Test + Puding Roti

Ok sebulan je lagi.Bertabahlah.Arghhh!Tak sabarnya dan tadi dah selesai test yang last.Harap2 dapat markah yg kebabom setimpal dengan ketekunan stado,study + tidur.Kikikiki!Mana taknya,semalam dah la itu je masa yg ada nak study,parents pergi Temerloh pulak dan sampai rumah pun dah malam.Si ND ngan si DS ni diaorang memang pendengki takleh tgk I duduk kat meja study.Lepas tu memacam la benda nak.

Walhal boleh je diorang main2 dua beradik ni.Tapi nak jugak sibuk menempel kat emak diorang ni.Tak kasik can langsung.

Jd I tak study kat meja tp study kat atas katil.Hmmm....study atas katil memang sah la boleh terlelap.Yang kelakar tu siap mimpi pergi pantai kutip remis.Banyak pulak tu.Ni mesti kes kempunan tak dapek makan kerang yang last week punya tu.

Kalau ada baca,last week area pantai Rusila hingga Marang dilimpahi beribu-ribu lemon kerang sampaikan dekat seminggu pesisir pantai tu dah mcm pesta jadinya.Siap ada orang bukak gerai lagi.Kalau petang sikit tu,jalan jammed tak tahan tu.Maklum la dah sekali ngan cuti sekolahkan pastu orang duk viralkan kat media sosial so berlumba-lumba la orang datang nak tengok sendiri.Siap ada orang lemas lagi.Iya la.Kerang-kerang tu memang la banyak.Tapi ombak besar jadi kena fikirkan pasal keselamatan diri jugak dan tambah lagi bukan kerang-kerang tu duk kat gigi air pun.Hihihi!Mati lemas sebab kutip kerang tak pepasal.

Hinggalah amaran dikeluarkan pihak polis iaitu larangan mengutip kerang barulah reda sikit.Bukan apa.Skang hujung2 tahun ni,ombak besar.Nak buat mcm mana.Fenomena yg jarang  berlaku dan laut sebelah sini kalau ikutkan mana ada kerang tapi itu semua kuasa tuhan la pemilik segala isi bumi ini.DIA boleh bagi apa sahaja dan boleh buat apa sahaja.Besarnya kekuasaan DIA.Subhanallah.

Walau banyak spekulasi yang dikeluarkan kat media sosial mcm ada yg cakap kemungkinan bakal berlaku bencana la (tok nujum FB),sampai ada yg takut nak pergi kawasan tu,bla bla bla.Dan tak kurang juga yg mengingatkan tentang hari kiamat yg hampir tiba.Ingatan pada semua tu dah baguslah tapi jangan duk pandai type kat FB je ingatan pasal kiamat lepas tu dah dengar azan berkumandang pun tak gerak2 lagi sedor-sedor dah habis waktu.Hihihi!Kena ingat la jugak kiamat untuk diri sendiri.Ye dok?

Jadi untuk test tu mcm tak study mana tp sbb pergi kelas 100% focus pastu ada la tanya sesikit ngan orang sebelah (eh sempat lagi),jd dapat la jawab dengan jayanya.Alah takyah nak pretend la korang tak pernah buat.Kikikiki!

Jadi skang ni just tunggu final je la.Nak sebulan je tinggal ni so moh le kita pulun study sungguh-sungguh.Nanti dah settle final nak kena packing barang pulak balik ke Australia.Nasib la balik haritu tak angkut byk baju tp sejak duk sini kemain duk tambah koleksi baju dan rasa mcm banyak pulak barang nak kena buat balik ni.Hukhukhuk!Tu tak termasuk segala mak nenek rempah ratus,budu belacan tempoyak bagai tu.Dan kalau nak buat balik kena packing elok2 plus tak semua barang boleh dibawa sbb Australia ni dia mcm strict sikit.

Just bare in mind,segala bilis,udang kering bagai tu atas nasib je la kalau lepas.Serunding ayam daging tu pun sama.Kalau sikit je bawak in sha allah lepas tp kalau sampai more than a kilo tu,pepaham jer la.I pernah bekalkan utk suami dlm sekilo mcm tu bila time kat custom tu selamat masuk tong sampah.Muahaha!

