Zaman kekanak dulu tipulah kalau kita takde impian.Betul tak?Impian kanak2 zaman I dulu la.Time tu takde la lagi dalam wish list nak masuk Ipad,x Box,PSP,PS 4,I Phone bagaikan.Usai nak jumpa komputer pun susah time tu.Kikikiki!
Jadi antara impian zaman kekanak dulu,tp ini bukan impian I la.Ini kira mcm impian kanak2 time tu la misalnya,nak pergi tempat yang penuh dengan gula-gula dan coklat.Motif dia kononnya nak makan segala gula-gula coklat tu sebanyak-banyaknya tanpa susah hati nanti kau sakit gigi.Hahaha!Iyalah.Impian bebudak.Itu kira dah best sesangat dah tu.
Image google!
Dulu pun I pernah jugak berangan.Tp tak consider as my wish la.I bayangkan I berada kat mall pastu berlaku gempa bumi bangunan pun runtuh.Nak dijadikan cerita tempat I terperangkap tu adalah area tempat coklat dan gula-gula dlm supermarket.Kononnya bila terperangkap mestilah takleh keluar pastu lapar jadi boleh jer la ambik mana-mana gula-gula coklat yg kita suka.Kalau ingat balik,bangangnya imaginasi I.Kalau dah terperangkap dlm bangunan runtuh,terperangkap pulak tu,usai nak mkn coklat,nak angkat tgn gerak badan pun belum tentu dapat.Adoi la.Tp itulah dinamakan imaginasi budak-budak.
Lagi impian kanak-kanak adalah mesti nak berada tempat yg boleh dikatakan syurga toys.Hahaha!Itulah kanak-kanak.Tak gula-gula,coklat,toys.Itu jer dalam kepala otak.Pastu dlm kepala otak tu kalau boleh nak main jer 24 jam.Hahaha!Teringat waktu kecik2 dulu kalau time balik raya ke kampung,esok nak raya,malam tu sure takleh tidur.Ada dua sebab biasanya.Bukan sbb imsonia hokkey.Satu sbb adalah kerana tak sabar nak pakai baju baru dan satu lagi rasa rugi kalau tidur.Hahaha!Kalau boleh nak main dengan sepupu-sepapat sepanjang hari takde stop tp apakan daya,jelingan ma abah adalah lebih ngeri dari cerita hantu kopek yg dikatakan berkeliaran kat luar rumah mencari mangsanya.Hantu kopek jalan sambil dukung baby tu.Time tu kira dah rasa seram sangat dah tu.Sampaikan kalau terasa nak kencing memalam pun sanggup posponed until esok pagi.Wakakakaka!
Dan andai ditanya I la waktu tu,apakah impian I time budak-budak dulu.
Ok meh la I reveal hokkey.Kikikiki!
Impian I waktu budak-budak dulu,mmg teringin sangat-sangat taktau dah nak cakap mcm mana.Nak mintak ngan ma abah rasa mcm besar sgt permintaan tu sbb I mmg dah rasa diorang tak mampu tunaikan pun.Wah!Dan kalau I propose sekalipun time tu,samada tak kena ketuk kepala on the spot,I mungkin kena paksa tidur sejam lebih awal sbb mintak benda bukan-bukan.Hahahaha.Apa yg besar sangat impian tu.
Ok.
Impian I waktu zaman budak-budak dulu adalah nak 'Rumah sebelah dengan sekolah'.
Hahahaha!Apa ke tahap malas nau nak g sekolah sampai boleh masuk dlm impian.Kakakaka!Tapi serious itulah impian I.Memang ku pahat erat dalam diriku akan impianku yg satu itu.
Sungguh jealous hokkey dengan kawan2 rumah diorang berhampiran sekolah.Kikikiki.Mau tak jealous,tertinggal getah pemadam pun selamba jer balik rumah ambik.Itu belum campur mak tunggu tepi pagar hulur bekal waktu rehat.
Dulu I enjoy pergi sekolah cuma tak enjoy perjalanan pergi balik ke sekolah tu.Pastukan I dulu benci sgt kalau kena stay back kat sekolah.Biasanya kalau ada kelas agama petang dengan ko-kurikulum la.Tapi enjoy ke sekolah tu pun bukan sbb enjoy belajar,tp seronok main dengan kawan-kawan.
Kita throwback la cerita masa I darjah tiga.Hihihi!Ni relate dengan 'Kenapa saya suka rumah saya' eh bukan.Ini relate dengan 'Kenapa saya suka kalau rumah saya kat tepi sekolah'.
Waktu tu tahun 1993 kalau tak silap.I darjah 3 pastu skolah sesi petang.I ada sorang kawan baik.Nama cantik orang pun comel iaitu Rabiatul Adawiyah tp orang panggil Atul.Dia ni mmg tomboy betul tp manja.Acaner tu?Tomboy tp manja.Hahahaha!Maksud manja tu sbb cpt nangis la tp ganas nak mampus mengalahkan lelaki.
I ingat time tu waktu rehat.Jadi berebut-rebut la nak ke kantin.Sekali dia ni boleh sahut cabaran dari sorang budak lelaki ni lumba lari siapa dulu sampai ke kantin.Jadi berlari la dua orang ni.I rasa mmg I nampak la ada bdk pedajal dia dengan cara sepak kaki dia.Pastu si Atul ni hilang kawalan,golek golek golek,dupppp!Cantik punya landing dalam longkang besar.
Waktu tu I taktau samada nak gelak atau nak sedih.Kikikiki!Longkang tu ada air tau tak.Jadi bila dia keluar dari longkang korang boleh bayangkan la mcm mana dia time tu.Hihihihi!Ada extra bau seh.
Kebetulan ada sorang cikgu kat situ.Cikgu tu ada gak bebel2.Iyalah.Apa kejadahnya kau nak lari2 ke kantin.Pastu cikgu tu suh dia balik usai rumah dia mmg kat kawasan sekolah tu jer.I pun apa lagi.Cecepat la volunteer nak teman.Motif sangat.Jd balik la dia ke rumahnya ditemani I.Pastu siap leh mandi salin baju baru bagai then datang balik ke sekolah.Senangkan?
Jadi sejak haritu la I masukkan dlm my wish list I untuk ada rumah kat sebelah sekolah.Itu jer.Besar betul impian.Hahahaha!
Tapi apa yg pasti,sampai ke sudah impian tu tak terlaksana.
2 comments:
Ntt buat jer rumoh tepi sekoloh....biar damia n dian realisasikan ur childhood dream...kikikiki
hahahaha!!!!apa la xbestnya impian bonda damia ni. harap2 xde la impian cam gitu ye
Post a Comment