Nasi Dagang Terengganu uolllsss ~

Baking and cooking  ~ my passion

Walaupun ada masa I masak sukses dan ada masa masakan kelaut pun tp tetap minat yg satu ini masih menjadi minat hingga kini.Tak pernah jemu tambah lagi minat yg satuuuuuu lagi x mention iaitu minat terhadap makanan.Bukan minat seni makanan oh bukan.Straight to the point,ia adalah minat makan.Kikikiki.Ada ke orang dok suke makan? Hihihi

Jadi harini suami request nk nasi dagang jadi kita pun pergilah menuntut ilmu dengan emak.Umur dah nak masuk 30 eh dah 30 sebenarnya tapi baru nak terhegeh-hegeh belajor.Jd alang alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan.Tapi sebut pekasam macam sedap pulak kalau boleh makan ikan pekasam.Eh terlari topik pulekss.

Cerita pasal nasi dagang ni antara Terengganu dan Kelantan memang famous cuma sebutan je sama tapi rupa adalah berlainan.Dua2 ada keistimewaan memasing.Tp harini nak tunjuk nasi dagang Terengganu.Nak tau rupa nasi dagang Kelantan sila google.

Jadi lepas buat tp rupanya takde la susah mana sebenarnya cuma renyah sikit la tang nak msk nasi dan bikin kuahnya.Kalau kuah ada caranya pulak.Nasi pun sama.Ada step step dia.Tapi harini takmau share resepi pun.Sbb kalau nk share resepi kena tulis detail.Takat tulis resepi belum tentu org boleh buat dgn betul sbb byk step by step dia.Tapi kat blog pun ramai je cerita cara buat so boleh la rujuk.I rasa takde byk beza pun kot antara cara emak dan orang2 lain buat.

Tapi rasa happy jugak la sbb at least harini dah dpt satu ilmu.Tinggal satu je sampai ke sudah tak dapek2 iaitu bungkus ketupat pulut.Asal I bungkus je keluar ketupat ubi.Kalau nampak bungkus mcm ketupat ubi tu I punya hasil tgn la tu.Kikikiki.Sampai emak fed up.Katanya blah la pergi main jejauh.Tak masuk ajaran langsung.Nak buat guane.Sel otak tak berapa nak bersambung.Kikikiki.


Bukan nasi dagang namanya kalau tanpa nasi.Hehehe.I nak gtau ni la nasi dagang.Takde kena mengena pun dengan dagang pak malau dagang apa ntah sambung sendirik!


Ini kalau takde takpe je sebenarnya tp rasa ibarat makan kuih lompat tikam tapi takde kuah.Missing something.Hiks.Buat je la bkn susah pun.Ini acarnya.Tapi versi kita la.Versi mak siap ada sengkuang lagi nenas lagi kacang tanah yg ditumbuk lagi.Kita punya simple je.


Dan inilah dia Gulai Nasi Dagang Terengganu.Actually rempah gulai ni x susah pun nak beli.Kat Pasar Payang ada jual.Cari kedai yg dekat dgn tangga kalau tak silap nama kedai Pak Leh.Beli kat situ.Lagi best just gtau je nk msk nasi byk mana sbb pakcik tu akan tahu berapa byk rempah yg perlu kita guna.Nanti dia timbang siap2.

Tayang lagi sekali, jangan marah aaaa...


2 comments:

umiyumi said...

Salam Fi, dah teriur dah tgk nasi dagang.. hehehe :)

Unknown said...

Waalaikumussalam Kak Umi,
Kalau ada rezeki dtg Trg, Fi ada kat Malaysia gtau la.Nnt suruh emak masak nasik dagang utk family Kak Umi.Eh suruh emak pulak.Hehehe.Tapi btol ni.Nak jumpa gak Kak Umi lagi ? : )

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You