Facebook Oh!Facebook!

Facebook oh! Facebook!Skang ni dah mcm trend dh.Bkn mcm trend dah tp mmg dah trend pun.Ko takde FB ko mmg tak up to date.Hehehe!Sana sini org duk cerita psl FB.Nk cari kwn lama pakai FB,nak cari kwn baru pn pakai FB,nak cari gf/bf,bini/laki,stok geli2,peluang bisnes etc semua pakai FB.Mmg hebatlah penangan FB ni sampai tahap asal on pc je mesti nak bukak FB dulu.Kalau tak bukak sehari mcm tak lengkap pulak hidup.Isk!Dasyat2!

Apa motifff aku ni???!!

Tak adalah.Sebenarnya saja je aku nak tulis sbb aku rasakan yang org kita ni dh salah tanggapan dgn FB ni.Kalau dilihat boleh dikatakan FB ni dh jadik mcm diary bergerak pulak.Sbb aku rajin sket mlm ni,saja aku nak pjgkan bebelan aku ni.

FB sbg medium cari kwn baru,track kwn2 lama,sambungkan balik silaturahim yg lama putus,silap2 boleh buat reunion balik,tmpt berkongsi cerita/idea/nasihat,bisnes,forum bla bla bla-pada aku BAGUS!

Tapi dlm canggih2 tu ada juga beberapa makhluk yg tak berapa nak canggih bila FB ini silap pulak cara implementasi dia.

Tapi ada bagus jugak andai mak cik jual pisang goreng kat umah aku ni ada FB sbb leh aku order pakai FB je.

"Mak cik pisang goreng dua hengget kol pat karang ambik"-canggih siot!

Berbalik pada citer td tak tau la kalau aku je yg perasan atau korang je yang buat2 tak perasan bila:

Situasi utk laki bini - Pada aku setakat nk share cerita psl anak2,newly wed,family,aktiviti etc ok jer nak dilayan cuma bila masuk bab discussion antara laki bini yg pada aku dlm bilik/rumah pun boleh discuss tp nak jugak tanya kat FB.Contohnya,perlukah korang:

1-Tanya laki/bini korang harini nak msk lauk apa/nnt plan bercuti family nak pergi mana bla bla bla-Apa tak ada hp ke?
2-Tanya laki/bini perasaan cinta or asal gaduh jer bising kat FB tp bila baik start la sajak2 syahdu kat FB jugak.Sng je org nk detect kita gaduh laki bini silap jd bahan ketawa org.
3-Perlukah seorg isteri nak inform laki dia outstation/OT balik lmbt kt FB.Tak ke bahaya andai la ada org nk ambik kesempatan dh tahu kita duk sorg2 kat rumah.

Situasi orang keje opis

1-Bosan dgn keje luah kat FB
2-Marah bos luah kat FB
3-Tak dpt cuti benggang dgn bos luah kat FB
4-Bosan staff lain ramai cuti tinggal dia sorg2 kat opis luah kat FB
5-Takleh settle keje sbb diri sendiri kurang bijak luah kat FB-aku sound direct je sbb dr korg sibuk berFB baik korang surf internet cr solution nak settle task korang tuh mcm mana lagi baik
6-Sampaikan bos block FB xleh bukak kat opis pun nak marah luah kat FB-whatdaheck??hahaha

Apa korang keje ni ikhlas ke tidak sebenarnya???Kalau tak ikhlas nasihat aku better quit job jer la.Senang.

Situasi GF/BF

1-Nak kejut gf/bf pun nak pakai FB
2-Nak remind bf/gf pun nak pakai FB

Apa korang takde hp ke yg boleh sms bagai x pun call??Tapi mungkin tak ada la tu kot sbb tu pakai FB (think positive)

3-Sng citer cintan cintun dlm FB la yg kdg2 buat org lain loya tekak baca.

Dan the worst skali tanpa sedar kdg2 niat kita hanya update status nak luah perasaan (kata "what's on your mind?")tapi secara x sedar kita menunjukkan kelemahan diri sendiri dimana org lain boleh take advantage pada kita.Tak ke bahaya tu.

Dan ada juga yg suka tunjuk brg2 yg ada,kete mewah yg ada,umah yg besar gedabak yg ada (sbb umah kwn lain tak sehebat umah sendiri),brg apa yg selalu beli bila g shopping bla bla bla.Iyelah,kwn2 lain tak ada.Time ni la nak riak sikit kan tp bahaya la andai ada tetiba ada yg aim kita kan?Zaman skang ni semua benda kena hati2.Ragut,rompak,ceroboh,bunuh..nauzubillah.

Tapi bila fikir balikkan,aku ni dh jadi mcm org sibuk pulak.Dah page diorg lantak diorg la yg aku nak sibuk tu asal??Betul tak??Aku bkn nak sibuk cuma aku rasa dalam hidup ni pandai2 la beza apa yg patut dgn apa yg tak patut tu.Sbb selama ni yg aku nmpk kebanyakan org lebih suka ikut kepala sendiri dr fikir kesan akan dtg.FB salah satu medium untuk bersosial,so gunalah ia secara berpada2.


Kot ye pun addict sgt jgn la sampai jadi tahap mcm ni *Ihsan google

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You