Eksesais

Selalukan dalam hidup ni kita perlukan faktor penolak baru kita nak buat.Faktor penolak lepas tu baru nak bertolak.Hehehe!Eh,main kiasan pulak.

Apa faktor penolaknya?Apa benda yg kita nak buat?

Faham tak ni?Sampai ke tak apa yg nak cuba disampaikan ni?Hahaha!Atau apa yg aku merepek ni??

Ok.Ayat kejam takde kiasan,"Dah tahu skang gemuk,rajinkan la diri eksesais".

Hah!Tu dia.Ok.

Seperti biasa rutin normal I setiap minggu kecuali cuti sekolah adalah menghantar Damia ke kindy.Hantar pulak bukan berkereta tapi naik bus.Sampai dah expert sgt dah jalan sini sbb habis laluan dah I try.Hahaha!

Suami cakap,bagus2.Bini aku memang suka takde kerja cari kerja.Huhuhu!Pastu cakap kat suami alang2 duk hantar ambik anak,ingat nak exercise sekali la dengan berjalan kaki pulak.Nak pergi gym jgn harap la si Dian I nak letak mana.Nak senam aerobik kat rumah susah nak konsisten.Minggu ni buat sekali pastu yg kali kedua pulak masuk bulan depan seterusnya belum tentu buat.Muahaha!

Jadi minggu lepas buat muka sedih tunjuk kaki melecet sbb jalan jauh kasut tak sesuai.Pastu ckp kita nak turun berat badan saje jalan jauh tp kasut tak best.Sekali suami cakap,"Iya iya.Kukuh sangat alasan tu.Good reason katanya".Hihihi!

Jadi bila suami dengan semangatnya belikan running shoes baru (walhal yg kat Malaysia tu yg almost 4 years dah I beli tp tak pernah pakai pun),kena beli yg baru sbb I tak bwk kasut I tu.Huh!Last week terus beli hokkey.

Tak nyempat nak tunggu sales Mother's Day.Eh,Mother's Day pun ada sales running shoes gak ke?Mungkin kot kalau ada yg nak bg mak dia suh eksesais.Hahaha!


Kalau yg sebelum ni pink,kali ni amik yg orange pulak.Biar dari kejauhan suami dah boleh spot kita.Hahaha!Tu dia bini cheq ngah eksesais.

Pastu sempat lagi selit selipar.Hahaha!Asyik duk berkasut jer manjang,rasa bosan gak.


Ini memang murah kat sini.Kalau kat Malaysia mmg mahal la sikit usai ini mmg brand sini.Mahal la kan kalau takat selipar up sikit dari selipar jepun pastu nak letak rege sampai RM70-80 sepasang kan?.Hahaha!Tp kat Malaysia I ngak tau berapa yg ni.Ini yg paling standard jer ni.Taktau la either kat Malaysia pun murah gak selipar ni.Mampu milik ni dan boleh beli tanpa rasa was-was.Hehehe!

Dan hari ini memang dalam sejarah la I mampu jalan kaki sejauh 2 km sambil tolak Dian dengan stroller.

Esok mesti ulang lagi.Dan lagi,dan lagi.Target dia nak sama berat dengan suami.Terkejutkan?Stress tau tak bila isteri lagi berat dari suami.Itu yg asyik sabotaj dia sengaja masak pastu masak pastu masak,pastu paksa dia makan.

Memang cantik la.Mcm harini,I masak nasik ayam simple (nak gtau simple sbb tak follow cara biasa buat nasi ayam.Guna cara lain sikit.Ok nanti kita story).

Lepas dah kenyang dinner,eh masuk dapur lagi bikin butter cake pulak.Lepas masak suami cakap jap lagi dia makan.Pastu kejap tak kejap,sesedar dia dah membuta.Akhirnya butter cake masuk perut aku jugak makan sambil nangis T _ T (leh caya ke?bunyi mcm bahagia jer.Hahaha!)

Asyik macam ni,bila nak capai target berat ideal ni.Adeh la!


Butter cake resepi pakai main hantam sajolah ikut mana ada bahan2 kat pantry.


Inilah nasi ayam serba-serbi nak cepat namanya.Maunya tidak,takleh nak masak nasik ayam yg proper sangat sbb lately Dian susah betul nak tidur lama sikit time siang hari.Asyik nak memerap jer.Tak memerap buat lawatan tapak dlm rumah.Dah la skang dia gerak walau still meniarap lagi,laju gila.Kejap kejap depan pintu toilet,kejap bawah meja makan.Jangan nanti kejap-kejap dah ada kat rumah orang sebelah.Hehehe.Jadi mmg agak mengganggu konsentrasi untuk memasak la.

Maka terjadinya nasi ayam ni pun bila den tak kuaso dah nak mengojar anak daro pastu kalau lama sikit tinggal dia kat hall,dia punya nangis jerit kuat gila.


Letak la jugak sikit saderi nak bagi aura rasa sup tu.Daun sup sikit tp bawang goreng dan kobis asin takdo.

Nasi ayam harini I pakai kiub Knorr jer pastu ayam dia I perap pastu bakar.Nasi pulak,amik balik sup td,tumis sikt dgn butter,halia,daun pandan,bawang putih (I dah kisar siap2),taruk gula sikit (nak bg rasa lemak).

Ayam pulak I taruk sos tiram,kicap manis,kicap masin,garam sikit,madu,gula sikit pastu perap ngan ayam.Bakar pada suhu 180 darjah lebih kurang 40 minit kot.Aksesori tambahan,salad takde,timun takde so letak tomato jer.Nampak tomato mcm berkuah tu sbb I tuang sikit gravy dari ayam.Panggang ayam tu I taruk butter sikit,itu yg jd meriah sgt gravy dia tu.Siap.Mmg senang gila.Rasanya setengah jam dah siap kot masak.Kikikiki!


Ayam yg dah masak.Mekar sekali kelihatan bontotnya ayam itu.Hihihi!


Potong tomato pastu letak gravy ayam tu sikit.Kikikiki!Part buat gini buat gitu memang kepakaran kita.Janji rasa sedap.

Sos lada pulak,I guna jer sambal belacan yg dah sesiap buat stok dlm peti es.Kikikiki!Sorry la suami nasik ayam ada rasa belacan sikit.Bini mu ni malas harini!

2 comments:

rostina76 said...

hahaha!!!!semangat giler. baguh2 go go power puff girl. btw serius cekci selipar jepun tu………nasi ayam kira ok lagi la nak bagi tenaga eksesais tapi siap kek lagi ni, kena sekeh dgn trainer gini

Tengku Damia said...

Hahaha!Ni kalau ikut program kevin zahary ni mau kena halau.hahaha

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me