Resepi: Kuih Lopes derhaka resepi.Hahahaha!

Harini bangun pagi asyik duk teringat-ingat kat Kuih Lopes.Alahai.Kecur-kecur liur rasa.Tapi tak peknen ok so jangan buat spekulasi.Selagi Dian tak kenal taik ayam,I kena hold dulu nak bagi adik kat dia pulak.Walhal trauma lepas bersalin tak habis lagi.Muahahaha!

Jadi semangat pagi ni siap2 nk pergi beli bahan2.Apa-apa hal kita tanya dulu pakcik Google,IGA buka jam berapa harini.Kikikiki!Lupa dah td jam berapa IGA tu bukak tp yg pasti jam 8 lebih I dah muncul kat pintu IGA tu.Berlari-lari anak tolak Damia dlm stroller (Dian tinggal jap kat kwn my husband yg tak pergi kerja sbb batuk non stop).Waktu keluar jer dari bangunan apartment tetibe hujan renyai-renyai so I apa lagi terus la tekan kaki minyak pecut.Tapi boleh pulak budak Damia ni gelak pastu cakap,"Best la bonda tolak stroller ni laju-laju.Damia suke".Abah kau la suka.I ni dah mcm apa duk berlari-lari mcm org marathon.Haish!Ini sbb nak lari dari hujan dengan nak cepat sbb takut Dian nangis walhal tak pun.Bergumbira jer time I balik tadi.Hahaha!Tp no phone dh tinggal sesiap in case si Dian meraung.

List I dah tulis sesiap pagi tu so sampai IGA just ambik jer brg apa yg nak dibeli.Tak ambik banyak masa sgt sbb dah tahukan nak beli apa so rasanya dalam setengah jam jer kot td.

Jadi sampai rumah terus mulakan projek Kuih Lopes.

Link ni RESEPI ASAL kuih tu tp I terpaksa tukar tak follow pun.Hahaha!Derhaka kat resepi nenek moyang.Paling derhaka adalah,biasanya orang buat Kuih Lopes color hijau sbb orang letak daun pandan nak bg bau dan warna,tapi I yg mmg rebel ni buat color pink.Kikikiki!Nasib x amik color biru td.Takpun purple.Kikikiki!

Pastukan semalam suami ajak masuk kedai oriental so I sempat la ambik beras pulut dgn gula merah tu.Tapi apapun nissang Terengganu still the best pada I la.Gula merah ni kalau air kurang,kita masak pekat bila sejuk dia jd makin likat.Dua kali I kena panaskan tambah air balik.Sigh!

Pastu teringat semalam ada ambik kelapa muda sbb ingat nak bikin chicken curry makan dengan lempeng nyior uolllsss.Pastu suami suggest ambik jer sebijik kelapa yg dah dibuang sabutnya.Aiii pakcik ni.Tak fikir ke nak dipecahkan kelapa tu dah satu hal belum tambah nak kukur lagi.Ok fine kalau nak kukur tu I rasa boleh guna utensil yg boleh grate cheese tu.Tapi malas aih.Amik kelapa muda senang.Kalau tak dpt mewah isi kelapa tu at least ada rasa kelapa dlm lempeng tu dah kira orait apa.

Jadi untuk Kuih Lopes I ni,just guna desicated coconut.Walau agak keras tp rasa tetap ada.Trust me.Kalau dah terdesak apapun boleh.Kikikiki!Kalau duk kat kampung mmg tak pandang la desicated coconut ni bagai.Hahaha!


Resepi asal kuih ni kena kukus beras pulut tu tapi duk sini mana nak cari periuk kukus tu.Hahaha!So I tanak jer pulut tu pastu letak sesiap santan dengan garam.Hahaha!Sekali harung jer.


Good idea tak?Sebab menjadi jer.Kikikiki.Cuma api jgn besar.Slow and steady omputeh kata.Lepas dah masak I letak dlm tupperware petak pastu alas dengan aluminium foil.Biar sejuk dulu baru potong pastu gaul dgn kelapa td.


Taaadaaaa!Kuih Lopes pink yg siap untuk dinikmati.


Kuah gula merah yg agak pekat.Biasanya orang makan dengan kuah yg pekat la tapi I pulak prefer kuah cair sikit.Depends.


Puas hati dpt makan td.Fuh!Tercapai hajat nak makan.Suami balik keja td boleh dia ckp kuih sagu atau kat Terengganu panggil Bronok.Hehehe.Tapi suami tak suka sangat pun.Makan pun mcm just nak ambik hati bini jer.Hahaha!Tak kisah la sbb mmg dah tau dia kurang kuih manis macam ni.

Tapi time mkn td bila dah habis isi tu,duk hirup kuah tu terasa macam nak makan satu lagi kuih traditional orang Pantai Timur iaitu Kuih Lompat Tikam.Fuh!Nama mmg agak ngeri la.Nama kuih macam penjenayah.Hahaha!

Tgk la macam mana.Boleh nak cuba buat tapi tunggu balik Brisbane dulu la kot.Kat sini macam terhad sangat barang2nya.

Ok la.Itu jer la cerita harini.Dan mata kita dah OK dah.Takde rasa blur,pedih,gatal lagi.Alhamdulillah.Cepat recovernya.

3 comments:

Rafhani said...

Bakpe nama kuih kat tajuk lain?

SUwithlove said...

Semangat betul sis... Sampai berlari-lari.... Hehehe

rostina76 said...

mmg mcm bronok sbb warna merah…bukan lopis warna hijau ke? hik3x…..

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You