Rasanya belum terlambat untuk aku mengucapkan Salam Ramadhan pada semua muslim seluruh dunia.Harini masuk la hari ke 3 kita semua berpuasa.Dan tahun ini merupakan tahun ke 3 aku menyambut puasa sebagai seorang isteri dan tahun pertama sebagai seorang ibu.Dan tahun ini juga merupakan tahun ke 3 menyambut 1 Ramadhan tanpa suami disisi kerana sehingga ke saat penulisan ini ditulis,kami masih lagi tinggal berjauhan dan pejam celik pejam celik 19 August ini adalah tahun ke 3 perkahwinan kami.
Dan puasa tahun ini,masih seperti tahun terdahulu,aku masih lagi bukan seorang yang ghairah ke bazar ramadhan.Kalau pergi pun boleh dikira dengan jari berapa kali dan itu pun mesti sebab follow sesape yang nak pergi dan bkn dr keinginan sendiri.Bkn apa,bila pergi for sure semua benda kita tgk nak beli dan hasilnya kalau ikut nafsu semua beli,last2 membazir sebab time berbuka makan tak seberapa pun.Dah dapat segelas air,nasi pun macam slow jer masuk mulut.Hehehe!Seingat aku waktu aku duduk kat Shah Alam dulu pun,aku usaha juga masak kat rumah walau lauk yang sempat buat tu pun sardin semata sebab balik kerja lambat.Tapi bagi aku okey jer janji ada benda yang boleh dimakan dan even time suami ada pun masak juga walau masak hanya lauk ringkas tapi suami aku tetap nak makan masakan dari rumah jugak.Tahun ni,baru semalam aku kirim air soya itupun sebab teringin sangat.
Bercerita tentang ramadhan tahun ini,semalam aku ada ke Pasar Chabang Tiga dan apa yang aku lihat suasana sangatlah lengang.Tidak seperti tahun2 terdahulu dimana awal2 puasa biasanya pasar2 penuh dengan orang.Pada petangnya pula,hanya sekadar mengikut kakak ipar yang ingin ke bazaar ramadhan dan aku hanya duduk didalam kereta memerhatikan sekeliling dan keadaannya masih sama.Tidak semeriah seperti tahun2 terdahulu.Dan pada pandangan aku,keadaan ekonomi sekarang sememangnya tidak mengizinkan kita untuk berbelanja lebih dan kita harus berjimat cermat.Pada aku apa yang dicanangkan kerajaan tentang ekonomi Malaysia yang semakin meningkat dalam media hanyalah sekadar menyedapkan hati rakyat kerana realitinya tidak seperti itu.Dengan anak yang masih kecil mungkin tempiasnya belum aku dan suami rasai namun bila aku ajukan soalan pada mereka2 itu,jelas ada nada keluhan resah dalam percakapan mereka.Petrol naik,harga barang naik.Bila timbul isu gula yang naik harga,kerajaan berpesan pada rakyat agar mengurangkan gula demi kesihatan.Persoalannya kenapa baru sekarang?Dan apa relevannya?Andai tinggal di Terengganu bahangnya sudah dirasai,bagaimana agaknya kehidupan di bandar besar.Pada aku semuanya menekan.Kedai2 makan juga tidak semeriah dahulu dan hanya sesetengah sahaja yang penuh namun kebanyakannya agak lengang.
Namun apa yang pasti segalanya harus berjalan dengan duit waima untuk menggunakan tandas sekalipun.No money no talk.Hahaha!
No comments:
Post a Comment