Kuala Lumpur

Aku berani potong kuku bila tgk tajuk entry orang pasti fikir ni kalau tak entry pasal pergi lawatan ke Kuala Lumpur ni atau mesti nak cerita pasal sejarah Kuala Lumpur.Yea,yea,aku tahu dua-dua tak ada kena mengena tapi jujur cakap kalau bab nak bg tajuk entry aku mmg selalu failed sebagaimana aku failed subjek tuuuuuuuuuuuuuuuut! (censor sbb ngeri kalau bagitahu).

Adoi!Stressnya aku.Tak habis2 dgn stress.Sebelum exam stress,nak exam pun stress,tengah exam pun stress,ni dah habis exam pun stress lagi.Last2 bila fikir balik,apa benda la yg buat aku stress sbnrnya ni?Dan konpem yg tengah baca ni pun mesti tengah stress sama.Maafkan aku sbb dah heret korang sama ke dalam kancah konflik diri aku.Wah!

Okeh!Skang ni aku rasa banyak betul benda kat dalam kepala hotak aku ni sekarang.Plan terbaru  ni pulak next week nak kena turun KL lagi untuk medical check up.Itu yg final la aku rasa yg perlu disettlekan.Rasa lega la juga cuma asal la tak dibuatnya kat sini aje.Aku bukan apa,dengar2 SALE sana still on lagi.Huks!Sempena CNY katanya.Itu yg stress tu bila difikirnya.Hahaha!Laki aku dah warning.Tak perlu nak mengedik sangat nak shopping bagai.Maka start jam ni jugak kena kuatkan mental dan fizikal supaya tak terbayang-bayang akan SALE sana SALE sini tu sbb kalau fikir mesti gagah kaki nak pergi.Hoh!Itu yg memerlukan dua gabungan mental fizikal tu.Harus cekal okeh!

Walau awal2 cebik bibir bila Ariey cakap medical check up kena buat kat KL tapi diam-diam mata bercahaya TING! sbb kat tangan kita ada voucher buku 1Malaysia.Yes!MPH here I come.Dan siapa yg berani nak sound aku sekarang,eleh,tak pro kerajaan tapi sibuk nak ambik voucher bagai memang sila tadah pipi sekarang.Meh aku kasi lempeng sedas dua kat muka tu.Apa kau ingat suami kita tak kena income tax?Hahaha!Suami awak tu yg tak kena income tax tp sibuk nak canang suami gaji ribu-riban pastu buat muka hiba bila tak sempat isi borang untuk dapatkan voucher cash RM500.Apehal!Hihihi!Gelak jahat*

Jadi kalau ikutkan kat borang untuk medical check up tu,dua option je dia bagi.Satu Gleanegles Medical Centre yang dekat Ampang pastu satu lagi aku lupa Icare ke Ice Age tak pun ice cream kot namanya tapi lebih kurang macam tu la bunyinya dan yang tu dekat PJ.Maka kami decide pergi yg PJ tu je la dan sewaktu discuss yg ni tak membawa kepada pergaduhan laki bini sbb masing-masing saling bertolak-ansur,ayat takleh blah dan juga memandangkan kwn Ariey dah buat kat situ jugak dan charge dia pun RM36 untuk seorang.Dengar mcm tu terus senyum sampai telinga tapi bila dengar cost untuk courier benda tu terus bijik mata pusing lawan arah.Series beza giler harganya.

Sambung balik pasal voucher buku tadi pulak,tetiba perasaan jadi berbunga-bunga.Dalam kepala dah mcm-mcm dah fikir ni buku apa nak beli.Tapi kalau buat list mana-mana buku yg jadi idaman hati tu ,mmg confirm lebih la dr nilai yg dibagi tu.Rilek-rilek.Tarik nafas.Hidup jangan tamak.Kita fikir yg mana priority dulu.Hahaha!Priority sangat la.Nak beli buku rujukan mmg kena tunggu bukak sem dulu la.Tapi kalau ikutkan sempat je sbb next sem aku start 18 Feb cuma bdk2 "U" lain yg mengeluh sbb sem diorang bukak je nanti voucher tu dah nak expired.Itu yg ada sampai sanggup jualkan pada orang voucher tu dan itu yg aku rasa apahal pulak kau nak jual sbb bukan dia specifikkan pun dgn voucher tu kau hanya boleh beli buku rujukan sahaja.Ke ada diorang mention tapi aku tak tahu?Rasanya tak ada pulak sbb bdk2 ni cakap nak beli stationery pun boleh.

Dan daripada kau jual voucher tu adalah lebih baik kalau kau guna buat beli buku-buku lain.Beribu buku ada kat kedai tu.Pelik betul aku pada yg fikir singkat sampai sanggup nak jual la,apa la.Kalau rasa benda tu useless sangat,mai sedekah kat aku nih.Hahahaha!Tapi kalau dgn nilai voucher tu buat beli buku Damia mmg banyak la dapat.Huhuhu!Heaven.Jadi tak perlu la anak aku tu nanti rambang2 mata nak pilih buku mana dia nak sbb aku biasanya peruntukkan untuk dia sebuah buku shj tiap kali pergi kedai buku.

Tapi tetiba aku datang cuak.Eh!Memang diorang tak spesifikkan ek buku apa yg patut beli or mmg kena beli buku rujukan je?Kalau dah spesifik buku rujukan je,maknanya aku kena simpan dulu la voucher ni dan next sem je la baru guna tapi niat nak borong buku kat MPH tu masih belum pudar.Trust me.Hahaha!Tak dapat guna voucher,korek tabung pun aku sanggup.Hehehehe!

Dan apa motif aku kat sini nak up sangat entry pasal voucher tu kalau voucher tu boleh guna untuk beli buku lain terus rasa gembira tapi kalau tak dapat guna pun,tetap nak shopping buku jugak.Heh!Dan itu sbbnya tiap entry aku mmg jarang ada penyelesaian jadi sila jgn ambik iktibar dari penulisan aku.Hahahaha!Dan kalau perasan,kejap nak cerita pasal medical check up,pastu kejap masuk bab voucher buku.Sah memang takde keserasian langsung penulisan aku ni.Kalau drama tv cerita main lompat-lompat  lagu nih mmg confirm siapa yg tengok tu mmg akan ada kebarangkalian timbul perasaan terasa nak terajang tv.Ekkk!

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You