Harini banyak pulak kerjaan yg nak dikerjakan.Handphone battery buat hal.Dah beli baru burn $69 pastu tup tup balik rumah tak menjadi.Esok kena pergi balik tukar yg lain.Adoi!Stressnya mak.Dia bagi masa within 3 days kalau nak tukar baru.Ini yg part paling malas ni.Arghhhh!!Kenapa la suami tak cakap nah ambik duit ni alang2 pergi tukar battery tu,g shopping skali.Ya ya ya.Dalam mimpi.Choi sangat!Jd nak taknak kena jgk pergi sbb Sabtu dah nak ke Perth.So takde masa dah.Dah la packing tak settle lagi.I ni mmg suka buat kerja last minutes tp kalau membawa anak pun nak last minutes mmg ada la nanti benda tertinggal.Huhuhuhu!Itu mmg susah benor nak ubah.Mcm abah I cakap la.Terlampau cool sangat susah gak.Hahaha!I ni memang jenis takde perasaan sikit.Kikikiki!Sangat la opposite dengan my sister.
Ingat zaman sekolah dulu,my sister akan bangkit awal,bersiap awal dan dia mesti nak sampai sekolah awal.Kiranya tak langgar peraturan sekolah la.Baikkan dia??Heks sangat.Hahaha!
Dan I pulak,ada aku kesah nak sampai awal ke tak?Hahaha!Takat denda kutip sampah tiap pagi tu apa la sangat.Dah mmg jadi part time job dah.Jadi benda tu kalau tak banyak,sikit tu ada gak I bawak sampai sekarang.Hihihi!Suka buat kerja last minutes.Time exam pun mcm tu gak.Esok ada paper malam tu baru nak pulun segala.Kau ingat kau ada Doraemon boleh mintak roti ingatan.Ambik roti tampal kat nota pastu makan.
Baik dari sekolah,kolej pastu universiti.Sama je tak berubah.Tapi,tuhan tu Maha Adil.I ckp mcm tu sbb dia bagi I pasangan yg opposite dengan perangai I.So melengkapi antara satu sama lain la.Suami I perangai dia macam my sister la tapi dia tak garang.My sister rimau akar,suami kita kitten comel.Muahahaha!
Cerita ini hari,Damia ada sesi bergambar kat kindy harini.So pakai cantik sikit la.Selalu I bagi dia pakai baju2 yg lusuh jer.Sbb gila nak bagi pakai baju yg baru kalau setiap hari balik ada 1001 satu benda spot kat baju.Kikiki!Pagi dtg kindy comel jer,tp balik comot gila.
Besor dah anak dara kita.Ini on the way balik dari kindy ni tp dah kat area kawasan rumah dah ni.Tergelak jer orang2 kat tepi jalan tgk I tolak Dian dengan stroller pastu si kecik belakang tolak bear dia dalam stroller jugak.
Kalau dah namanya budak perempuan.Sikit sebanyak mesti ada naluri keibuan tu.Mesti nak main mak-mak.Hehehe!Takpun main kahwin-kahwin.Tp kalau zaman dolu2 anak balik citer main kahwin-kahwin,mak kita senyum jer.Zaman sekarang jangan main.Kecut perut baca cerita pepelik bebudak zaman skang.
Ini mood ok layan la kalau kita nak snap pic dia.Kalau moody jgn harap la.Dia bagi kita gambar gegor.Esok last day school pastu mak dia cutikan dia selama sebulan.Bahagia la kau nak takyah g kindy sebulan.Tp Damia suka pergi kindy.Memang la suka sbb asyik duk main jer.Kalau kindy kat Malaysia pun dia suka jugak cuma biasa la bebudak bila sekolah 5 hari seminggu mmg ada la hari malas sedunia dia.Tp kindy sini 2 dan 3 hari jer seminggu.Dia rotate la sbb ada dua group.Actually dia ada offer yg straight 5 hari cuma I malas la nak daftarkan yg staright 5 hari tu.Malas nak ngantor salah satu la,pastu I taknak dia cepat rasa bosan ngan sekolah sbb tahun depan dia dah kena masuk prep.Prep tu dah macam pra sekolah dah.Jadi this time I nak dia enjoy jer dulu takmo bg presure pun.
