Cuti-cuti Australia ~ tapi tak bermula lagi!Hahaha!

Ahh..haaa...,

Kita sinonim dengan cuti-cuti Malaysia.Betul dok?Tapi tu kalau kat Malaysia la kan.Dan kali ni I nak ajak,moh la kita cuti-cuti Australia pulok walau hakikat bukan holiday yg sebenar pun tapi lebih pada menyelam sambil telan air glup glup glup!

Ok.Here we go.

Let's go to the zoo....owh bukan.Let's go to the airport.Today I dan anak-anak nak ke Perth following my husband (tp dia dah pergi 2 minggu awal).Lama gak kami kat sana nanti.Lebih kurang sebulan.

And this is my very 1st time handling two kids without my husband for a long distance journey.5 jam lebih tu kira lama la jugak.Tapi tambah lagi 3 jam,boleh balik Mesia.Hahaha!Brisbane to Malaysia dekat2 8 jam hokkey.Ni Brisbnae to Perth,5 jam lebih.Usih!Lamonya.

Dan beza masa antara WA dgn sini dalam 2 jam.Masa kat sana sama dengan Malaysia.

Takpe.Flight jam 3 petang.Chill man.Chill.Estimate sampai sana jam 5 lebih mcm tu la.


So ada masa lagi nak fikir apa lagi yg perlu dikerjakan.

Dan harini jugak I tak dapat attend usrah kat rumah Kak Asma'.Takpo la maybe next time.Dah la rumah dia 200 meter jer dari rumah I.Boleh pergi jalan kaki jer.Memang haritu plan nak ke Perth weekdays so leh la join tp cancel pulak bila suami suh beli ticket on weekend pulak.Jadi moh la kita.

Kali ni awal sikit I packing.Maklum la bwk bebudak kecik ni,dengan dengar katanya cuaca kat sana sejuk baru bermula,so banyak pulak barang yg kena consider perlu dibawa.Siap g shopping baju anak2 barang sehelai dua.Bukan baju apa pun.Cari baju yg boleh buat diorang rasa selesa.

Kat Brisbane ni seminggu haritu jer rasa sejuk sangat.Skang dah rasa mcm biasa pulak cuma takde la panas pun.Still dingin.Skang kipas semua dah tak pasang dah.Heater kadang2 kena gak pasang sbb cuaca sejuk tu kadang2 mcm tak menentu.Tp I still sok sek sok sek gak nak selsema.Dah tau cuaca sejuk cepat nak dpt flu,pergi makan nasik cicah budu pulak,memang mendapat la kan.Hahaha!Flu,hidung gatal campur sekak kepala.Ada resdung agaknya.

Jadi seminggu ni I busy betul duk cuci cadar la,cuci toilet la,sental dapur kasi kilat la,pastu suami dah pesan sesiap mana2 sayur,bwg2 segala kalau tak habis,suh bagi jiran.Hmm.....nak suh clear peti es la tu.Tp ada betul gak.Dari dibiarkan makanan tu rosak takde org makan,baik bagi jiran boleh jugak dia guna.

Jadi banyak kerja sikit la minggu ni.Dah la dua kali kena pergi mall.Sekali mmg sbb shopping baju anak2,lagi sekali cari battery handphone.Akhirnya my Samsung Notes yg dah berjasa almost 3 years,dah kopak sana sini calar-balar,kdg2 stuck tetibe (dah tua la tu maksudnya) mula tunjuk belangnya.I syg sgt phone ni tau.Takmau tukar lain kalau boleh.Handphone ni I beli masa memula keluar haritu.Banyak jasanya.Bior la dah tak IN dah ngan trend skang sbb skang dah keluar triple canggih dah,tp handphone ini tetap dihati.Bior la besor pun.Huhuhuhu!Bior la takleh swipe guna censor pun.Huhuhu!Bior la kadang2 I nak snap pic tetibe kuor warning FORCE TO CLOSE.Huhuhuhu!Sadis sangat tau.Kalau main Candy Crush lama sikit,tetiba color kat screen jadi satu tone.Kau mampu??Hahaha.Ok.Lupakan pasal handphone.

Owh lagi dah takde apa dah kot bila semuanya dah settle so tinggal rumah dengan senang hatinya.Nanti balik rumah dengan lega hatinya sbb rumah dah clean and clear.Yg tinggal kalau balik bercuti biasanya kain baju busuk sajer ler jawabnya.Hahaha!Tp this time I nak make sure I balik tak bawak baju busuk.I nak cuci sesiap.Tengok la berjaya atau tak.Hahaha!

OK.Then tata titi tutu la especially untuk pokok2 I yang tercinta.Pokok kari,daun pandan,dan kunyit.Pokok yg tumbuh mekar..............
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Ekkkkk!Bye pokok herbs ku.Jangan notty-notty.Huhuhu!

(Tak tinggal rumah pun lagi pokok dah mampuih)

2 comments:

Rafhani said...

Siannya pokok tu...hmmmmmmm...hahahhahahahaha.Happy holiday ditepi beach.Jgn lupa sunbathing tgh sejuk kokoh tu....mapuh kerah...hahhahaa

rostina76 said...

adusss…pokok tu majuk sbb dok bwk dia skali…jauh ekk perth dgn brisbane. patut aku pujuk bohhh g harung perth skaligus next trip ni dia kata dok lehhhhhhh. dok pahang2. aishh.

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me