Teringat ada satu haritu kita punya beras oh biras,hehehe,post gambar pulut panggang atau kalau kat Terengganu kami panggil pulut lepe.Hihihi!One of my favorite.Kalau ke bandar Kuala Terengganu ada satu gerai yg jual pulut panggang yang agak sedap (beratur hokkey orang yg nak membelinya) iaitu kat Jalan Pejabat.Kedai kecik jer paling hujung kat simpang.
Dan sebelum I nak fly ke Aussie haritu,jumpa pulak satu lagi yg boleh tahan sedap jugak tapi takyah beratur pun iaitu kat simpang empat traffic light nak ke Pelabuhan LKIM Chendering.Bukan takat pulut panggang,sata (tahu ke tak ni?hahaha) dia pun sedap.Dan satu lagi satay ikan kuah pekat color merah tu pun sedap.Actually satay ikan ni rasa satay dan kuahnya sama jer dimana2 cuma I suka beli sini sebab dia guna lidi satay yg panjang tu.Lidi satay standard.So takde la pakai lidi yg pakai racik sendiri tu kenkadang color pun mcm hitam jer.Hehehe!Makan pun serupo cuci mata jugak.Hahaha!
Eh panjang pulak cerita.Jadi motif biras I tu nak bagi I terliur la tunjuk makanan traditional yg mmg fav I pun.Tapi malangnya dia tak tahu,duk kat Aussie ni sebenarnya tak susah pun nak jumpa makanan mcm tu.Mungkin takde la semewah atau semudah kat tempat sendiri tapi takat craving tu apa la sgt.Setakat ni mana yg I mengidam nak makan,in sha allah boleh buat sendiri dan bahan2 mentah mmg ada dijual.
Dia mungkin lupa I bukan duk kat Timor Leste ke apa.Tak pun hutan Amazon sana.Australia jer beb.Kalau tak silap haritu tertengok berita yg mention lebih kurang 80,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Australia.Betulkan kalau salah.Hihihi!Jadi diorang ni kalau dtg takde datang lenggang-kangkung.Mesti diorang bwk jugak apa yg berkait especially makanan la.
Dan baru2 ni happy sgt rasa bila kiriman dari my mom selamat sampai walau ada satu tak selamat.Hahaha!Kena rampas dek kastam beb iaitu ASAM KEPINGku.Nangis hokkey.Itu main ingredient nak bikin singgang kau tau tak T-T
Hahaha!Actually bukannya asam keping takde jual kat sini.Ada jer dijual kat kedai oriental cuma biasa la.Nak jugak yg dari kampung punya.Hihihihi!Jadi alang2 kirim ada jugak I kirim sugar palm (ewah).Kawan I tu kemain bersoal jwb siap aku tarik kau tarik dengan kastam tu,last2 selamat jugak I punya nissang tu dari dibuang ke tong sampah.Phew!!Sini kalau sugar palm biasa atau gula kabung tu berlambak jer dijual even kat supermarket pun ada.Tp mulut kita nak nissang Terengganu jugak.
Dan satu lagi benda yg sgt2 berharga dan hampir dirampas jugak adalah I punya kapur untuk masakan.Kapur ni kalau kat rumah stok dia tak perlu byk pun.Satu tupperware kecik pun dah cukup dan dengan size tupperware kecik tu pun mampu tahan setahun tau sebenarnya.Dan I beria sangat nak tu sbb sini mmg tak pernah jumpa dan dengan kapur tu banyak la jugak kuih2 traditional yg I boleh bikin.Alhamdulillah tak kena rampas.Mungkin sbb dlm small container yg proper kot.
Ikan bilis,udang halus / baring tak lepas.Keropok keping lepas.Ikan bilis ada jual kat sini tp tak cantik sgt mcm kat tempat kita punya.Budu tak lepas tapi itulah disaat craving sgt nak makan budu sekali ada student Malaysia jual.Nak menangis rasa.
Ini image dari google tp yg I beli tu packaging macam ni la.Sebijik tau.Satu pack diorang jual $2.50 pastu kat dlm tu ada pulak pack kecik dlm 4 packs.I borong sampai 8 packs.Hambik kau.4 packs kirim kat sepupu di Melbourne sana yg mengidam jugak nak makan.Nasib kebetulan I mmg nak order.Nasib baik la my cousin tu tanya time tu.Ingat tak makan budu tapi rupanya makan jugak.Kikikiki!Orang tu buka order tak sampai berapa hari dah sold out beb.Hahaha!Hot stuff hokkey.Sanggup pergi ambik kat rumah akak tu.
