Cerita semalam suami nak keluar jumpa kwn dia nak discuss pasal kerja.Dia ajak la I join,tapi malas aihhhh.Dah la dia nak overnite rumah kawan dia laaaaaagiiii la malas.Kikikiki.So I decide takmau follow tp suh dia bawak Damia skali.Jadi semalam mcm rehat sikit la.Just only me and little Dian kat rumah ni so bolehlah bersihkan,kemas-kemas apa yg patut.Yang kelakarnya semalam suami call ckp Damia nangis nak bonda.Takleh tidur.Pulak dah.Pening betul la budak ni.Dia ni kalau kat rumah takleh jauh dari bapaknya.I ni ibarat tempat dia nak bergaduh jer.Sekali bila I takde,tahu sedih nangis.Kikikiki.Entah ayahanda dia pujuk lagu mana ntah barulah tidur.
Pagi ni punya cerita,kami plan nak gi jalan2 tp nampaknya batuk kawan my husband makin teruk so diorang pepagi dah buat lawatan ke klinik.Pastu time diorang sampai rumah boleh Damia still pakai baju tidur dengan diapers lagi.I dah bekalkan baju dlm beg tapi tak jugak mandikan anak.Itu beza anak dengan mak,anak dengan ayah.Kakakaka!Dengan berbaju tidur tu la dia angkut anak dia ke kilinik.Dengan gigi tak gosok.Haish!Dia boleh pulak bersiap wangi2.Hahahaha!
Tapi lepas suami balik dari klinik tu kami gerak pergi tempat apa ntah td namanya.Td suami ada interview.Layanzzzz kan sajork la.Tak la lama tp bila duk tunggu dalam kereta dengan anak meragam segala memang rasa amatttttttttttttttttttt lama.Sampai tak tahan I called jer suami.Kena marah tau sbb suami cakap dah la dia ngah kena interview dari speaking omputeh tetiba keluar bahasa Terengganu.Muahahaha!Ok ok.Bini mu tak buat lagi.Hahahaha!
I called pun just nak tanya lambat lagi keeee???Kalau agak2 lama lagi I nak bentang tikar kat depan ofis ni,picnic.
Anak2 pulak tak hagak2 dalam kereta pun nak main gaya duk kat playground.
Ini sebab bosan la ni Dian post mulut ikan ni.Nak buat duck face tak reti.Hahahaha!
Pastukan hampa sangat sbb ingat harini boleh la ke Perth City tp suami tak larat dah.Dia ajak gi Rockingham Shopping Mall jer.Hmmmmmmmmmmmmmmm......takat masuk mall pastu shop lot dia pun sama jer dengan mall kat Brisbane takde beza pun.Hammpaaaa!
Tapi walau hampa ada happy jugak la bila time muncung2 tu tetibe dpt text dari Kak Umi Perth.
Dari rumah kami tak breakfast so kami lunch kat foodcourt kat situ jer la.Nasib ada stall yg HALAL.I mean selain dari kedai jual Kebab la.Takleh nak telan dah kebab rasanya.Huhuhuhu!Kami makan kat stall yg jual Indian Cruisine.Sedap la pulak dari nasinya,roti pastu I choose 4 jenis kuah.Chicken butter,meat khorma,dhal,pastu kuah kacang apa ntah,tp semua sedap I tell u.Ada peluang nak pergi makan lagi.Double sedap kalau nak compared kedai Indian Cruisine kat area rumah diBrisbane sana.Chicken Maryland jer best.Lain2 cam so-so jer.
Suami tanya kot la ada apa nak beli.Tapi serious wess mmg shop lot,supermarket totally sama jer mcm kat Brisbane so I cakap la taknak shopping just balik Brisbane nnt la kalau nak shopping pun.No mood la.Plus kalau I beli brg yg kat Brisbane pun I boleh beli,baik takyah.Buat berat luggage I jer nanti.
Tapi itu la kan udah namanya perempuan.Mulut jer ckp taknak beli brg.Dah nak keluar ke parking dah,tak tersengaja nampak clearence utk pan Wilton ni.Jenama Wilton ni kalau kat Malaysia leh tahan gak mahal.I suka beli sbb material elok.I dah ada beli satu dan everytime I bake cake/lasagna mmg cantik je tak melekat walau kdg2 lupa nak spray or spread mentega kat loyang tu.Pastu susah nak calar.