Skang ni pun dah byk benda dia belajar kat kindy tu.Actually I tak berbahasa Inggeris sangat kat rumah.Kalau ingat baru guna,tak ingat,bahasa Gannu jugak la adanya.Hihihihi!.Itu yg mcm kelakar jer bunyi bila Damia tanya,'Guaner ni bonda?'.Pekat giler.Hahaha.Suami jer yg rajin duk practice dgn anak
Tapi walau bahasa Inggeris bukan bahasa utama kat rumah,hambik sekarang Damia pun dah speaking dengan I.Setiap hari makin improve.Bagus la nak.Sbb tu I tak risau sbb budak2 ni dia cepat jer belajar.No worries.
Sebut no worries teringat tadi ada satu white guy ni.Memula time I lintas jalan tu dia pandang.I syak la dia ni duk tgk Damia yg gigih duk tolak stroller so malas nak amik port sangat.Tapi rupanya pandang ada makna.
Tup tup dia datang rumah duk promote saloon dia.Iya.Saloon kat belakang rumah I ni jer.Dia tunjuk la pakej dia,walk in like a VIP tu.Tapi sekali tgk harga nak tersembur balik roti yg I ngah makan td.Kurang $30 kot nak seribu.Tapi ada lagi la special offer dalam $100++ tu.Actually saloon tu byk gak offer service dia.Menarik tu mmg la menarik tapi rege tu yg tak tahan tu.Dia cakap la bila lagi nak spoiled kan diri.Hamboi!Spoil abah kau la.Kalau spoil kau start offer $50 dulu tak la kecik hati sangat.Ini mahal oiii!Dia cakap la boleh bayar guna kad.Sekali lagi I bagi.Kad abah kau la.Hahahaha!
Pastukan start la dialog sedih cubaan selamatkan diri.I pun cakap la still new here,kad bank pun takde.Seme harap laki jer.Laki yg settle segala.Dah la tak kerja,duk rumah jer kira bulu.Haaaaa!Tapi terkesan la dialog drama swasta I td.Dia pun mcm give up jer nak pujuk I submit pakej yg dia offer tu.Tak kuasa mak.
Satu lagi I pun buat sendiri jer part2 menjaga kecantikan ni.
Ni pun muka I nampak berseri-seri ni pun sebab ambik air sembahyang jer.
Hehehehe!
7 comments:
Sian ke abah....guna nama dia dok bg royalti...
-rimau akar-
Choooooiiiiii....kahkahkahkah
tak hagak2 kan, ingatkan pakej nyer 30dollar jer, rupernyer... tettttt. mmg abah dia la. hahahaha
comeyyyy mak mak kenit tu tolak stroller dia, ni kalau nampak kat jelita ni mau nak jugak tolak2 ni, takper tolak adik mu nnt la yer jelita hehehe.
pita borek tu kan, second day kat sini my mertua dah sinsing lengan baju menebar doh, faveret kami semua tu. banyak kali jugak la dia ulang buat dalam seminggu ni. hihihi yer, nama nya agak locah. muahahaha
ukaloh…..samer je rasa peseng ngan kros. semua jenis last minit pastu selamba je, contrast sgt dgn husb yg perfector. huhu!!!btw comeynye anok dara ganu terrrr jalang molek la kang dah kena tegur dgn mat salleh. heheh!!!dang lg dia promote tu, saborrrrr jela. kros pun lening xdok istilah spa bagai. setakat sekali je try buat facial sini. kik3x…..pastu jupa indon yg mobile mari gurut dumoh cum blh wat facial bodo2….murah jeeeee la tapi
Kena credit gok ke?hahaha
Itulah Nas.Tak hagak2 langsung.Kikikiki!Caya ke JJ tolak adik tu?Takut melencong stroller tu kelain karang naya.Hehehe!
Hahaha!Kak ros pun sama.Mmg boleh BFF la nih ngan kak ros.Kikikiki!Mmg haru biru la.Hahaha!
Itulah kan kak ros.Nak jimat buat facial sendiri jer guna bhn2 yg ada kat dapur tu.Kikikiki!
adoi..k dee igt nak singgah jap je kat sini. ni dah sampai post yg keberapa dok baca and gelak sorang2. haha. suka la baca blog Fi :)
Post a Comment