Cheat day

Cheat day.Sumpah memula I taktau cheat day merujuk pada apa.Merujuk pada sesuatu yg lebih specific la.

Memula I ingat Cheat day ni bila kita tend to 'Menipu' la.Hahaha!

Ayat contoh: Cheat day saya haritu adalah apabila bagitau suami nak ke library bawak anak2 tapi tujuan tersasar bila saya shopping sakan kat mall.Eh!Nak buat mcm mana.Library tu attached sekali dgn mall.Bukan attach la tapi mmg kat dalam mall.Muahahaha!Jadi saya assume itu cheat day saya.

Tapikan I rasa word cheat day ni byk org guna bila makan tak henggat tapi kita sebenarnya,

1) Tengah DIET
2) Berpantang
3) Tambah sendiri

Sebab bebaru ni ada sorang kwn ni post kat FB bila dia kat satu restoren pastu tertengok ada satu perempuan ni body mcm model tapi bedal nasik kandar mcm2 lauk.Jadi one of her friends pun tulis,'Cheat day dia kot'.Pastu,

Benda lebih kurang sama tapi orang lain lak post,dia post gambar makanan pastu caption dia 'Cheat day'.Hehehe.

OooooOOOoooooo.....mcm tu.Saya berkata.Jadi I assume Cheat Day ni merujuk kepada perkara diatas la.Kalau tak,maafkan saya.Huhuhu!

Cerita harini pulak,kononnya breakfast takat a cup of tea (Ewah!) pastu mkn 2 half bolied egg.Then gerak gi hantar anak ke kindy.Tapi sumpah sampai kat rumah perut lapor gegor.Hahaha!

Tapi entah mcm mana lepas balik hantar Damia tu,I tidurkan si Dian.Tapi dengan mak dia sekali membuta.Muahaha!Sedor2 dah nak masuk jam 12.So I pun bikin something yg simple jer la harini.I buat Quiche (versi I) pastu keluarkan lamb yg I dah marinate sesiap dengan fries.Balik ambik Damia nnt baru masak lagi pastu makan.Jd lunch I td combine jer la sekali dgn dinner.Makan tadi dah nak masuk jam 5 kot.Lapar tu toksah citer la.

Jadi I nak ckp my cheat day la harini.Boleh?Ke hakikatnya setiap hari I punya cheat day???Hahahahaha!


Inilah menunya.Takde masa nak hias proper sbb bukan ada Abang Joe pun nak judge makanan kita.Hehehe!


Makan ditemani Fiona yg santek.Yum yumyum!Makan ni kenyang dia membawa ke malam.Alhamdulillah.

Resepi Quiche versi I nnt kalau rajin I kongsi kat sini.Kononkan?Mcm orang hadap sangat resepi dia.Syok sendiri.Muahahahaha!

3 comments:

babYpose said...

Salam, tak pa esok kira lain:)

Nastyna said...

sama la I, hari2 pun cheat day muahahaha tak maknanya nak diet diet ngan anak kecik ni kan, kalau tak makan foodies, makan anak satgi kang muahahaha. tapi betul la tu, cheat day adalah hari yang makan sepuasnya bagi mereka yang berdiet, i tau pun masa tengok america top model dedulu tu.

Syafinaz Ali said...

Pastu esok kira lain lagi dan lagi dan lagi.Hahaha!

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me