I nampak ini pada harga $6.99 terus ambik la.Suami ada tanya taknak loyang bentuk arnab sekali.Time tu rasa mcm taknak tp bila balik menyosal la pulak.Adeh la.Takpe la.Redho jer la.I amik ni sbb rasa mcm tak makan space sgt kalau sumbat dlm beg ni.Kikikiki!
Motif beli pan ni sbb balik rumah nanti nak cuba buat biskut lidah kucing tu.Nak cari loyang lidah kucing tu mana la ada kat sini so I rasa yg ni boleh kot.Tgk la mcm mana nanti.Kikikiki!Kalau berjaya,I share cerita.
Pastu td balik je ke apartment,berlakulah pulak tragedy May.Choi sangat.
I harini tak jumpa spek mata ntah kat mana letak lupa la pulak.Jd nak keluar td I pakai la contact lense.I ni mmg pakai lense yg daily sbb lense weekly (ada ke?),monthly semua tak jalan.Setiap kali pakai dah mcm kena allergic pulak.Pendek cerita mmg takleh pakai la.Lense daily ni pulak siap ukur diameter anak mata,buat memacam treatment baru jumpa yg suit.Tp ntah macam mana ntah dia bikin tragedy pulak harini.
Jadi mmg dari awal pagi lagi lepas pakai I rasa tak best.Mata sebelah kiri ni rasa cam kering sgt tp gagahkan jgk pakai.Bila balik td terus masuk toilet nak tanggalkan lense tu.Sekali I rasa dah tanggal tp takde pulak kat tgn.So I yg cepat panik ni terus la membuat cubaan demi cubaan nak tanggalkan tapi takleh tanggal.Ahhhhh!Sudah.
Tanggal yg sebelah kanan orait pulak walau rasa pedih sikit sbb mmg mata rasa kering taktau kenapa.Pastu I dah terloncat-loncat panggil suami.Panik sangat td.Suami duk tenangkan I pastu dia ajak pi klinik.Tp kwn dia ckp cuba try g optometris kat belakang apartment ni.Pastu terus la 4 beranak turun pergi ke optometris tu.
I terus terjah meja kaunter cakap takleh tanggal lenses.Tolong la saya.Saya panik ni.Wakakakaka!Pastu perempuan kat kaunter tu cakap sabor,sabor nanti dia try slot in antara patient doctor tu memandangkan I punya kes ni emergency.Kecemasan la jugak kira ni.Kikikiki!
Pastu bila sampai turn I,doctor datang panggil,cecepat masuk bilik doctor terus ckp mcm yg I cakap kat kaunter tu la.Boleh doctor gelak sbb dia cakap ramai gak patient dia mcm kes I ni.Hahaha!
Pastu doctor tu pun apa lagi.Cek la mata kita.
Hmmm....................dari masalah lain yg kita fikir rupanya dapat masalah lain.
Doctor tu teropong siap mata kita,lenses tu takde pun.Dan mungkin dah selamat jatuh kat memana time I bukak tu la.Dah mata agak kering so mungkin dia jatuh sendiri.Dan kesan dari tgn I yg membuat cubaan demi cubaan nak tanggalkan tu,terus meninggalkan kesan calar kat anak mata.
Jadi tak pepasal I kena letak eye drop 4 kali sehari pastu kena follow up balik dgn dia hari Jumaat ni.Arghhh!Inilah orang kata takde penyakit cari penyakit.
Sajer letak dgn kanggaroo.OZ kan.Hahahaha!
Lebur $54.Hmmm....balik tu kena bebel dgn suami.Next time dia suh jgn cpt panik.Sabar.Sabar.Sabar.Iyolah.
Tapi sempat lagi pow suh suami beli ayam goreng masa OTW balik td.Biasa la.Suami bebel I mana ada kesan.Lagi tambah selera nak makan ada la.Sentap sentap nan ado!
No comments:
Post a Comment