Damia cinta hati kami

Memandangkan hari ni birthday Damia,13th January 2012,genap la usia dia 2 tahun.Rasa macam sekejap je masa berlalu.Rasa macam baru semalam bertarung nyawa nak lahirkan dia.Itulah saat yang paling tak dapat aku lupakan dan kadang-kadang datang jugak rasa macam tak percaya je aku dah lalui saat-saat itu.Aku pun bukan rajin sangat nak menulis panjang ni oleh itu marilah kita layankan sahaja gambar-gambar yang ada.Betul la kata orang,walau gambar je namun menyimpan seribu memori yang tak akan lupa sampai bila-bila especially pic orang-orang yg kita sayang.

Ini gambar seminggu sebelum.Aku pun x tahu samada time ni aku kategori overweight atau tak sbb aku rasa sepanjang pregnant aku mmg tak mkn byk.Bukan tak selera cuma aku makan sama mcm time aku sblm mengandung.Kuantiti sama tapi aku sengaja banyakkan bergerak bg aktif.Naik tangga turun tangga tu mmg biasa la.Rutin harian maklum la aku time ni baru 1st year di UMT.Alhamdulillah sepanjang aku bawak Damia dlm kandungan ni,Allah swt bg aku kesihatan yg paling baik dan aku mmg tak ada mengidam nak makan itu nak makan ini.Nehi.Sbb kalo aku request nak apa-apa pun,aku dah set dr awal,kalau ada,ada,kalau tak ada,sudah so rasanya tak ada la org kata benda mengidam yg tak dapat tu tapi anak tetap meleleh air liur.Hmm...mengarut ah semua tu.Alahan pun jarang dan sbb tu aku tak perasan pun bila 1st trimster,bila 2nd trimster,bila 3rd trimster.Sungguh aku tak tipu cuma satu je alahan aku iaitu sukar tidur diwaktu malam  dan sbb tu la aku byk membaca time tu.Dan alhamdulillah juga bila aku diizinkan olehNya dapat bersalin secara normal walau awal 21 hari dari yg sepatutnya.



Pic Damia yg fresh dari oven.Hehehe!Betapa aku rindu saat pertama kali nurse hulurkan dia pada aku untuk dikucup sahaja,harap maklum.Lepas tu terus dibawa pergi sbb doktor nak aku rest.



Ini waktu majlis cukur jambul.Damia waktu lahir lebat kemain rambutnya.Itu yg buat aku selang 10 minit sekali nak kencing terutama waktu malam.Sungguh hazab waktu tu dan itu juga antara kenapa aku susah nak tidur.Puncanya cepat sgt pundi kencing refill dgn air.Hahaha!Tapi org tua-tua la ckp sbb rambut anak tebal sgt tapi doktor cakap kedudukan baby yang menekan tu yg buat aku nak terkencing selalu tu.Tapi serious dua bulan terakhir tu hanya Allah swt shj yg tahu betapa seksanya aku kena ulang-alik ke toilet.Hahaha!

Waktu majlis akikah ni,teramat la behave sbb tidur je manjang dia.Hehehe!

 Ini pic 6 bulan rasanya.Agak montel waktu ni.Bam bam juga sbnrnya Damia cuma sekarang makin susut sbb dia tak suka makan.Hanya banyak minum susu,susu dan susu.Kalau makan pun ikut mood dia.

 Ini pulak waktu hari raya.1st Aidilfitri kami sambut bertiga.Chubby sikit time ni tapi takut orang.

Ini pic kat dalam rumah "Kami" dulu.Barang yang lepas usah dikenang.Tapi...wooooooo....rasa sedih tu ada lagi weh!Aku ingat lagi betapa excitednya kami anak beranak time tu.1st house hokkeh!.Spot kaki Damia yg hitam berdebu.Hihihi!Debu rumah.

 Ini pulak time Damia tak dapat berjalan lagi tapi berani.

 Dan inilah moment yg tak akan dilupakan sampai bila-bila.Damia 1st step.Excited punya pasal,pic ni je yg aku sempat snap.Syahdu tiba-tiba.Damia can walk at 11 months.Macam kelakar pulak.Dia cepat berjalan sbb dia berani.Tonggeng sikit2 tu tarak hal dan yg aku nampak dia ni jenis berusaha.Pakai baju punjab tak sesuai sbb rambut pendek.Hihihi!

 Dan ini hobi masa kini.Fokus setiap kali bermain dan amat suka sepah barang.Paling dia suka buku.Nak buat mcm mana waktu dalam perut mak dia sekolah lagi.Hiks!

 Dan bila besar sikit dah feeling dewasa bila takmau baby chair setiap kali ke mana-mana restaurant.Dan apa yg pasti nak makan sendiri.Fav toy skang ni tu yang hijau hidung panjang tu.Sendiri bg nama,"Bobo" padahal toy tu nama lain.Lantak la nak.Tapi sekarang ni dah jadi satu kerja pulak nak pastikan si Bobo ni ada tiap kali big boss request nak.Kalau tak jumpa siap la.Meraung la jwbnya.Aduh!Pening.

Apapun segalanya terlalu bahagia buat kami.Anugerah yang tidak ternilai dari yang Maha Esa setelah 2 tahun penantian.Hari ini usia kamu sudah genap dua.Aduh!cepatnya masa.

Nota kaki:Kata xmau taip pjg tapi entry ni rasanya panjang jugak.Hikhikhik!

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You