Resepi: Apam berkuah

Semalam bangun pagi tekak rasa teringin sangat2 nak makan pasta aglio olio tp gitu la.Rasa je la kot sebab kesudahannya adalah start enjin kereta pergi tapau KFC.Settle.Hihihi!Ni kes perut melapar sangat.Emak pulak ngah layan drama Philipines dia dalam jam 12.30 tengahari baru settle jd faham2 je la jam berapa emak masuk dapur masak. Dan I pulak kena attend kelas jam 2 petang so just making a quick decision yang tak berapa nak brilliant la.Hahaha!Please don't hiring me at your organization as a Manager.Ewah!

Nak masak sendiri takleh sbb si DS demam panas wooo so takleh nak letak asyik nangis je sampai ada masa I pun rasa nak nangis sekali.Dugaan betul la dah la baru baik sakit telinga tapi still sakit pinggang tak baik2 lagi.Alhamdulillah.Dugaan.

25 days to go.25 days yang teramat la crucial.Kikikiki!Semoga Allah swt permudahkan perjalanan.In sha allah.Apa yg perlu buat sekarang ni pun just terus berdoa dan berdoa,berusaha dan lepas je tarikh tu,tawakkal la dengan harapan biarlah result nanti with a flying color.Ewah!Lagi sekali.

Ok.Harini takde apa nak menggomel sangat usai dah dekat seminggu atau dua minggu kot blog tak berupdates sebab busy tak tau apa kerjaan entah.Jadi dalam entry ni just nak kongsi kerajinan semalam bikin kuih traditional negeri sbb lama sangat dah kepingin.

Actually kuih ni dah makin susah nak jumpa sbb orang dah mcm taknak buat sangat tp still ada certain tempat yang jual.Walaubagaimanapun,ada yg jual tp rasa tu amatlah mengecewakan.Pada tekak I la.Selalunya kalau apam tu mmg superb dan yg failed selalunya tang kuah dia.Kuah yg I jumpa kalau tak cair,tak lemak dan sedap mmg tak sah la.Jadi kalau nak puas hati makan,apa kata bikin sendiri.

Dan sebenarnya ini dah cubaan kali yg kedua sebenarnya.Kali yg pertama totally disaster tp yg second time ni I rasa puas hati sikit la walau tang apam tu kena perbaiki lagi.

Nah I share recipe yg I buat semalam. Apam oh apam.Ini antara kuih fav dari zaman kecik lagi.Emak ada cakap kuih ni kalau dulu2 selalunya jd kuih bg wanita dalam pantang.Kikikiki!For me,apam berkuah ni memang sangat sedap.Phew!



Antara kuih traditional Melayu yg popular di Terengganu.Ini bg mereka yg baru pertama kali nak cuba.Untuk apam just guna bahan basic je.Mungkin boleh di improvised ikut selera masing2.


Resepi apam

Satu kerek nissang / gula melaka ikut selera nak byk mana.Cairkan bersama 1 cawan air kemudian sejukkan.
Setengah cawan air suam dicampur satu sudu kecil gula kemudian tuang 1/2 sachet yis Mauripan atau tak kesah la yis jenama apa pun.Tunggu hingga yis bertindak balas.Paling cantik biar melebihi setengah jam.
500 g tepung gandum ( diayak )campurkan didalam mangkuk berisi nissang / gula melaka yg sudah dicairkan.Gaul rata kemudian tuangkan campuran yis.Gaul rata kemudian rehatkan selama setengah jam.Selapas setengah jam gaul secara kaup kemudian biarkan lagi.Buat sekurang2 kurangnya 3 kali kemudian bolehlah dikukus antara 30 hingga 40 minit.

Boleh jugak buat apam ni ikut resepi apam beras / nasi.Dua2 sedap.Resepi boleh google sbb bahan dan methodnya sama je. 

Resepi kuah apam

Santan ( sebiji kelapa )
Rebus 3 ekor ikan selayang / kembung.Masukkan sedikit garam.
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1/2 inci serai 
1/2 inci kunyit
1 sudu kerisik
3 sudu kelapa parut
Semua bahan diatas kisar sekaligus.
Dalam kuali lain goreng tanpa minyak sedikit ketumbar dan jintan manis.Kemudian tumbuk lumat bersama sedikit lada hitam.

Cara membuatnya:
Masukkan santan ke dalam periuk kemudian tuang bahan2 yg telah dikisar kedalam periuk.Tambah air ikut selera nak pekat mcm mana.Masukkan sedikit nissang / gula melaka /gula.Sedikit garam kemudian kacau perlahan atau sehingga pecah minyak.Siap untuk dinikmati.

Selamat mencuba.


No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me