Caught in action

Lama dah rasanya tak story pasal bebudak ni.

So harini nak cerita pasal milestones si Tengku Dian Soraya ni.Panjang haish nama.Kat rumah kami panggil Dian.Kat luar mat-mat salleh ni diorang prefer Soraya.Memana la.Suka hati la.Janji jangan tetiba keluar Zaiton sudah sbb takde dlm ic dia nama Zaiton.

Anak2 ni diorang punya pencapaian tak akan sama antara anak sulung,kedua,ketiga,keempat pastu si bongsu yg no sepuluh.Hamboih!Agagagaga!

Memang beza jd harini nak cerita milestones  si Dian peha ayam KFC ni.

Jadi budak kecik ni dia dah boleh meniarap iaitu pusing badan masa umur masuk 3 bulan.Budak ni time dlm pantang lagi tubuh dia dah keras.Maksud keras tu,kepala dia dah boleh tegak takyah pegang dah sbb normally baby under 40 days leher dia mcm belum boleh support kepala sepenuhnya.Jadi tak hairan la kalau masuk 3 bulan dah boleh meniarap pastu siap leh golek-golek.

Tinggal kat atas katil tanpa divider mmg bahaya.Hahaha!

Pastu masuk 5 bulan dah boleh melunjur.Pastu dah mula buat lawatan tapak.

Masuk 6 bulan,angkat punggung,pastu kepala kebawah.Suka bebenor buat lagu tu tapi takleh merangkak lagi.Kalau meniarap,humang aiiiii!Laju betul.Kekejap kat dapur,kekejap dah depan pintu toilet.


Dan skang baru masuk 7 bulan.



Akhirnya dah boleh merangkak.Tapi still takleh duduk dengan sendirinya sbb baru pandai merangkak.Baru dalam 3 hari kot.

Tapiiiiiiiiiiiiiii....................................................



Ini semalam ni.Kemain kau dah ada cubaan nak bangun pulak.Ini khusyuk ngadap tibi.Dah la tgk citer documentary pasal Ladyboy kat Bangkok.Huhuhuhu!Nasib tak reti membaca lagi.I yg tengok semalam,dah rasa nak pitam tgk.Mesti dia duk fikir,ape ke bende la ni.Hahaha!


Tak berhenti setakat tu.Akhirnya dah boleh berdiri dah tanpa bantuan.Ayayayaya!

Harini jer 3 kali dah jatuh terjelepuk.Dia ni mana la boleh balance badan lagi tapi berani sangat.Erm.Kena letak bantal keliling rumah dah ni.Kalau lagu ni 9 bulan dah boleh berlari agaknya.


Dan nampaknya skang I dah ada pembantu la untuk tolong I kemas rumah.Sigh!

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You