Balik cerita my friend td,asam keping I kena rampas tapi elok pulak tempoyak lepas.Owh!Baru teringat,esok I nak mintak sikit dari dia.Hahaha!Dia janji nak bagi sikit haritu.Janji harus ditepati.Ni kes tempoyak punya pasal boleh putus kawan ni.Hahahaha!I syak anjing pengesan tu dah rosak deria bau dek tercium bau tempoyak tu agaknya.Hahaha!Lepas hokkeyy!Itu kisah makanan kiriman.Mcm2.Nak stok mcm takmau balik Malaysia dah walhal September ni in sha Allah balik ke tanah air.
Jumaat baru-baru ni cuti sempena Hari Anzac.Anzac ni adalah hari bagi mengingati tentera Australia yg gugur dimedan perang.Siap ada biskut sempena Anzac tau.Teringin nak buat sbb dia punya recipe mudah jer tp oven pulak taktau nak bukak.Tp skang problem dah solve.Oven dah boleh guna.Yahooo!!Tak sabar nak menroti.
Kat sini every Saturday selalunya la (ada jugak takde),akan ada jualan dari students Malaysia.Port tempat berkumpul adalah di Guyatt Park.Selalunya perjumpaan mmg kat sini la.Kami ni takde la kenal rapat sangat dengan diorang ni.Maklum la yg kebanyakan group ni adalah pelajar2 tak kira la yg degree,master dan PHD.
Jadi kami ni pulak Malaysian yg datang bekerja jd tak la selalu jumpa diorang.Mcm diorang mmg la kenal satu sama lain dah kat kampus pun bertemu jugak.So kami ni kena cuba join diorang la baru dpt kenal2 dan takat ni ada la 2 kali pergi so I pun dah kenal beberapa orang dari mereka.Haritu ada jer Family Day untuk Malaysian di Brisbane dan semua dijemput hadir tak kiralah datang belajar or kerja boleh jer join tp my husband pulak kebetulan out station so tak dapek la den nak join.I suka sebenarnya join community macam ni.In sha allah next time kalau ada kita join.
Dan sebab community Malaysia yg agak ramai kat sini la yang buat kami pindah dari Springsfield sana datang ke sini.Tapi I honestly mmg lagi suka tinggal kat sini la dari rumah sewa lama.Mmg right decision la pindah sini.Hihihi!
Jadi hari Sabtu tu ada la student yg menjual makan pagi.Banyak menu yg diorang jual cuma I malas la nak ke Guyatt Park sana pergi amik makanan yg diorder.Memandangkan satu ni diorang tinggal tak jauh dari rumah kirorang,so order dengan diorang la.Tp kena pre order dulu paling lewat sehari sebelum.Actually student ni dengan wife dia mmg aktif berniaga makanan kat sini.Dan paling menarik diorang buat delivery ke rumah.Lagi best rumah dia dan rumah I tak jauh mana.So I apa lagi,order la sesedap rasa pastu dia datang hantar ke rumah.I suh suami tunggu kat tepi jalan.Hihihihi!So pagi Sabtu yg nyaman,breakfast ala Malaysia la kami.
I order nasik lemak pandan ayam berempah,laksa utara,kuih seri muka,kuih lopes dan ais cendol.Bukan nak puji atau apa,semua sedap beb.Serious dah rasa mcm makanan yg dijual kat Malaysia.
Nasik lemak pandan ayam berempah.Bukan satu chicken wing dia,tp dua pada harga $5.Nasi banyak sampai boleh share dua orang.Murah tu.Sbb suami ada cerita kat sini ada satu restaurant yg dikendalikan oleh orang Melayu.Kecik jer kedainya.Ada jual nasik lemak tapi dia punya cekik mmg tak patut la.Nasik lemak dgn satu chicken wing diorang caj sampai $10 pastu tak sedap.Bebudak ni sekali jer pergi lepas tu tobat dah taknak pergi.Baik diorang makan kat kedai Indian Cruisine Halal boleh dapat satu bahagian ayam (ayam seekor bahagi 4) dgn nasik harga tak sampai $10.
Kuih seri muka 4 pieces pada harga $2.Suami makan 3 tinggal I satu jer.Amboi!Sedap.
Kuih lopes pada harga $2 jugak.Inilah dia antara sebab gigih sgt I nak kapur tu.Kakakaka!Lama nau teringinnya sekali ada orang jual,terus order.Pun sedap.
Melepas rindu cendol pulut sedap yg dijual pakcik naik motor kat depan Sabasun area JPJ.Hahaha!Ini takde pulut tp dia taruk kacang merah.Sedap jugak.
Memang puas hati kami makan.Dah kenyang semua,terus keluar pergi ukur lantai mall pulak.Wahahaha!
Takde aktiviti lain la.Pergi shopping.Yahooo!!!
No comments:
Post a Comment