Perihal ayam

2,3 hari lepas kot jiran hadapan rumah hantar seekor ayam.Ayam hidup hokkey.Ini mak kita yang mintak beli.Jadi yang akan sembelih ayam ni nanti mestilah abah kita.Tapi entah apa yang dikerjakan dua orang tu,sembelih ayam tak dapat tapi ayamnya pulak cabut lari.Ini dah macam Chicken Run dah nih.Sigh!

Dan time maghrib hari Rabu bebaru ni datang la makcik tuan ayam tu hantar ayam.Haaa....mcm mana ayam tu boleh dihantar balik oleh makcik tu?Ini adalah kerana ayam tu pandai pulak balik rumah tuan dia semula.Kira ok la.Buatnya dia cabut lari sampai ke Kolumpo tak ke susah.Hihihi!Jadi ayam tu kena ikat balik oleh tuannya dan dihantar balik ke rumah I.

Jadi bermalam la ayam ittew didapur rumah terikat kaki pastu duk dlm kotak.Sound silly sbb mcm terseksa pulak dia kan.Jadi pagi semalam abah kita pun asah la pisau nak sembelih ayam tu.Cubaan kali kedua.

Tapi elok jer siap asah pisau,my mom bukak pintu pastu ayam tu terus jump dari kotak tu cabut lari lagi.Haiyyaaa!Terlepas lagi buat kali yg kedua.Licik betul la ayam ni.Jadi bantut la lauk gulai ayam petang Khamis tu.

Dan harini,ayam tu jugak memang bikin panas betul la bila berkokok kuat gila kat tepi bilik kita.I pun macam,hah dah jam berapa ni????Aku tak dengar azan ke???Maklum la rumah sebelah mesjid.Kalau tak dengar azan tu bawak2 la check telinga tu ada masalah ke tak.

Meraba cari handset nak tgk jam.Cisss!Ayam.Berkokok jam 4 pagi.Potong btol la.Sambung balik tidur.Tapi dia bising lagi time Subuh tu.Betul2 tepi bilik.Ai ni mcm nak cari kes jer ni.

Memula I try halau ikut tingkap.Tapi makin kuat kokoknya.Panas betol la ayam ni.I pun apa lagi.Bawak satu botol mineral besar dan air kat dalam tu ada suku botol.Bukak pintu dapur,I baling botol tu kuat2 kat ayam tu.Melompat tak cukup tanah kau lari.Ai,pepagi dah gaduh ngan ayam.

Actually area rumah ni bukan tak dengar bunyi ayam.Ada je bunyi ayam jiran2.Tp ini kalau stok berkokok betul2 tepi tingkap bilik memang meroyan tuan rumah.Bukan kejap2.Panjang pulak kokoknya pagi ni.Mcm perli tuan rumah pulak gayanya.

Macam abah I cakap la.Ayam tu nak suh kau bangun solat malam la tu.Eh Eh Eh!

Jadi harini masih lagi tiada ayam yg masuk periuk sbb takde orang nak tangkap ayam tu.Dan I tanya mak td dia cakap ayam tu ada jer.Balik rumah tuan dia la.Eh pandai pulak cari jalan pulang.Hihihi!Mungkin esok la kot kena sembelih.Sbb ayam tu mak kita dah beli dari makcik tu.

Tunggu makcik tu hantar balik la ayam tu nanti.

Jadi cerita perihal ayam ni,ayam yg beria kami nak sembelih ni adalah ayam kampung.Ayam kampung ni kalau yg muda remaja tu,kalau makan mmg sedap la.Masak dulu la.Kang ada ingat I makan ayam mentah.Kikiki!

Ayam kampung muda memang sedap.Dan kalau tak silap ayam penyet idaman Malaya tu rasanya guna ayam kampung.Taktau la tp try double check.Karang I cakap confirm kalau tak,kena bahan pulak karang.

Dan ayam kampung ni dia punya size kecik sikit dari ayam daging dan ada jugak spesis yg besar iaitu ayam gergasi.Dan ayam kampung ni memang 100% takde campuran bahan kimia sbb mana ada dia kena cucuk tang sana cucuk tang sini.Hihihi!Dia punya telur pun lain.Kecik tp lagi berkhasiat.I suka nau telur ayam kampung tp mahal sikit la walau cinonet je size.

Kiranya entry ni nak citer pasal ayam jer la.Dan kalau ke pasar korang perasan tak ada ayam yg color hitam tu?Hehehe.Nampak scary kan?

Ayam yg color hitam tu orang panggil ayam pencen.Ayam pencen ni kalau ikutkan daging dia liat sket tp kalau ada org suka,orait je.Maklum la ayam yg dah kertu.Maknanya tu ayam yg dah dapat EPF atau Pencen.Hahaha!Tp ayam cedera kena baling selipar I tak sure dapat claim SOCSO ke idok.Kikikiki!



2 comments:

Nastyna said...

huishhhh memang bikin panas ini ayam..mak dia mana, mak dia... hahahaha
I tak boleh makan ayam kampung...sensitip... perasaan. hahaha

Unknown said...

Ini ayam yatim piatu ni.Kikikiki!

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You