-beradik I yg tak berapa nak ramai ni,my older sister pun ada bakat melukis ni.Kami sama2 pandai melukis tp I rasa cara melukis dia lagi cantik kot.Cantik dan kemas.I ni pulak mcm clumsy sikit.

Sebab apa I cakap ada bakat melukis sbb dulu time kat primary school selalu la masuk pertandingan melukis.Tp paling hebat pun takat wakil sekolah jer pun dan tak pernah lagi masuk sampai peringkat wakil negeri.Bermakna ada bakat melukis tp suam-suam kuku kakiku jer la.Dan time primary school tu mmg betul2 minat la sbb pantang ada free time,melukis je la kerja hinggakan kengkawan pun dah masak sangat la ngan I ni.Now kalau jumpa diorang,paling yg diorang ingat part I melukis tu la.Hahaha!

Lepas tu masuk secondary school.I sekolah SS dulu jd I ingat my fav teacher haruslah guru yg ajar lukisan.Sbb minat dan mmg my passion in drawing jd I selalu dapat pujian dari dia dan yg pasti selalu dapat siapkan task dia dengan cemerlangnya.Dan rupanya minat I tu bg advantage juga pada I bila siap boleh amik upah lagi tolong siapkan drawing bebudak yg tak suka ngan subject lukisan ni.Bayangkan waktu tu I mmg buat duit la sbb just perlu siapkan beberapa lukisan yg banyak main dengan warna then I caj satu drawing pad tu seploh ringgit.Zaman tu kira dah masyuk la tu.Duduk pulak sekolah kebanyakan bebudak ni anak orang berada so duit bukan masalah pada diorang.Hihihi!Sekolah premier pastu kat area istana.

Malangnya kelas lukisan just until form 3 je.Time form 4,I diletakkan dalam kelas aliran kejuruteraan tp I mintak tukar sbb rasa mcm takleh carry on jer walau orang cakap aliran tu sesuai utk orang yg pandai melukis mcm I.Tp pada I mcm tak relevan sbb lukisan kejuruteraan tu bukan mcm lukisan yg I selalu lukis.Sigh!Dan end up dengan menghabiskan form 4 dan form 5 dlm airan sains tulen walau tau diri tak mampu nak bawak.Huhuhu!Buang karan btol la.Patut masuk kelas yg ada subjek lukisan.

Mengimbau kenangan,after form 5 takleh g memana,so I masuk form 6 still kat sekolah yg sama.Amik Bahasa Melayu,Pengajian Am,Ekonomi & Sejarah.Habis form 6 sambung kolej.Amik National Higher Diploma in Business & Finance.Lepas tu sambung lagi Bachelor in Management ( Marketing ).Uiksss!Dekat hujung2 tu je yg relate.Hahaha!Nampak tak kat situ?I ni mcm takde nak fokus pada satu2.Carca merba je aliran yg I amik.Kikikiki.

Dan minat melukis ni berkubur after PMR.Tp still boleh melukis lagi sikit2 mcm buat artwork ke apa tapi bila benda lama tak practice,mula la sekarang tangan rasa agak keras dan dah start kekok nak melukis.Still boleh melukis tapi mcm kena amik masa sikit la.

Dan I rasa minat melukis ni dah turun pada ND cuma dia punya imaginasi tak sedasyat I la dulu.Kikikiki!Hanya orang tertentu je tahu apa yg dasyat sangat dengan lukisan I time umur I sebaya ND.Kikikikiki!


Ini lukisan ND dengan tajuk ayahanda with his friends.Cakap dengan kawan2 ayahanda tp tetibe terselit pic dia yang cinonet tu.

Dan motif lukis semua tak pakai baju siap highlight part pusat tu yg memang gelak tak ingat la lepas tgk.Terjelir pusat sesorang.Kikikiki!Pusat punya size pun dah nak sama ngan mata.Hahaha!


Dan ini pic MY FAMILY.Tp tak tahan part gambar DS la.Boleh dihitamkan muka adiknya tu nampak sangat dah lama geram ngan adik.Almaklum la adik dah pandai gigit orang.Selalu si kakak la mangsa.Itu yg lukis pic adik x berapa comel tu.

Dan part bonda dan ayahanda,bonda mesti dia lukis mcm besar sket dari bapaknya.Hamboi!!!Tak agak2 kan.Actually pic ni ND cakap semua orang duduk dalam rumah tp motif sangat tetiba ada pic SUN.Hahaha!Dia ni kalau lukis apapun,SUN tak pernah nak tinggal.

Kotak2 kat atas kepala tu dia cakap window dan bantal.I macam ???????????

Hai anak.Dan pic mcm ni I suka tampal kat dinding dan everytime nak study mesti mata nak tgk pic ni dulu lepas tu senyum sorang2.Anak oh anak.Benda simple je tp impak dia pada kita bila bergelar parents ni cukup besar rupanya dan skang baru faham perasaan mak ayah kita dulu mcm mana setiap kali anak capai satu2 milestones.Eksaited toksah cakap la.Hahaha!Mcm2.Phew!~

5 comments:

Nastyna said...

hahahah tang pusat tu mmg mata i tertacap... apa la imaginasi anak ko ni tinggi benor. tapi lukisan dia mucgbetter than jelita's for sure. tingkap tu.... tingkap plane kot... nk minta fly la tu kot hihihi.
eh i kan, sgt respek orang yg pandai melukis,, sebab i... omg! nak tulis nombor 8 pun senget2, usahkan nk melukis huhuhuhu.

Madam Fiey said...

Babe,nasib dia lukis pusat je.kalau dia lukis private part mampuih!kakakaka.Itu la.Tingkap plane kot sbb skang dah berdondang sayang duk tanya bila nak balik ostolia (sebutan cara dia.Hahaha!)

Nastyna said...

hahahaha so? bila balik sana nya?

Madam Fiey said...

In sha allah bulan satu tahun depan.Tak lama dah ni.Hehehe!Sebulan setengah je lagi.

rostina76 said...

hahahaha!!!!so the creative.

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me