Scarves & wraps

Pernah tak dengar quote tentang perempuan bilamana dia sudah punyai pakaian yang penuh satu almari,tapi masih merasakan mereka tiada baju untuk dipakai setiap kali nak keluar.Hahaha!Itu yg asyik nak menambah jer tu kan?Yer dok? 

Suami-suami,jangan stress dulu.Ni ambik ayat Ustaz Azhar Idrus,belanja jer la isteri tu beli baju tudung mcm2 kalau dah udah itu yg boleh buat dia rasa happy.Hahaha!Terbaik la ustaz.

Kikikiki.

Jadi ini cerita sebelum datang sini haritu I angkut banyak gila tudung tak kiralah shawl,pashmina,tudung bawal,tudung instant,tudung syria kemboja timor leste,tudung Fareeda Rogayah Salmah,semua I angkut.Motif bwk byk kononnya senang la nnt nak match ngan baju pastu for sure la kat sini mana ada orang nak jual tudung mcm kat Malaysia sana.Hihihi.Tapikan itu apa yg kita fikir la pd mulanya tp sekali ada jer student yg jual shawl,tudung bawal siap ada kecik besar hokkey tp takdelah byk pilihan mcm kat Malaysia.But still ada la.

Jadi haritu bila ingat ada kawan yg nak balik Malaysia,terus la I marathon online shopping tudung.Just on time la tudung2 tu semua selamat dipos kerumah pastu my mom kirim la kat kawan kita tu.Hihihi!Hmmm....tudung dah berlambak2 duk tambah lagi.

Pastukan I baru perasan kat sini pun rupanya ada la dijual shawl,pashmina bagai.Sblm ni ada nmpk tp tak la byk sgt tapi sebenar tidak hokkey sbb mmg banyak pun.Kalau tgk kat butik I malas nak bukak satu2 sbb duk terbayang kadang2 scaft ni diorang pakai samada lilit kat leher atau ikat kat handbag.

Sekali haritu I cuba bukak,lerrrrr....boleh tahan besar jugak rupanya.Mmg boleh dibuat shawl.

Tapi diorang sebut scarves & wraps la kan.Pastu last week telah terjebak secara tak sengaja.Lepas tu terus datang sawan time tu jugak.Actually kami masuk Myer nk cari jacket.Myer ni mcm Isetan or Parkson la kalau kat tempat kita.Nak sebut Robinson mcm x byk pulak.Tapi konsepnya mcm tu la.Satu lagi David Jones.Dua tempat ni everytime I buat lawatan tapak mencuci mata kat bahagian alatan rumah tak kiralah untuk dapur ke,living room ke,bilik tidur ke,mesti nk pitam sbb comel2 tau brg2 dia.Haish!

Jadi tersinggah pulak kat area yg jual scarves & wraps tu.Omak aiiii.Santek2 hokkey scarves dia.Material kain dia pun best sgt.Ringan dan lembut tapi panjang.Corak dan warna yg mmg sangat cantik dan unik.So lilit byk kali pun takde masalah.Nak lilit sampai tercekik pun lagi takde masalah.Boleh cuci mata tgk kat SINI.

Tapi untuk permulaan ni kita sambar dua dulu.Nanti slow2 kita kumpul.Muahahaha!Gelak jahat.


Ini suami yg berkenan.


Ini kita yg berkenan walau suami sound "Dinda dah ada byk la yg polkadot".

Arghhh!I don't care.Muahahaha!~

No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me