Cold + Flu = Ngilu.Huhuhu!

Cuaca dah makin sejuk sekarang ni cuma sejuk dia tu ON OFF,eh ada pulak lagu tu.Ada hari sejuk gigil ada hari rasa biasa jer tapi kalau dah tengah malam tu,hehehe,sejuk dia tu kalau boleh rasa nak postponed hajat tunggu pagi esok jer baru settle.

Setakat ni paling sejuk suhu cecah dalam 8 °. 

Takleh nak bayang orang yg duk kat negara yg suhu cecah negatif.Ala,takyah negatif la.Suhu bawah 10 tu pun dah rasa kalau boleh nak membungkus jer dlm selimut jd tepung bungkus.Itu kalau boleh la.Adeh la!

Taktau la winter nanti macam mana.Tapikan bila dah start datang musim sejuk ni,perkara yg paling I takut sangat adalah anak2 jatuh sakit.Mintak mohon jauh la tapi apakan daya,lebih kurang 2 bulan mereka tak kena selsema,semalam secara berjemaah pakat selsema pulak.

Cerita hari Sabtu bebaru ni,lepas usrah haritu,balik rehat jap kat rumah pastu suami ajak keluar pergi mall.Balik dari mall pergi pulak minum kat Bubble Tea sambil duk melepak ngan bebudak Aviation.Tiga orang termasuk kawan satu tempat kerja dengan suami.Tapi sebut bebudak mcm ramai sgt.Keskeskes!

I ingat lepas minum kat Bubble Tea tu terus balik,tp pergi singgah pulak kedai masakan Thai kat Hawken Drive.1st time try makan situ boleh tahan sedap tapi tak snap gambar sbb malas.Hahaha!Next time kalau pergi lagi kita story la sikit psl kedai tu.Makan ramai2 memang la selera lain mcm,licin hoi.Pinggan kami jer ada baki sikit.Kikikiki!

Jadi balik rumah dah nak maghrib.Dian orait lagi waktu tu walau dah start merenggek-renggek mungkin sbb sejuk kot.Damia pulak berkeras takmau pakai jacket,balik rumah terus sakit tekak.Dian pulak start berair idung.Mak dia pulak berair mata.Hahaha!Nangesss wesss sebab esok bapak diorang nak ke Perth pastu dua2orang budak ni pulak tak sehat.Choi sangat!

Kiranya 1st time la I kena handle anak yg serentak tak sehat sorang2.Malam sebelum bapak diorang berangkat tu diorang dah start tak sehat dah tp I orait lagi sbb leh jaga bergilir,tp 1st night bapak dia takde tu,uishhh!si Dian merenggek takleh tidur sbb hidung tersumbat sampai pagi hokkey.Sampai dengan I sekali jd tersumbat otak sbb tak cukup tidur.

Bayangkan bila dia lena je,I pun baringkan dia.So kononnya dia dah lena I pun nak tidur la sekali,tp mimpi pun tak sempat nak masuk intro,budak kecik ni dah huk hek huk hek.Stress weiiiii sampai pagi drama angkat letak angkat letak dia ni.Mmg tak tidur la pendek kata.

Tapi walau rasa sekak,walau lenguh yg amat,walau penat,tetap nak ucap,alhamdulillah.Dugaan.


Inilah budak kecik hingus sipi-sipi jer lagi nak masuk mulut.Skang dah tak bagi kerjasama dah tiap kali nak sedut hingus tu keluar.Skang cepat jer tgn kecik tu capai duk tarik wayar penyedut tu.

Malam kedua pulak,anak2 dah sehat sikit tapi still merenggek la jugak cuma takde la seazab malam sebelum tu.Tapi 2nd night boleh pulak dua2 orang bangun takmau sambung tidur pastu ngadap cartoon jam 4 pagi.Mak dia dah rasa mcm nak pengsan dah.Nasib la bukan hari Damia sekolah.

Masuk hari ketiga,everything back to normal.Semua dah ok dah.

I pun hitung hari jer ni nak ke Perth pulak.Lama gak kitorang kat sana nanti.Dalam sebulan lebih kot.Nasib la company bagi apartment tepi pantai lak tu.Jadi takde la kami kena peram dalam rumah jer.So pepandai la nanti nak isi masa terluang sementara suami kerja.Hahaha!

Actually this is my first time handling baby and toddler dlm keadaan mcm ni.Dah habis petua I cari macam mana nak buat.

Last2 I apply petua letak hirisan bawang bawah tapak kaki pastu pakaikan stokin.I buat kat Dian time dia punya selsema sampai panas badan yg paling teruk iaitu malam pertama suami takde kat sini.Dan I rasa petua tu berkesan la sbb esoknya Dian dah mcm OK.

Boleh la cuba.Itu pun kira antara ikhtiar kita juga.Tak salah cuba dan lainnya mohonla pada Allah swt agar dijauhkan anak2 ini dari sakit yg lebih teruk.


Santai jer jam 4 pagi layan cartoon.Nasib la dah nak masuk subuh tu diorang nak tidur balik.So I pun apa lagi.Ambik kesempatan la membuta sekali.Lega.


Musim sejuk2 ni perut cepat sangat lapar.Haish!Asyik lapor jer manjang.Syukur la fastfood takde delivery.Muahahaha!Kalau ada pun tak halal.Syukur.Kikikiki!

Jadi semalam bila anak2 masuk tidur awal,boleh tetengah malam I rebus sweet corn.Sedap la pulak lepas tos air rebusan tu,sapu Meadowlea pastu tuang pulak garam.Tak agak2 hokkey.Hmmm....sodapnya.

Pastu pasang cd Sex and the city complete season 4 yg I beli dgn rege $2.Hihihihi.Layankan jer la.Nak tgk time anak2 tak tidur jgn harap la boleh concentrate pastu mcm tak seswaiii pulak sbb Damia sibuk tanya macam2.

Kalau ikutkan I tak minat mana pun siri ni tp sbb org jual murah tu beli.Hahaha!I layan Desperate Housewife jer.Baru ternampak complete season yg akhir tu tp rege tak agak2.Dalam $49 kot.Nanti la beli.Huhuhu!

Kalau dalam series ni watak Carrie Bradshaw tu ibarat fashion icon or fashionista,tp I tak tau la tang mana cantiknya baju2 dia tu.Hahaha!Pastu dlm series ni as usual la watak si Samantha Jones tu mmg bikin sakit otak la.Hahaha!

Jadi itu jer la cerita sehari dua ni.Tak ada la menarik pun tapi nak jugak cerita.Boleh????


4 comments:

Nastyna said...

alaaa memagn tak best kalau anak jatuh demam selsema, nak 2 pulak berjemaah haa... memang pusing kepala. I pun tak tau sangat pasal petua ni semua, time budak sakit baru kalut nak mencari hihihih. u guys take care.

Rafhani said...

Aku suka samantha...selamba

Tengku Damia said...

Thank u nas.Tp kat german lagi sejuk kan?Brrr....gigil.

Tengku Damia said...

Selamba la sgt.kikiki

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me