Eh sebenarnya nak ceritanya pasal semalam ada buat puding roti.Tp yg ni guna recipe lain dari yang biasa buat tu.Hihihi!Puding yg ni kos mahal sikit sbb pakai barang mahal.Hamboih!Jom share recipe mana la tahu berminat nak buat sama.Tp resepi asal kita intai-intai kat blog Kak Nani Rostam tu.I dulu pernah sekali pergi rumah dia beli biskut raya tp sekarang I tak sure dia still jual lagi ke tak.Tp sedap-sedap jugak biskut-biskut yg dia jual.Motif nak gtau kat sini.Kikikiki.

Tp recipe ni I ubah ikut berapa byk I nak buat jd I mcm reduce separuh la dari recipe asal.Dan siap guna roti Butterscoth sbb Kak Nani ada mention kalau pakai roti butter lagi mahveles rasanya.

Recipe I semalam:

I guna loyang 8 inci je.Nak buat dlm bekas casserole emak takde pulak.Nak bantai pyrex dia mcm besar pulak sizenya so hantam masuk loyang sudey.

3 biji telur
1 cawan heavy cream
1 cawan fresh milk
1/2 cawan gula
Sedikit esen vanila
Sedikit butter
Gaul sekata

Carik-carikkan roti susun dalam loyang.Kendian tuang la campuran kat atas.Then biarkan selama sejam nak bg roti tu sebati kot.Lepas tu taburkan sultana.Semalam habis stok pulak jd I just tabur sedikit serbuk cinnamon dengan gula perang.Banyak or sikit ikut selera.

Kendian bakar pd suhu 160 darjah celcius selama 30 minit.Done.

Untuk kuah kastad,Kak Nani pakai tepung jagung,I pulak guna tepung kastad.Guna fresh milk campur gula sikit (I rasa tak perlu manis pun sbb puding roti tu dah cukup manis + guna roti buttercoth lagi la kan).Bila susu dan mcm mereneh mcm tu tak perlu gelegak sangat.Make sure api kecik sbb taknak tetiba jd tragedy pulakkan.Kikiki.Pada yg biasa masak apa2 pun guna fresh milk or santan tau la apa yg berlaku kalau leka sikit.Kikikiki!Then nak hujung2 tu baru campur tepung kastad yg dah digaul dulu ngan air sbb taknak bg ketul2 karang.Kacau la sampai pekat.I rasa tak perlu terlalu likat sbb kuah kastad ni nanti dah simpan dlm peti es dia akan jd makin likat.Kalau kat Aussie I suka beli custard yg ready made tu sbb sedap tp cari kat sini takde,I mean kat Terengganu ni mmg mcm impossible la.Last time I cari kat Jaya Grocer takde pastu siap terpingga-pingga lagi pekerja kat situ bila I tanya.Sbb selalunya kalau kat Wollies or Coles,custard ni ada kat bahagian yg jual cheese kalau tak silap.Tp ada jugak yg diletakkan kat area baking.Yang tu kat Wollies ada.Dan mmg jenama dia kot.Arghh tak sure.

Ok done with custard.Lepas dah masak tu,tunggu apa lagi.Moh le kita ngap!Yum!Yum!Sedap pulak makan panas2.Hihihihi!



Abaikan kecomotan puding rotiku ini.Kalau masuk bertanding baru buat proper sket.Tapi ada ke orang nak suh masuk bertanding?Hahaha!


Ini yang dah di ngap semalam.Sedap tau sebab sendiri bikin.Kikikiki!





2 comments:

Nastyna said...

dah mu ni kenape tayang tayang puding rtoti sesajer tk hulur kat kiter? sejuk2 lapar ni wei. roti buttersctoch mahal kot... harus la sedap. hahahaha nak buat jugak la versi ni.

eh baru tau pasal kerang kerangan tu... pelik la pulak kan. haaa area pantai timur ni, musim tengkujuh kalau takder yang lemas, tak sah. eh kirim keropok keping sekilo.. hahahaha macam kau nak balik dekat sini. i dah berkali2 mimpi keropok keping wei, scary pulak. nak sangat2 la kot ni kan. hahaha

Unknown said...

Buat Mama JJ jangan tak buat.mmg sedap amat.lagi sedap kalau simpan biar berkepam dalam peti es.Bila buat keluar tu,humang aiii.Sedap sey!

Biasa la musim tengkujuh tak lemas tak sah.Kikikiki!Cukup ke sekilo nak kirimnya?Nanti la kita suh plane tu buat u turn agak2 boleh transit german in sha allah sampai la keropok tu.kikikiki

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You