Semalam si kecik DS tetiba demam.I pun macam memamai bangun carikkan ubat.Panas betul semalam tp rasa panas tu I pakai main agak je sbb thermometer kami dah R.I.P.Dari 6 bulan lepas lagi rasanya duk sebut nak beli baru ,nak beli baru.Tapi sampai ke laaaaa ni tak beli2 jugak.Entah la.Tangguh duk tangguh sesedar bebudak ni dah masuk darjah satu.Huk aloh.Memang tak beli terus la nampaknya.
Tapi budak DS ni demam ke,selsema ke still jugak aktif.Sbb tu mcm tak risau sangat.Lps kasi ubat semalam sempat lagi au cak emaknya.I usik kucing datang ambik dia,terus tidur sampai pagi.Yer la semalam I ada telan Cetirizin sebijik tp dia punya mengantuk ya ampun.Sampai rasa berat kepala.I taktau orang lain tp I kalau ubat ni mmg selalu jd mcm ni.I pun taktau time bila DS sambung mimpi sbb rasa mcm mimpi je dengar suara dia duk usik2 kita.
Ok dah cerita pasal semalam.Ni nak cerita pasal harini punya cerita.Td time maghrib tadikan tetiba anak tekak ni rasa nak makan cekodok.Kalau kat Terengganu ni kitorang sebut "Jeput".Ntah angin apa ntah yg datang teringin nak makan jeput yg dicampur dengan ikan goreng.Tau ke tak ni?Muahahaha!
Ini semua cerita nostalgia zaman kekanak dolu2 zaman kitorang ada kampung nak balik beraya.Time tu atok nenek kitorang masih ada dan kampung kitorang kat FELDA Jerangau,Dungun.Ini atok nenek sebelah mak I.My grandpa (Hamboi!Speaking!),Peneroka FELDA.Betul dak orang sebut lagu ni?Jd rumah diorang kat area tanah rancangan tu la.Mengimbau kenangan zaman kecik,heaven sangat rasa everytime balik kampung.
Skang dah takde kampung walau skang duk kampung jugak tp rumah moden so takde feel.Mcm kampung sebelah abah I,rumah kampung jugak siap ada telaga bagai tp kami pulak tak rapat jd mmg tak pernah ada kenangan pun stay rumah atuk nenek sebelah abah I.Kitorang visit diorang just pergi rumah diorang then balik.Mcm tu je.Ok.Tu cerita pasal grandparent both side.
Kalau tok nenek sebelah my mom memang rapat sbb tu everytime nak blk kampung mesti over excited. Memang syok wooo balik kampung.Paling syok sekali tang ada nenek yg rajin melayan la.Time tu request je nak makan apa,laju je tok kita ke dapur tung tang tung tang bikin apa2 la yg boleh dimakan.Kadang2 tu benda simple je tp dia punya sedap ummppp!Hahaha!Tp semua tu takat I umur 10 tahun je.Lepas tu kesihatan tok dan to'ki dan tak berapa baik dan that time diorang start stay dgn anak2 dan rumah kat FELDA tu bg orang sewa.Start dari tu,setiap tahun I beraya kat rumah je hingga sekarang.
Family my husband lagi la takde kampung sbb rumah diorang kat taman perumahan.Kiranya I ni ada gak kenangan tinggal kat kampung so takde la kekok sangat tp kalau my husband dia mmg tak biasa.Entah ada kenangan duk kampung ke idok pakcik tu sbb dia membesar di bandar Kuala Terengganu.
Berbeza ngan nenek zaman sekarang.Cucu request nak makan apa2,laju je pergi ambik kunci kereta.Bukan pergi dapur.Hahaha!Lepas tu ajak pergi beli kat kedai.Muahahaha!Kalau malas sangat nak keluar,order by phone satgi datang la orang mengantor.Uiiiii!Senang haih!
Antara kuih simple yg tok kita pernah buat adalah cekodok a.k.a jeput.Selalunya,leftover ikan goreng akan di recycle balik tau.Takdenya dibuang kalau tak habis unless benda tu dah basi.Tp ikan goreng rasa mcm susah nak basi.Dan tok kita ni suka bikin jeput bawang letak ikan goreng leftover ni.Haaaa....memang sedap tau.
Sebenarnya td takde terfikir pun nak buat jeput bawang ni tp bila nampak ada baki daun bawang yg I beli kat pasar td,dari membazir baik la buat sesuatu.Dan daun bawang ni kalau suami I ada,dia cukup anti.Entah apa dosa daun bawang ni pada dia taktau la.Kalau nak buat apa2 kuih,jgn masukkan daun bawang ni.Kalau tak dia tak akan sentuh langsung makanan tu.Mcm I ni pulak,suka yg amat dgn daun bawang dan kalau boleh semua masakan nak letak.Muahahaha!Masakan yg berkaitan la maksudnya.Takkan kau nak buat pengat pisang nak letak jugak daun bawang.Iya dok?
Jadi td I potong halus2 daun bawang ni,beberapa ulas bawang merah,then masukkan dalam tepung gandum yg I dah masukkan sebiji telur dan sedikit air.Actually cara nak buat cekodok ni ada byk versi.Kalau cara my mom dia suka masukkan marjerin/butter sikit tp I tak suka.Ada orang dia suka masukkan serbuk penaik sebab nak bg cantik bulat.Itu pun I tak suka.I pulak just suka yg simple je tambahan lagi mmg takde bahan pun kat rumah td.Jd kita bikin cekodok yg betul2 style lama punya dimana hanya dimasukkan bahan2 basic sahaja.Ikan goreng tu pulak I isikan ia lepas tu buang tulang then blend sket.Lastly jgn lupa letak garam sikit bg tambah rasa.Gaul rata.I jenis suka cekodok lembut so lebihkan air.Jgn risau kalau lepas goreng tekstur dia agak keras sbb tu hanya bersifat sementara.Hahaha!Bila dia sejuk sket dia akan lembut.
Bikin cekodok letak byk air ni cara my mother in law.Tp dia suka masukkan lagi cili yg dipotong halus.Sedap juga tp memandangkan ND pun nak makan so I tak letak la.I mmg suka cekodok yg my MIL buat.Cara my mom dia tak suka byk sangat masuk air lepas tu dia suka letak marjerin/butter so cekodok dia ada rasa rangup sikit.Dan pd I pulak,dua versi tu pun I suka.Lagi suka bila orang yg tolong buatkan.Muahahaha!
Ni dah cara moden dah ni pukul pakai whisk.Kikikiki!Senang beb cepat rata.Oloh orang dolu2 pun ada je whisk ni cuma bentuk mcm kelakor sket la.Kalau terlebih kuat pukul dia boleh bergulung sesama dia.Kakakaka!Kenapa I cakap ada sbb mmg org guna lebih2 lagi kalau nak buat kuih bahulu.Betul dak?Betul dak?
Tadaaaa!Inilah jeput bawangnya.Walau huduh tapi sedap.Jadi silalah jemput tengok.Kikikikiki!
1 comment:
kami dulu membesar kat kampung, owh rindu giler. eh my hubby is hantu daun bawang...dia makan macam ulam jer, sepokok2 gitu celup dalam garam and kunyah macam kambing, memang cara dorang macam ni, tanya la ur bosnian friend hehehehe I mula2 ingatkan oemalasnya deme ni nak potong, main ragut jer... rupa2nya memang gitu cara deme makan. pedas weh daun bawang. JJ dulu kecik2 dah pulun daun bawang, kata anak bosnia kan. hahahaha
Post a Comment